5 Jenama Keju Jenis Parut, Kepingan Dan Hiasan Terbaik 2022

Makanan dan minuman


Walaupun keju bukanlah sejenis makanan tempatan, namun semakin lama ia semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Banyak pengusaha makanan bermula daripada restoran mewah hingga penjaja jalanan menginovasi makanan mereka dengan menjadikan keju sebagai bahan utama. Bahkan ia semakin menjadi trend dan kadangkala eksperimen menginovasikan keju dengan makanan tempatan juga turut menimbulkan persoalan kerana adakalanya sesuai dan adakalanya seperti tidak.

Namun kegilaan rakyat Malaysia terhadap keenakan keju ini tidak boleh disangkal lagi. Banyak produk-produk keju di pasaran yang dijual dalam pelbagai jenis dan versi seperti parut (Grated), Kepingan (Slices) dan Hiasan (Topping). Buat semua pencinta keju, di sini kami kongsikan 5 jenama keju yang kami syorkan buat anda.

Glenstal Mild Irish Cheddar<

Glenstal Mild Irish Cheddar adalah sebuah produk keju yang dihasilkan oleh Glenstal Food yang berpangkalan di Ireland. Terkenal dengan keju yang lembut dan berkrim, keju jenis Cheddar ini mampu bertahan sehingga 8 bulan. Ia datang dengan bentuk blok segi empat dimana anda boleh memarut dan juga memotong menjadi lapisan mengikut selera anda. Glenstal Mild Irish Cheddar ini didatangkan dengan tiga variasi berat iaitu 200g, 300g, dan 350g.

Dari segi warnanya, selain daripada warna tipikal keju iaitu putih, produk ini juga turut didatangkan dengan warna-warna lain. Apa yang menarik, jika ada adalah seorang vegetarian, tidak perlu ragu-ragu lagi kerana Glenstal Mild Irish Cheddar ini adalah gluten-free. Jadi jika anda peminat keju yang autentik, disarankan untuk anda mencuba Mild Irish Cheddar daripada Glenstal Food ini.

Kelebihan

  • Bertahan sehingga 8 bulan
  • Gluten-free
  • Tiga variasi berat iaitu 200g, 300g, dan 350g
  • Lembut dan berkrim
  • Harga yang berpatutan

Kekurangan

  • Hanya terdapat di beberapa kedai yang terpilih sahaja
  • Hanya terdapat di platform online yang kurang popular di Malaysia

Spesifikasi

Nama produk Glenstal Mild Irish Cheddar
Jenis cheese Cheddar
Berat 200g, 300g, 350g
Produk dari negara Ireland
Harga RM 17.00

Emborg Plant-based Mozzarella-Style Slices

Anda pencinta keju dan sedang diet? Ingin menjaga berat badan tapi pada masa yang sama tidak mampu menahan dan melihat keenakan keju? Emborg Plant-based Mozzarella-Style Slices adalah solusi yang paling sesuai untuk anda. Keju jenis Mozzarella ini tidak dibuat dengan sebarang sumber tenusu, ini amat menarik kerana ramai yang tidak tahu bahawa keju juga boleh dihasilkan tanpa sebarang sumber tenusu. Ianya lebih sihat dan pasti tidak akan mengganggu diet anda.

Dibuat dengan campuran kanji ubi kayu dan kentang bersama minyak kelapa, semestinya produk keju ini gluten-free, bebas daripada alergi dan selamat digunakan. Buat anda yang mungkin mudah merasa loya dengan bau, rasa dan tekstur sesetengah jenis keju, anda mungkin akan berpikiran lain dengan Emborg Plant-based Mozzarella-Style Slices ini. Rasanya lebih ringan tetapi berkrim, dan mempunyai tekstur yang elastik. Sesuai untuk anda variasikan dengan makanan-makanan diet anda seperti sandwich, salad dan juga makanan-makanan berpanggang.

Kelebihan

  • Dairy-free
  • Gluten-free
  • Sesuai untuk orang yang diet & alergi dengan produk tenusu
  • Rasa yang ringan dan berkrim
  • Harga yang berpatutan
  • Mudah didapati di platform online dan kedai

Kekurangan

  • Bukan keju autentik
  • Hanya 150 g, tidak mempunyai variasi berat bungkusan lain

Spesifikasi

Nama produk Emborg Plant-based Mozzarella-Style Slices
Jenis cheese Mozarella
Berat 150g
Produk dari negara Denmark
Harga RM 15.00

Arla Tex Mex Shredded Pamellano Cheese

Buat peminat-peminat masakan dari Mexico, keju daripada Arla Tex Mex ini cukup sesuai untuk digunakan di dalam masakan-masakan anda seperti pizza, spaghetti, pasta dan lain-lain. Arla Tex Mex Shredded Pamellano Cheese adalah salah satunya. Dibuat dengan campuran penuh atau separuh susu tanpa lemak, ia memerlukan setahun hingga tiga tahun untuk betul-betul masak dan matang sebelum dipasarkan. Oleh itu, keju akan menjadi lebih keras dan tahan lama untuk disimpan. Buat pencinta pasta dan juga spageti, Pamellano Cheese dari Arla Tex Mex ini perlu anda dapatkan. Taburkan di atas makanan-makanan anda dan anda dapat rasakan aroma keju yang autentik, masak dan matang.

Kelebihan

  • Mudah didapati di platform online dan kedai
  • Harga yang berpatutan
  • Sesuai untuk makanan-makanan asal Mexico
  • Aroma dan rasa yang kuat bergantung kepada tempoh ia matang dan cukup masak.

Kekurangan

  • Hanya 175 g, tidak mempunyai variasi berat bungkusan lain
  • Tidak sesuai untuk pengguna yang alergi dan vegetarian

Spesifikasi

Nama produk Arla Tex Mex Shredded Pamellano Cheese
Jenis cheese Pamellano
Berat 175g
Produk dari negara Denmark
Harga RM 14.00

Bega Strong & Bitey Vintage Slice

Diformulasikan dari ladang milik syarikat ini yang terletak di Australia, bungkusan Bega Strong & Bitey Vintage sememangnya nampak vintage dan mampu menarik perhatian penggemar keju. Jika anda peminat keju jenis slice dan suka dengan rasa keju yang pekat, asli dan autentik, bermakna anda telah jumpa dengan produk keju yang kena dengan selera anda.

Selain itu, tekstur keju dari Bega Strong & Bitey Vintage ini tidak terlalu liat dan lebih mudah dimakan dan dihadam. Datang dengan bungkusan 250g dan 500g, setiap satu kandungan datang dengan lapisan keju sebanyak 15 keping bagi 250g dan 30 keping bagi 500g. Lebih besar dan banyak kandungannya daripada bungkusan tipikal produk-produk lain.

Kelebihan

  • Rasa keju yang pekat
  • Tidak liat dan mudah dihadam
  • Bungkusan yang menarik
  • Variasi berat bungkusan yang pelbagai

Kekurangan

  • 100% produk tenusu, tidak sesuai untuk pengguna yang alergi dan vegetarian
  • Harga sedikit mahal berbanding produk-produk lain.

Spesifikasi

Nama produk Bega Strong & Bitey Vintage Slice
Jenis cheese Cheddar
Berat 250g dan 500g
Produk dari negara Australia
Harga RM 22.00 – RM 40

Perfect Italiano Perfect Pizza

Satu lagi produk keju dari Australia khas buat anda yang menggemari Piza. Seiring dengan nama jenama itu sendiri, Perfect yang membawa maksud sempurna. Tidak sempurna Piza anda tanpa keju dari jenama Perfect Italiano ini. Jika jenama lain mempunyai bungkusan khas  mengikut jenis-jenis keju. Lain ceritanya untuk jenama Perfect Italiano Perfect Pizza kerana tiga jenis keju iaitu Mozarella, cheddar dan sedikit Parmesan dicampur dan diformulasikan bersama untuk memberikan kelainan dan rasa yang pelbagai khas untuk pizza anda.

Selain itu, gabungan tiga jenis keju ini dikatakan tidak akan membuatkan pizza anda berminyak, memastikan pizza buatan anda diberi perasa yang lebih segar dan enak disamping turut menyihatkan. Terdapat tiga jenis berat bungkusan untuk produk ini iaitu, 150g, 250g dan 450g. Taburlah gabungan ketiga-tiga keju dari produk ini sebanyak mana yang anda suka pada piza anda dan rasakan keenakannya.

Kelebihan

  • Tiga jenis keju pada satu harga
  • Tiga variasi berat bungkusan
  • Tidak berminyak
  • Harga yang berpatutan

Kekurangan

  • Tidak mudah didapati di platform online
  • Tidak sesuai untuk mereka yang alergi dan vegetarian, 100% produk tenusu

Spesifikasi

Nama produk Perfect Italiano Perfect Pizza
Jenis cheese Campuran mozzarella, cheddar dan parmesan
Berat 150g, 250g dan 450g
Produk dari negara Australia
Harga RM 11.00 – RM 30

Penggunaan keju tetap akan terus berinovasi dengan segala macam jenis makanan di negara kita. Anda mempunyai pelbagai pilihan jenama di pasaran. Pilih mengikut selera dan kesesuaian anda.

Jika anda mahukan sesuatu yang asli dan rasa keju yang kuat, banyak jenama yang menawarkannya. Sama jika anda mahukan keju yang sihat, juga ada jenama yang menawarkan keju tanpa produk tenusu dalam kandungannya. Kepelbagaian ini yang menjadikan keju sebagai salah satu makanan yang popular di seluruh dunia.



Related posts