Jom ‘Usha’ 5 Pilihan Laptop Gaming Terbaik Dengan Harga Mampu Milik
Main game dengan laptop biasa bukan tidak boleh, tapi kurang ‘kick’ nya! Laptop gaming menjadi pilihan kerana komponen istimewanya, paparan pantas, reka bentuk binaan yang lebih tahan lasak agar pengalaman bermain game anda menjadi lebih lancar.
Banyak jenama laptop gaming di luar sana sehingga ada yang pening kepala nak pilih yang mana satu. Harga setiap satunya bukan murah ya kerana sesetengah komponen mempunyai spek dan fungsi lebih berbanding laptop biasa dan boleh mencecah hingga belasan ribu ringgit. Tapi jangan risau, pastinya ada jenama dengan spek terbaik dijual dengan harga mampu milik. Jom lihat 5 pilihan terbaik laptop gaming dengan harga berpatutan yang ada di pasaran ni;
Asus TUF Gaming A15
ASUS tidak ketinggalan dalam CES 2020 apabila turut memperkenalkan komputer riba terbarunya yang dikenali sebagai ASUS TUF Gaming A15 yang memberikan prestasi gaming yang terbaik kepada pengguna. Jangan tak tahu, model ini dikuasakan dengan AMD Ryzen 4000 Series Mobile Processors yang memberikan prestasi yang mengagumkan dalam dipadankan dengan sistem operasi Windows 10 Pro. Menariknya, model ini tampil dengan varian 2 varian warna iaitu Fortress Gray dan Bonfire Black. Ia didatangkan dengan skrin yang terbaik iaitu 15.6″ Non-glare Full HD yang mana tampil IPS-level panel sehingga 144Hz. Aspek memori komputer riba ini juga tidak mengecewakan apabila dihadirkan sehingga 32GB 3200MHz DDR4 dan VRAM sehingga 6G GDDR6.
Kelebihan
- Port yang banyak
- Harga terbaik
- Prestasi terbaik
- Reka bentuk ‘slimline’
- Mudah dibawa ke mana sahaja
- Grafik terbaik NVIDIA GeForce RTX 2060
- Storan besar M.2 NVMe PCIe SSD sehingga 1TB
Kekurangan
- Kipas berbunyi agak kuat
- Speaker biasa
Spesifikasi
OS | Window 10 Home (64bit) |
---|---|
Processor | AMD® Ryzen™ 7 5800H Processor |
Grafik | NVIDIA® GeForce RTX™ 3070, GDDR6 8GB |
RAM | 16GB |
Storage | 1TB SSD |
Skrin | 15.6″ FHD (1920*1080), 240Hz Anti-Glare IPS Panel |
Kapsiti bateri | 90W/jam |
Berat | 2.3 kg |
Harga | RM5,600++ |
Acer Nitro 5 Gaming Laptop
Kaki game memang tahu bahawa Acer dengan siri Acer Nitro terkenal sebagai komputer riba gaming yang lebih mampu milik namun tidak berkompromi daripada segi prestasi. Dari luarannya, Acer Nitro 5 memang direka khas bentuknya seperti laptop gaming. Ia mempunyai pelbagai garisan agresif dan bahagian belakangnya yang berwarna merah menghasilkan imej “garang”, seolah-olah ingin menonjolkan kebolehannya untuk menewaskan musuh dalam game. Namun begitu, dimensi komputer ini tidak sebesar kebanyakan komputer riba gaming lain. Dengan ketebalan sekitar 23.9mm, kelebaran 363.44mm dan ketinggian skrin 255mm serta berat 2.30kg, ia masih boleh dimasukkan ke dalam beg dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Kelebihan
- Keypad selesa
- Kelajuan kipas boleh disesuaikan
- Berbaloi dengan harga
- Mempunyai port mencukupi
- Pembesar suara stereo yang baik
Kekurangan
- Kipas berbunyi bising
- Jangka hayat bateri jika bermain game hanya 55 minit
Spesifikasi
OS | Window 10 Home (64bit) |
---|---|
Processor | AMD Ryzen™ 5 5600H Hexa-core processor (3.3 GHz, up to 3 MB L2 cache, up to 16 MB L3 cache, up to 4.2 GHz) |
Grafik | NVIDIA® GeForce® GTX 1650 with 4 GB GDDR6 |
RAM | 8GB 3200MHz DDR4 |
Storage | 512GB SSD |
Skrin | 15.6″ FHD (1920 x 1080) IPS Display 144Hz Slim Bezel, 300 nits |
Kapasiti bateri | 4-Cell 57.5W/Jam |
Berat | 2.2 kg |
Harga | RM3,999 – RM 5,529++ |
HP Omen 15
HP OMEN 15 dikuasakan oleh pemproses CPU Intel Core™ i7-10750H , grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 (6GB GDDR6 dedicated), RAM 8 GB DDR4-2933 SDRAM (1 x 8 GB) dan storan SSD 1 TB PCIe® NVMe™ M.2 SSD. Bukan itu sahaja, peranti ini juga mempunyai skrin 15.6″ diagonal FHD, 144 Hz, (1920 x 1080) dengan berat 2.37 kg memudahkan untuk di bawa ke mana sahaja. Ia mempunyai kamera web terbaik yang mampu memberikan pengalaman terbaik sewaktu bertempur di game online. Kurang menariknya, storan laptop ini tidak boleh ditambah atau di upgradekan.
Kelebihan
- Kipas berfungsi senyap
- Design keyboard yang baik
- Jangka hayat bateri terbaik
- Kualiti audio bagus
Kekurangan
- Storan tidak boleh ditambah
- Bukan processor terkini
Spesifikasi
OS | Window 10 Home (64bit) |
---|---|
Processor | AMD Ryzen™ 5 4600H (3.0GHz, up to 4.0GHz, 8MB L3 cache, 6 cores) |
Grafik | NVIDIA® GeForce GTX™ 1650Ti 4GB GDDR6 |
RAM | 8GB |
Storage | 512GB SSD |
Skrin | 15.6″ FHD (1920 x 1080) 144 Hz, IPS, 250 nits, anti-glare |
Kapasiti bateri | 3-cell, 52.5WHr |
Berat | 2.37 kg |
Harga | RM3,899 |
Razer Blade 15 Base Model
Jika sebelum ini Jenama Razer terkenal dengan aksesori laptop dan game seperti mouse, headphone dan keyboard, jangan tak tahu jenama ini juga mempunyai gaming laptopnya sendiri. Kemudahan input-output (I/O) komputer ini menawarkan tiga port USB3.2 Type-A, satu port Thunderbolt 3 yang menyokong pengecasan 20V dengan Power Delivery (PD) 3.0, satu port USB Type-C 3.2 Gen2, satu port HDMI 2.1 dan pembaca kad memori SD bersaiz penuh yang amat berguna untuk pencipta kandungan. Ia didatangkan dengan RAM 16GB dan jika itu masih tidak cukup untuk anda, komputer ini menyediakan ruang untuk anda memasang lebih banyak modul RAM sehingga 64GB.
Kelebihan
- Jangka hayat bateri tahan lama
- Ports yang banyak
- RAM dan storan boleh ditambah
- Ringan dan reka bentuk slim
Kekurangan
- Cepat panas
Spesifikasi
OS | Window 10 Home (64bit) |
---|---|
Processor | 10th Generation Intel® Core™ i7-10750H (2.6GHz, 6-Core, 12MB Cache, up to 5.0GHz) |
Grafik | NVIDIA® GeForce RTX™ 2070 with Max-Q (8GB GDDR6 VRAM) |
RAM | 16GB |
Storage | 512GB SSD |
Skrin | 15.6″ FHD (1920*1080), 144Hz, 4.9 mm Bezel |
Kapasiti bateri | 65W/jam |
Berat | 2.27 kg |
Harga | RM7,799 |
Lenovo Legion 5 (15)
Lenovo Legion 5 (15) menawarkan pelbagai pilihan prestasi untuk mana-mana peringkat pemain gaming. Laptop ini memadankan fleksibiliti dengan kuasa yang luar biasa, serta reka bentuk yang bersih dan minimalis. Ia dikuasakan oleh pemproses Intel®Core™i7 H Generasi ke-10, grafik NVIDIA®GeForce RTX™ untuk pengalaman bermain yang luar biasa. Baterinya boleh bertahan sehingga ~6 jam pada mod penjimatan kuasa (atau 2 jam jika bermain permainan)! Anda boleh menaik taraf hampir semua perkara dalam komputer riba ini. Termasuk RAM, storan, kad WiFi, dan juga bateri.
Kelebihan
- Kualiti audio baik
- Jangka hayat bateri yang bagus
- Boleh menaik taraf storan dan RAM
- Harga berbaloi
- Keyboard terbaik
Kekurangan
- Cepat panas
Spesifikasi
OS | Window 10 Home (64bit) |
---|---|
Processor | AMD® Ryzen™ 5 4600H Processor (6 Cores / 12 Threads, 3.00 GHz, up to 4.00 GHz with Max Boost, 3 MB Cache L2 / 8 MB Cache L3) |
Graphics | NVIDIA® GeForce GTX™ 1650 4GB GDDR6 |
RAM | 16GB DDR4 3200MHz |
Storage | 1TB 5400 rpm + 256GB SSD |
Skrin | 15.6″ FHD 1920×1080, IPS, AntiGlare, LED Backlight, 144Hz 5ms |
Kapasiti bateri | 4-Cell 60WHr |
Berat | 2.5 kg |
Harga | RM3,800 ++ |
Secara ringkasnya, pemilihan laptop gaming yang terbaik adalah apabila ianya boleh dinaik taraf, mudah dibawa ke mana sahaja, ketahanan jangka hayat bateri yang bagus dan paling penting ‘heat management’ dalam memastikan laptop kita tidak cepat panas. Ini kerana overheating adalah antara punca utama laptop cepat rosak.
Mesti ada yang beranggapan laptop gaming hanya boleh digunakan untuk gaming je kan? Sebenarnya ia juga boleh berfungsi seperti laptop biasa yang lain dengan spec tambahan malah ianya lebih baik!