Audio Lebih Gempak Dengan 5 Pilihan Mikrofon USB Terbaik Untuk Rakaman Podcast Dan Muzik

Audio Lebih Gempak Dengan 5 Pilihan Mikrofon USB Terbaik Untuk Rakaman Podcast Dan Muzik
Peralatan mudah alih dan aksesori


Selain teknologi yang sentiasa berevolusi, hiburan juga melalui fasa yang sama. Jika dahulu radio menjadi sebuah platform untuk mendengar lagu, ketika ini streaming menjadi pilihan lebih-lebih lagi melalui aplikasi-aplikasi yang tersedia. Oleh itu, terdapat satu medium yang mula mendapat tempat di hati pendengar iaitu podcast. Kandungan perbincangan yang menarik adalah salah satu sebab mengapa podcast menjadi pilihan. Ramai penerbit kandungan digital sudah mula terarah ke podcast untuk berkongsi pendapat serta perbincangan mereka bersama pendengar melalui audio mahupun visual.

Selain itu, ramai juga penyanyi-penyanyi amatur yang mula berjinak-berjinak untuk melakukan rakaman suara dan lagu sendiri melalui aplikasi mini studio. Mereka tidak perlu ke studio kerana rakaman boleh dilakukan dari rumah. Menyentuh soal audio, apa yang perlu diutamakan buat mereka adalah kualiti mikrofon yang terbaik. Ini kerana mesej dan suara mereka bergantung sepenuhnya melalui medium audio. Jadi, di sini disertakan 5 mikrofon USB terbaik untuk rakaman podcast dan muzik bagi tahun ini.

Rode NT-USB Mini

Rode NT-USB Mini
Rode adalah salah sebuah pengeluar mikrofon yang mempunyai rekod yang sangat baik selama bertahun-tahun. Walaupun Rode NT- USB Mini ini kelihatan kecil dan lebih sederhana berbanding dengan versi terdahulu yang dikeluarkan pada tahun 2014, ia adalah sebuah mikrofon USB kecil yang sangat berguna. Didatangkan dengan kapsul kondenser berkualiti tinggi, ia mampu menghasilkan rakaman yang jelas dan profesional. Selain itu, terdapat juga penapis pop yang dipasang siap untuk menghilangkan bunyi letup ketika rakaman.

Bagi mengelakkan daripada mirofon ini bergerak dan jatuh ketika rakaman, ia disertakan dengan pemegang magnetik yang membolehkan kedudukan mikrofon ini lebih kukuh ketika diletakkan diatas meja mahupun jika disambung ke mic stand untuk rakaman yang lebih jelas. Bagi memudahkan anda untuk mengawal kelantangan suara anda ketika rakaman, di badan mikrofon ini juga disediakan tombol kawalan. Ia juga turut dilengkapi dengan mod untuk mengawasi gema ketika rakaman yang dinamakan zero-latency monitoring mode. Buat anda yang tercari-cari mikrofon yang mempunyai pelbagai fungsi-fungsi tambahan, Rode NT- USB Mini ini pilihan yang sangat sesuai buat anda.

Kelebihan Rode NT-USB Mini:

  • Reka bentuk yang padat
  • Penapis Pop terbina di dalam
  • Pemegang magnetik yang kukuh
  • Pengawal kelantangan suara

Kekurangan Rode NT-USB Mini:

  • USB type C tidak dimiliki oleh semua peranti, perlu sambungan tambahan
  • Perlu menggunakan software yang disediakan untuk merakam; rode connect
  • Hanya satu mod rakaman sahaja

Spesifikasi Rode NT-USB Mini:

Berat: 585 G
Dimensi: Tinggi: 141.9 mm, Lebar: 54.5 mm, Diameter: 89.3
Output: USB-C
Bit: 24 bit
Analog Output: 3.5 mm headphone jack
Julat Frekuensi: 20 Hz – 20 KHz

Blue Yeti

Blue Yeti
Sebuah mikrofon USB yang direkomendasi dan dipercayai oleh berjuta-juta penerbit kandungan di seluruh dunia, inilah dia Blue Yeti. Ia mampu merakam dalam empat mod yang berbeza melalui kadar sampel rakaman bit 16bit / 48KHz yang menjadikan rakaman lebih kuat dan jelas.

Keempat-empat mod berbeza menjadikan Blue Yeti mampu membuat rakaman di mana-mana sahaja tanpa perlu menghiraukan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, mod Omnidirectional khususnya. Ia membolehkan Blue Yeti merakam apa sahaja suara yang berada di sekeliling, bermaksud anda hanya perlu meletakkan mikrofon ini di tengah meja yang mempunyai beberapa orang, pasti tidak akan ada satu pun perkataan yang terlepas.

Mod ini sangat sesuai digunakan untuk podcast yang mempunyai ramai tetamu dengan merendahkan bunyi persekitaran sekeliling. Mod kardioid pula secara asasnya lebih bagus digunakan untuk anda membuat rakaman suara atau instrumen di hadapan mikrofon, menjadikan ianya pilihan yang sempurna untuk rakaman vokal, streaming dan instrumen muzik. Buat anda yang ingin melakukan podcast dan rakaman vokal tanpa perlu menukar mikrofon untuk salah satu aktiviti ini, Blue Yeti semestinya mampu untuk memenuhi keperluan anda.

Kelebihan Blue Yeti:

  • Empat mod rakaman yang berbeza
  • Mempunyai soket untuk headphone di badan mikrofon
  • Reka bentuk inovatif yang memudahkan rakaman

Kekurangan Blue Yeti:

  • 16bit / 48KHz
  • USB type A tidak dimiliki Mac/Apple, perlu sambungan tambahan

Spesifikasi Blue Yeti:

Berat: 1.5 KG (termasuk stand)
Dimensi: Tinggi: 12 cm, Lebar: 12.5 cm, Diameter: 29.5 cm (termasuk stand)
Output: USB-A
Bit: 16 bit
Analog Output: 3.5 mm headphone jack
Julat Frekuensi: 20 Hz – 20 KHz

Razer Seiren Elite

Razer Seiren Elite
Khas buat streamer- streamer di luar sana, mikrofon USB berjenama Razer Seiren Elite ini sememangnya buat anda. Dikenali sebagai mikrofon untuk streaming, namun keupayaannya tidak terhad kepada streaming sahaja, malah boleh digunakan juga untuk rakaman-rakaman yang lain. Didatangkan dengan high-pass filter yang berpotensi menapis bunyi-bunyian berfrekuensi rendah seperti bunyi tapak kaki dan juga hawa dingin, untuk menghasilkan rakaman yang kuat, jelas dan bersih.

Salah satu fungsi yang boleh dikatakan bijak daripada pengeluar mikrofon ini adalah flashing ring yang berada di sekeliling mikrofon untuk menjadi indikator kepada streamer jika terdapat gangguan pada signal ketika rakaman dijalankan. Jika mikrofon USB lain banyak menggunakan mod kardioid sebagai salah satu tarikan utama, Razer Seiren Elite cuba menjadi lebih kedepan dengan menawarkan mod Super-Cardioid dimana ia mampu mengurangkan dengan drastik bunyi-bunyian sekeliling sehingga ke tahap yang tidak mampu dilakukan mikrofon USB yang lain. Selain itu, dari segi reka bentuknya, Mikrofon USB ini sememangnya direka khas untuk dibawa kemana sahaja dan tidak menggunakan banyak ruang ketika disimpan.

Kelebihan Razer Seiren Elite:

  • High-Pass Filter
  • Flashing Ring
  • Mod Super-Cardioid
  • Mudah dibawa ke mana sahaja

Kekurangan Razer Seiren Elite:

  • 16bit / 48KHz
  • Hanya ada satu mod rakaman sahaja

Spesifikasi Razer Seiren Elite:

Output: USB-A
Bit: 16 bit
Julat Frekuensi: 50 Hz – 20 KHz

Elgato Wave 3

Elgato Wave 3
Buat para gamers, streamers and podcasters yang inginkan mikrofon yang lebih mudah tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk persiapan, Mikrofon USB model Elgato Wave 3 ini perlu ada dalam simpanan anda. Penggunaan mikrofon ini tidak menyusahkan malah sangat ringkas, anda boleh mengawal kelantangan suara anda melalui tombol yang terdapat pada badan mikrofon ini. Selain itu, terdapat juga panel untuk memasang headphone anda bagi memudahkan anda mengawasi kelantangan suara anda supaya tidak terlalu kuat atau perlahan. Bagi proses sesi rakaman pula, anda cuma perlu muat turun perisian percuma kerana Elgato Wave 3 bersifat universal, boleh beroperasi dengan kebanyakan perisian percuma seperti Wave Link & Garage Band sekaligus menjadikan ia lebih cepat dan praktikal.

Kelebihan Elgato Wave 3:

  • Padat, bunyi rakaman yang jelas
  • Low-latency monitoring
  • Mudah digunakan dan ringkas
  • Universal

Kekurangan Elgato Wave 3:

  • Tiada Penapis Pop
  • Hanya ada satu mod rakaman sahaja

Spesifikasi Elgato Wave 3:

Berat: 280 G
Dimensi: Tinggi: 153 mm, Lebar: 66 mm, Diameter: 40 mm
Output: USB-C
Bit: 24 bit
Analog Output: 3.5 mm headphone jack
Julat Frekuensi: 70 Hz – 20000 Hz

HyperX QuadCast S

HyperX QuadCast S
HyperX QuadCast S adalah sebuah mikrofon USB yang mempunyai kualiti rakaman yang baik serta reka bentuk yang amat menarik. Dilengkapi dengan lampu RGB, ianya kelihatan sangat dinamik. Boleh dikatakan mikrofon ini cukup lengkap dengan segala ciri-ciri yang perlu ada. Salah satu ciri keselamatan yang baik ialah anti-vibration shock mount yang melindungi mikrofon daripada rosak apabila terjatuh atau bergesel. Ia juga dibina dengan penapis pop yang mampu menyerap bunyi letup apabila rakaman dijalankan. Selain itu, terdapat juga indikator LED untuk anda mengetahui status mikrofon anda samada anda sedang merakam atau tidak. Bagi mengelakkan sebarang kesilapan semasa rakaman yang tidak disengajakan, anda hanya perlu menekan tombol yang telah disediakan untuk bertukar ke mod senyap serta merta. Mikrofon ini juga turut disertakan dengan empat jenis mod rakaman mengikut kesesuaian persekitaran anda. Selain daripada komputer, ianya juga turut bersifat universal kerana anda masih mampu menikmati rakaman suara yang baik walau disambung dengan PS5, PS4 dan juga Mac. Quadcast S juga telah diiktiraf oleh Discord dan TeamSpeak, dan juga boleh digunakan di platform streaming utama seperti Steamlabs OBS, OBS Studio and Xsplit.

Kelebihan HyperX QuadCast S:

  • Lampu RGB memberikan daya tarikan yang dinamik
  • Anti-vibration shock mount
  • Penapis Pop
  • Indikator LED
  • Universal
  • Empat mod rakaman

Kekurangan HyperX QuadCast S:

  • 16 Bit
  • USB type C tidak dimiliki oleh semua peranti, perlu sambungan tambahan

Spesifikasi HyperX QuadCast S:

Berat: 255 G
Output: USB-C
Bit: 16 bit
Analog Output: 3.5 mm headphone jack
Julat Frekuensi: 20 Hz – 20 KHz

Selain daripada yang kandungan menarik, kualiti daripada aspek teknikal juga perlu diambil kira kerana ia tidak kurang pentingnya. Tidak salah jika anda berbelanja lebih untuk mendapatkan hasil yang lebih berkualiti untuk perjalanan karier anda yang lebih baik.

Jadi Buat semua podcaster, streamer mahupun penyanyi yang baru bermula, adalah baik untuk anda memperbaiki kualiti hasil-hasil rakaman anda dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. Memandangkan anda berkomunikasi melalui audio terutamanya, mikrofon yang berkualiti tinggi amat diperlukan supaya mesej yang anda sampaikan itu lebih jelas dan tidak mengganggu.



Related posts