Pengalaman Camping Lebih ‘Wow’ Dengan 5 Pilihan Khemah Paling Selesa Ini
Sekali sekala lari daripada hiruk pikuk kota dengan berkemah best juga kan? Lebih dekat dengan nature dan lain daripada yang lain dan pastinya lebih mencabar. Berkhemah lebih seronok jika dilakukan secara berkumpulan bersama rakan atau ahli keluarga. Elakkan berkhemah seorang diri jika anda baru dengan aktiviti ini kerana banyak faktor perlu diambil kira, salah satunya soal keselamatan.
Terdapat pelbagai jenis khemah dengan fungsi berbeza. Anda perlu tahu tujuan dan kegunaan yang anda mahukan. Sesetengah khemah hanya mampu memuatkan dua orang sahaja, ada juga sehingga 6 ke 7 orang. Jom lihat beberapa pilihan terbaik khemah ini.
Fjallraven Abisko View 2
Fjallraven Abisko View 2 adalah salah satu khemah terbaik di Malaysia untuk berkhemah dalam cuaca panas. Ia dibuat khas untuk memastikan anda mempunyai pengudaraan yang baik, dengan reka bentuk seperti flysheet dinaikkan pada hujung pendek, siling tinggi dan bahan fabrik berjaring sepenuhnya. Selain itu, khemah ini juga dilengkapi dengan jemuran dan enam poket penyimpanan untuk menyimpan aksesori perkhemahan anda seperti botol, lampu suluh, pakaian dan banyak lagi.
Kelebihan
- Sesuai untuk cuaca panas
- Pengaliran udara terbaik
- Stabil dan kukuh
- Kalis air
- Mempunyai 2 pintu
- Ada poket penyimpanan
Kekurangan
- Harga mahal
Spesifikasi
Muatan | 2 orang |
---|---|
Luas | 220 cm x 130 cm |
Pintu | 2 |
Kalis air | Ya |
Berat | 2.7KG |
Harga | RM 3,839 |
Thule Tepui Explorer Autana 3
Jika anda anda gemarkan trip berkereta, ini adalah pilihan terbaik wajib beli. Thule Tepui Explorer Autana 3 sesuai dibuat sebagai khemah atas bumbung kereta. Sesuai untuk 3 orang, ia praktikal, lapang, mempunyai pengudaraan yang baik, sesuai untuk perjalanan dengan keluarga kecil atau sekumpulan kawan. Selain itu, terdapat pintu masuk kanopi peribadi yang tambahan untuk memberi anda lebih privasi semasa perkhemahan.
Kelebihan
- Tahan UV dan sesuai untuk cuaca panas
- Dilengkapi tilam
- Mempunyai skrin atau jarring menghalang serangga atau nyamuk
- 4 poket dalaman yang besar untuk penyimpanan barang
- Pengaliran udara terbaik
- Stabil dan kukuh
- Kalis air
Kekurangan
- Harga terlalu mahal
- Sangat berat
Spesifikasi
Muatan | 3 orang |
---|---|
Luas | 310 cm x 143 cm x 132 cm |
Pintu | 2 |
Kalis air | Ya |
Berat | 69.6 KG |
Harga | RM 13,900 |
Naturehike Outdoor Glamping Tent
Upgrade pengalaman bercamping anda dengan Naturehike Outdoor Glamping Tent kerana ianya lebih mewah dengan reka bentuk yang unik dan cantik. Pilih mana-mana tempat yang anda inginkan, dan nikmati malam dengan bintang-bintang yang cantik di khemah glamping estetik anda sendiri. Khemah glamping Naturehike ini berkualiti tinggi dan mudah dipasang. Ia dibuat dengan bahan kanvas kapas, yang bukan sahaja terkenal dengan ketahanannya, tetapi juga untuk keseimbangan, kalis air dan aliran udara yang baik. Anda boleh menikmati pengalaman berkhemah yang selesa tanpa perlu risau tentang hujan. Ia sesuai untuk seorang hingga dua orang dan sesuai untuk mereka yang berkhemah dengan orang tersayang.
Kelebihan
- Mudah untuk dibina
- Selesa dan luas
- Pengaliran udara terbaik
- Stabil dan kukuh
- Kalis air
- Boleh dipelbagaikan kegunaan dan bentuk
Kekurangan
- Agak berat
Spesifikasi
Muatan | 2 ke 3 orang |
---|---|
Luas | 555 cm x 336 cm x 240 cm |
Pintu | 2 |
Kalis air | Ya |
Berat | 12 KG |
Harga | RM 1,190 |
Decathlon Camping Tent 2 Bedrooms
Decathlon sentiasa terkenal kerana menawarkan peralatan sukan dan luaran yang berkualiti pada harga yang berpatutan, dan khemah Decathlon ini tidak terkecuali. Khemah unik ini dilengkapi dengan reka bentuk 2 bilik tidur, dengan setiap bahagian peribadi dan ruang tamu di bahagian tengah. Barulah ada privasi kan? Khemah ini sangat sesuai untuk mereka yang sudah berkeluarga. Sesuai untuk persekitaran gunung dan pantai, khemah kalis air dengan setiap meter persegi mempunyai keupayaan untuk menahan sehingga 200L air. Tambahan pula, ia juga mempunyai fabrik UPF 30 untuk melindungi anda daripada sinaran UV yang bahaya.
Kelebihan
- Dibungkus dengan bungkusan kecil
- Mudah dibawa ke mana-mana
- Selesa dan luas
- Mempunyai ruang tamu
- Fabrik UPF 30
- Pengaliran udara terbaik
- Stabil dan kukuh
- Kalis air
Kekurangan
- Agak berat
Spesifikasi
Muatan | 4 orang |
---|---|
Luas | 485 cm x 240 cm x 190 cm |
Pintu | 2 |
Kalis air | Ya |
Berat | 11 KG |
Harga | RM 899 |
Montanic DoD Kamaboko Tent Solo TC
Seperti namanya, Montanic DoD Kamaboko Khemah Solo TC dibuat khas untuk perkhemahan solo. Ia direka bentuk dengan mengambil kira kemudahan pembinaan dan fungsinya. Ia juga datang dalam saiz padat yang memudahkan mereka yang berseorangan boleh membawanya dengan selesa bersama beg galas mereka. Diperbuat daripada bahan kapas poli, khemah ini tahan api, membolehkan anda menikmati unggun api tidak jauh dari khemah. Selain itu, ia juga mempunyai pengudaraan yang baik dengan binaan dalaman yang boleh bernafas pada tingkap dan pintu, serta dilengkapi dengan pengikat dan poket untuk kegunaan tambahan.
Kelebihan
- Sesuai untuk pengembara solo
- Mudah dibawa ke mana-mana
- Selesa dan luas
- Tahan api
- Pengaliran udara terbaik
- Stabil dan kukuh
- Dilengkapi poket simpanan
Kekurangan
- Harga sangat mahal
Spesifikasi
Muatan | 2 orang |
---|---|
Luas | 450 cm x 170 cm x 120 cm |
Pintu | 2 |
Kalis air | Ya |
Berat | 10.3 KG |
Harga | RM 3,099 |
Mempunyai khemah yang berkualiti adalah penting demi pengalaman percutian perkhemahan yang terbaik. Walaupun sudah terdapat banyak khemah yang tersedia di pasaran, khemah dari Fjallraven, Naturehike dan Decathlon adalah berkualiti tinggi dan bernilai setiap wang yang anda belanjakan.
Sebelum memulakan aktiviti perkhemahan, penting untuk anda belajar terlebih dahulu cara pemasangannya. Sesetengah pemasangan khemah agak mengelirukan lebih-lebih lagi jika ianya bersaiz besar.