Emas Lambang Wanita Sempurna! Jom Singgah 5 Kedai Barang Kemas Terbaik Di Malaysia 2022
DI saat keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, ramai yang memilih untuk membeli emas. Selain dijadikan sebagai barangan kemas perhiasan wanita, emas juga sesuai untuk pelaburan jangka panjang yang menjanjikan pulangan berbaloi. Barang kemas berfungsi sebagai penghias diri, juga mempunyai makna dan nilai kenangan tersendiri apatah lagi jika ia dibeli sempena sesuatu acara atau pemberian insan tersayang.
Malah ada yang menjadikan barang kemas sebagai warisan keluarga yang tidak ternilai harganya. Meskipun muncul banyak rekaan baru yang lebih moden dan segar, rekaan barang kemas lama tetap terpelihara dan tidak lapuk dek zaman.
Walau bagaimanapun jangan terlalu ghairah membeli emas atau barang kemas tanpa menyemak ketulenannya terlebih dahulu. Bagi memastikan kepentingan pembeli emas terpelihara, beberapa panduan berguna perlu kalian tahu bagi mengelak terbeli barangan emas palsu.
Pertama semasa pembelian barang kemas, pastikan anda terima resit belian atau sijil barang kemas seperti termaktub di dalam Akta Perihal Dagangan (Akta 730). Kedua, pembeli perlu memastikan produk dibeli sama seperti maklumat dinyatakan dalam resit atau sijil belian seperti berat dan jenis emas.
Terdapat pelbagai jenis ketulenan emas yang dijual di pasaran seperti emas 999, 916, 850 dan 750. Bagi menyemak nilai ketulenan barang kemas, pembeli boleh meminta pihak penjual menjalankan pengukuran ketulenan menggunakan densimeter.
Bagi yang mahu menambah koleksi atau mencari hadiah buat insan istimewa, bolehlah mengintai mana-mana cawangan kedai barang kemas terbaik di Malaysia 2022 seperti berikut.
Kedai Emas Anuar, Kota Tinggi Johor
Kedai Emas Anuar menjadi sebutan dan fenomena ketika pandemik yang lalu dek menawarkan harga jualan barang kemas yang berpatutan dan RM0 upah. Kedai Emas Anuar mula bertapak di Kota Tinggi, Johor dan kini berbangga setelah lebih 10 tahun beroperasi, jenama yang menjalankan perniagaan jual beli emas dan khidmat pertukangan emas Melayu sudah memiliki lebih 13 cawangan termasuk di daerah lain Johor, Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Selain menjual barang kemas, Kedai Emas Anuar turut menawarkan khidmat menjual permata, membaik pulih emas rosak, membeli emas lama, penilaian zakat, pertukangan emas, tempahan barang kemas buatan khas, mencuci dan menyadur emas. Antara barang kemas yang mendapat permintaan tinggi di Kedai Emas Anuar adalah jenis emas 916 dan 925 terdiri daripada Rantai Tangan, Gelang Tangan, Rantai Leher, Cincin Perak, Cincin Batu Permata, Cincin Emas, Loket dan Subang. Kedai Emas Anuar juga ada menjual emas jongkong 999 keluaran khas.
Kelebihan produk
- Harga berpatutan dengan upah percuma
- Menggunakan khidmat pertukangan emas Melayu
- Ada lebih 13 cawangan
- Menawarkan khidmat membaiki barang kemas
Kekurangan produk
- Jumaat tutup
Spesifikasi produk
Hubungi | https://kedaiemasanuar.com/ https://www.facebook.com/EmasAnuarKotaTinggi/?ref=page_internal |
---|---|
Lokasi | Wisma Emas Anuar Kota Tinggi 1-43,1-45 & 1, 47, Jalan Niaga 11, Kampung Makam, 81900 Kota Tinggi, Johor |
Waktu Operasi | Buka Sabtu hingga Khamis hari dari jam 9.30am hingga 7pm |
Promosi | Peraduan Beli & Menang! Cabutan bertuah pelbagai barang menarik setiap minggu. |
Kedai Emas Nur Jannah, Kuala Pilah Negeri Sembilan
Pekan Kuala Pilah memiliki keistimewaan tersendiri kerana menjadi lubuk emas murah di Malaysia sejak 1940-an lagi. Kedai Emas Nur Jannah antara kedai tumpuan di Kuala Pilah menawarkan harga lebih murah sehingga 16 peratus berbanding pasaran biasa untuk emas 916 dan 999. Barangan kemas yang sering mendapat sambutan di Kedai Emas Nur Jannah ialah rantai tangan dan cincin.
Malah, pelanggan Kedai Emas Nur Jannah juga boleh menukar barangan kemas masing-masing dengan fesyen terkini barangan kemas yang dihajati pada harga yang munasabah. Lebih menarik, rekaan barang kemas di sini juga adalah fesyen terkini sama seperti kedai emas berjenama.
Antara faktor Kedai Emas Nur Jannah dijual dengan harga murah bukan kerana kualitinya atau tahap ketulenan yang rendah tetapi faktor pemilik kedai emas tidak terikat dengan Persatuan Peniaga Emas Malaysia, tidak perlu membayar sewa kedai kerana premis milik sendiri dan kos buruh kerana rata-rata pekerja adalah dalam kalangan keluarga sendiri sahaja.
Kelebihan produk
- Harga murah
- Murah lebih 16 peratus
- Rekaan menarik dan berfesyen
- Kualiti emas tulen dan dijamin
Kekurangan produk
- Perlu tunggu lama
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.instagram.com/kedaiemasnurjannah https://www.facebook.com/KedaiEmasNurJannahKualaPilah/ |
---|---|
Lokasi | No. 3, Jalan Dato Undang Johol, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 10am hingga 7pm |
Promosi | Cuci emas percuma dengan pembelian RM4,000 ke atas |
Kedai Emas & Permata Sri Anggun, Batu Caves Selangor
Perniagaan barang kemas dan permata adalah satu perusahaan yang berkaitan dengan kebahagiaan. Seperti Kedai Emas & Permata Sri Anggun mereka ingin membantu penggemar barang kemas menzahirkan rasa kasih sayang, cinta dan penghargaan terhadap seseorang. Kedai Emas & Permata Sri Anggun menawarkan barang kemas mempunyai ketulenan bermutu tinggi, tersendiri beserta rekaan unik dan memukau.
Selain bertapak di Batu Caves, Kedai Emas & Permata Sri Anggun mempunyai beberapa cawangan lain yang terpilih untuk dikunjungi. Setiap cawangan mempunyai konsep premis yang eksklusif dengan ruang menunggu atau ruang rehat yang mewah dan selesa. Kedai Emas & Permata Sri Anggun turut menawarkan jaminan harga paling rendah di pasaran tanpa upah supaya semua lapisan masyarakat mampu memiliki barang kemas. Kedai Emas & Permata Sri Anggun berazam hadir di pasaran bukan untuk bersaing, tetapi visi mereka membantu rakyat Malaysia memiliki emas dengan harga terendah.
Kelebihan produk
- Harga tanpa upah
- Rekaan menarik dan terkini
- Konsep premis eksklusif
- Ruang menunggu selesa
Kekurangan produk
- Parkir terhad
- Perlu menunggu giliran agak lama
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.instagram.com/emassrianggun/ https://www.facebook.com/Kedai-Emas-Dan-Permata-Sri-Anggun-331699903839973/ |
---|---|
Lokasi | Sri Gombak, No 92G Jalan Prima SG 3 Taman Prima, Prima Seri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor |
Waktu Operasi | Buka setiap hari Sabtu hingga Khamis dari jam 11 am hingga 7pm. Jumaat tutup |
Promosi | Upah percuma. Tertakluk kepada harga pasaran |
Kedai Emas Fareha, Kuala Langat, Selangor
Buat wanita bertudung pasti sudah terbiasa dengar jenama Fareha. Kali ini jenama ini melangkah setapak lagi dengan mewujudkan sebuah rangkaian kedai barang kemasnya sendiri iaitu Kedai Emas Fareha. Kedai Emas Fareha menawarkan barang kemas berkualiti dan rekaan tersendiri pada harga terbaik untuk pelanggannya.
Kedai Emas Fareha begitu menitikberatkan soal kualiti dan layanan kakitangan yang mesra kepada semua pelanggan mereka. Kedai Emas Fareha turut menawarkan khidmat membeli emas lama, pertukangan emas, tempahan barang kemas buatan khas, mencuci dan menyadur emas. Untuk perancangan masa hadapan, Kedai Emas Fareha berhasrat membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara selain mengeluarkan rekaan emas sendiri yang eksklusif dalam tempoh beberapa tahun ini.
Kelebihan produk
- Barang kemas berkualiti
- Rekaan tersendiri
- Belian tanpa harga upah
- Layanan kakitangan yang mesra
Kekurangan produk
- Parkir terhad
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.instagram.com/emasfarehaofficial/ https://www.facebook.com/EmasFarehaHQ/ |
---|---|
Lokasi | Jalan SP 5/5, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat 42610 Selangor |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 10am hingga 6pm |
Promosi | Rekaan terkini tanpa upah |
HABIB Jewels, Georgetown, Pulau Pinang
HABIB Jewels jenama kedai barang kemas tempatan berada dalam kelas tersendiri selain menjadi syarikat barang kemas pertama di Malaysia tersenarai dalam Bursa Saham, pada tahun 1998. Sudah bertapak lebih 64 tahun, HABIB Jewels, Georgetown, Pulau Pinang yang terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling merupakan premis perniagaan pertama dan menjadi kunjungan peminat barang kemas sejak 1958. HABIB Jewels bekerjasama dengan pelbagai jenama antarabangsa yang pakar dan berkemahiran dalam pembuatan barangan kemas. Dek kerana itu, rekaan barang kemas yang dihasilkan HABIB Jewels lebih beridentiti dan unik. Terdapat pelbagai rekaan dan koleksi barangan kemas serta batuan permata pelbagai warna untuk dimiliki. Koleksi Oro Italia 916 mempunyai pelbagai rekaan yang sesuai dengan semua lapisan usia. Selain itu, HABIB Jewels menerima barangan kemas permata selain emas dan berlian untuk tukar beli barangan kemas lama kepada baru dengan harga yang kompetitif.
Kelebihan produk
- Rekaan tersendiri dan unik
- Rekaan sesuai semua lapisan usia
- Ada 32 cawangan termasuk Sabah dan Sarawak
- Dipasaran ke Hong Kong, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Eropah
- Boleh beli secara online atau platform e-dagang
Kekurangan produk
- Kawasan pakir terhad
Spesifikasi produk
Hubungi | https://www.habibjewels.com/ https://www.facebook.com/habibjewels/ |
---|---|
Lokasi | No. 111 &117, Jalan Masjid Kapitan Keling, 10200, Georgetown, Pulau Pinang |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 10am hingga 6pm |
Promosi | Promosi Istimewa Raya Haji potongan sehingga RM25 segram untuk barang kemas emas 916/999 terpilih. |
Pulangan emas samada barang kemas, syiling atau jongkoh lebih stabil nilainya dan tidak bersifat spekulatif sebagaimana pasaran saham. Emas turut menunjukkan trend positif ekoran ancaman wabak Covid-19 yang menjejaskan ekonomi seluruh dunia sedikit sebanyak turut mendorong orang ramai memilih emas sebagai aset selamat.
Trend orang ramai kini semakin menggemari barangan kemas bukan sahaja dijadikan sebagai perhiasan malah untuk pelaburan. Ini kerana untuk tempoh jangka panjang, nilai emas akan meningkat dan ia juga kalis inflasi selain tidak mempunyai risiko kerugian apabila pasaran ekonomi terjejas. Jom beli emas di kedai emas terbaik dan paling penting dipercayai ketulenannya
Dahulu, duit raya, duit kelahiran bayi atau hadiah duit perkahwinan hanya diberikan dalam bentuk wang tunai tetapi kini ramai yang memilih untuk menghadiahkan dalam kepingan emas. Ia adalah hadiah yang lebih bernilai dan secara tidak langsung dapat mendidik generasi muda mengenai emas, nilainya serta pelaburan.