Raya Berwajah Baru! Dapatkan 5 Spray Rambut Terbaik Untuk Lelaki 2023
Keterujaan menyambut hari raya hampir bermula. Khas untuk kaum Adam, selain membuat persiapan baju, kain sampin dan kasut jangan lupa beri perhatian kepada penampilan diri. Tidak sempurna persiapan lebaran jika semuanya serba baru, tetapi rupa tiada seri. Untuk lelaki, sepatutnya, busana cantik perlu dipadankan dengan style rambut menawan. Barulah raya berwajah baru dengan penampilan tampak seiring dengan gaya.
Memang tidak dinafikan dalam fesyen mahkota kepala, ia biasanya dijuarai oleh perempuan. Bagaimanapun, dalam arus kemodenan hari ini lelaki juga perlu semakin sensitif dengan fesyen rambut. Anda tidak harus ketinggalan menggayakan fesyen rambut terkini supaya sentiasa kelihatan kemas, kacak dan bergaya. Sekarang adalah masa terbaik untuk membuat persediaan lebih awal. Untuk memuaskan hati, menggayakan sendiri rambut pada pagi raya adalah lebih dicadangkan. Apa yang perlu kalian miliki adalah sebotol spray rambut terbaik untuk lelaki 2023 seperti Dashu Mega Hold Super Spray, Schwarzkopf Silhouette Hair Spray, LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray, Loreal Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray atau GATSBY Set & Keep Super Hard. Jom semak!
Raya Berwajah Baru! Dapatkan 5 Spray Rambut Terbaik Untuk Lelaki 2023
GATSBY Set & Keep Super Hard 180g
Jenama popular berasal dari negara Jepun, GATSBY memang sudah sinonim dalam kalangan lelaki. Mereka mengeluarkan pelbagai produk penjagaan rambut mampu milik antaranya seperti GATSBY Set & Keep Super Hard. GATSBY Set & Keep Super Hard semburan rambut yang tidak melekit mampu mengekalkan gaya rambut anda walaupun dalam pelbagai keadaan dan cuaca. Selain itu, GATSBY Set & Keep Super Hard dirumus dengan pelembap berasaskan vitamin untuk memastikan rambut kekal terhidrat walaupun di bawah mentari yang terik.
GATSBY Set & Keep Super Hard mempunyai wangian sitrus segar dan mampu melindungi daripada haba pengering rambut. Jika anda keluar beraya seharian, dengan GATSBY Set & Keep Super Hard penggayaan rambut anda akan tetap bertahan sepanjang hari selama 24 jam dan memberi kesan kilauan semula jadi berpanjangan. Untuk menggunakan GATSBY Set & Keep Super Hard, pastikan jarak semburan sekitar 15cm hingga 25cm dari rambut. Rambut haruslah disikat terlebih dahulu dengan gaya yang diinginkan sebelum menggunakan produk ini.
Kelebihan GATSBY Set & Keep Super Hard 180g
- Rambut kekal berkilat sepanjang hari
- Tidak melekit
- Mengandungi pelembap vitamin
- Harga berpatutan
Kekurangan GATSBY Set & Keep Super Hard 180g
- Kesan binitk putih berlaku jika anda menyikat rambut selepas semburan
Spesifikasi GATSBY Set & Keep Super Hard 180g
Isipadu / Berat | 180g |
---|---|
Kandungan | Alkohol, Butane, Isobutane, Propane, Amp-Acrylates Copolymer, Panthenol, Fragrance, Difenylsiloxy Phenyl Trimethicone |
Harga | RM16.92 |
Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray 500ml
Dalam kalangan penggaya rambut dan wanita, Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray adalah spray rambut yang menjadi pilihan. Namun hari ini, ramai kaum Adam yang sudah mengetahui rahsia disebalik Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray lalu terus jatuh cinta. Bersaiz besar, Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray mempunyai bau haruman yang memikat sebaik sahaja disembur pada rambut untuk menggayakan sebarang jenis gaya.
Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray tidak bertekstur melekit atau berair, namun ia tetap memberi impak kilauan semula jadi dan basah seperti selepas mandi. Dengan Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray, gaya rambut tetap kekal sepanjang hari selama hampir 24 jam dalam apa jua cuaca. Dirumus dengan teknologi resapan mikro, Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray menawarkan kemasan bersih dan lembut berkilat. Jadi sebaran semburan akan terus hilang selepas terkena rambut. Anda dicadangkan untuk membuat semburan dari jarak 35cm daripada rambut untuk mendapatkan kesan yang sekata.
Kelebihan Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray 500ml
- Tidak menghilangkan kilauan semula jadi rambut
- Mengekalkan gaya rambut dengan sempurna sehingga 24 jam
- Rambut tidak kusut selepas cucian
- Rambut lembut dan boleh disikat
Kekurangan Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray 500ml
- Tidak mesra travel. Botol saiz agak besar
Spesifikasi Loreal Professionnel Elnett Satin Laque Strong Hold Hairspray 500ml
Isipadu / Berat | 500ml |
---|---|
Kandungan | Alkohol Denat., Dimetil Eter, VA/Krotonat/Vinyl Neodecanoate Kopolimer, Hydroxycitronellal, PEG/PPG-4/12 Dimethicone, Aminomethyl Propanol, Limonene, Linalool, Benzyl Alcohol, Benzyl Benzoate, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl -Isomethyl Ionone, Geraniol, Citronellol, Coumarin, Amyl Cinnamal, Parfum / Pewangi |
Harga | RM33.00 |
Schwarzkopf Silhouette Hair Spray 300ml
Jenama Schwarzkopf sinonim sebagai produk penjagaan rambut terkenal dunia. Jenama ini ada mengeluarkan berpuluh jenis produk rambut dan antara yang menjadi pilihan terbaik adalah Schwarzkopf Silhouette Hair Spray. Menawarkan pegangan ultra kuat untuk semua gaya rambut, Schwarzkopf Silhouette Hair Spray dicipta khas untuk memberi kesan sempurna pada rambut. Schwarzkopf Silhouette Hair Spray memiliki ciri-ciri ‘super’ kuat tanpa kesan melekit. Kesan penggunaan produk ini meninggalkan gaya rambut tetap unggul sehingga 24 jam selepas penggunaan.
Dicadangkan semburan Schwarzkopf Silhouette Hair Spray dilakukan pada jarak 30cm daripada rambut untuk kesan menyeluruh gaya kalian pada hari raya nanti. Dengan semburan Schwarzkopf Silhouette Hair Spray, anda boleh mencipta pelbagai gaya rambut dengan kesan kilauan semula jadi. Berbau harum seakan baru keluar dari salun, Schwarzkopf Silhouette Hair Spray mencipta kandungan formula inovatif untuk membantu menjadikan rambut mudah diurus, disikat dan disentuh. Ia mengandungi vitamin kompleks seperti minyak silikon ringan, vitamin E anti-oksidan, vitamin B3 dan provitamin B5.
Kelebihan Schwarzkopf Silhouette Hair Spray 300ml
- Berbau harum
- Tidak melekit
- Tahan lama sehingga 24 jam
- Mengandungi vitamin kompleks
Kekurangan Schwarzkopf Silhouette Hair Spray 300ml
- Botol aerosol mudah meletup. Jauhkan daripada bahang api
Spesifikasi Schwarzkopf Silhouette Hair Spray 300ml
Isipadu / Berat | 300ml |
---|---|
Kandungan | Dimethyl Ether, Alcohol Denat., Aqua / Water / Eau, Octylacrylamide / Acrylates / Butylaminoethyl Methacrylate Copolymer, Aminomethyl Propanol, Parfum / Fragrance, Benzyl Alcohol. |
Harga | RM25.90 |
DASHU Premium Mega Hold Super Spray 250ml
DASHU jenama produk penjagaan rambut popular daripada Korea Selatan sejak tahun 2001 mengilhamkan DASHU Premium Mega Hold Super Spray. DASHU Premium Mega Hold Super Spray berasaskan air yang meninggalkan sedikit kilauan untuk menghasilkan gaya rambut yang lebih natural. DASHU Premium Mega Hold Super Spray sesuai untuk semua jenis rambut kerana memiliki kandungan ekstrak habbatus sauda tulen yang berkhasiat untuk kulit kepala. Ia juga melembutkan rambut dan tidak meninggalkan sebarang kekusutan selepas penggunaan sepanjang hari. Semburan DASHU Premium Mega Hold Super Spray ini juga mengandungi bahan penenang kulit kepala. Untuk memastikan kulit kepala dan rambut sentiasa sihat dan berkilat ia juga diformulasi dengan kolagen terhidrolisis, ekstrak oat, ekstrak akar licorice, protin jagung terhidrolisi dan ekstrak daun ginkgo. Lebih menarik DASHU Premium Mega Hold Super Spray bukan sahaja menjadi kegilaan ramai generasi hari ini, malah pilihan pelbagai selebriti Korea Selatan yang ternama.
Kelebihan DASHU Premium Mega Hold Super Spray 250ml
- Mudah dicuci
- Tidak melekit
- Rambut berbau harum
- Memiliki kandungan ekstrak habbatus sauda tulen
Kekurangan DASHU Premium Mega Hold Super Spray 250ml
- Kesan tahan lama dengan penggunaan produk sampingan lain
Spesifikasi DASHU Premium Mega Hold Super Spray 250ml
Isipadu / Berat | 250ml |
---|---|
Kandungan | Black Bean, Tuber fleeceflower extract, Protein |
Harga | RM44.90 |
LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray 420ml
Untuk anda yang ada kekangan bajet, LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray adalah pilihan terbaik dicadangkan. Produk berasal daripada Jepun ini memiliki kekuatan tersendiri dan menjadi pilihan ramai pengusaha salun di negara kita kerana memiliki kesan penggunaan yang sempurna dan menyeluruh pada rambut. Penggunaan LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray cepat kering dan rambut kelihatan kemas semula jadi dengan pilihan gaya apa sekali pun. LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray 420ml memiliki tekstur ringan dan sangat halus menjadikannya hampir tidak dapat dikesan selepas penggayaan. LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray mempunyai dua jenis variasi iaitu LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray (Blue) untuk rambut biasa, manakala LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray (Pink) untuk rambut yang nipis agar memberi kesan volum hebat. Untuk menggunakan LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray, pastikan jarak semburan sekitar 15cm hingga 25cm dari rambut.
Kelebihan LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray 420ml
- Memiliki 2 jenis variasi iaitu Blue dan Pink
- Tekstur ringan dan halus
- Kemasan semula jadi
- Harga mampu milik
Kekurangan LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray 420ml
- Bau agak kuat
Spesifikasi LUXURIOUS Extra Hold Hair Styling Spray 420ml
Isipadu / Berat | 420ml |
---|---|
Kandungan | Ekstrak Bunga matahari, bunga mawar dengan vitamin |
Harga | RM11.00 |
Spray rambut adalah inovasi yang dicipta oleh pakar rambut, sangat versatil dan sesuai sebagai produk gayaan rambut untuk si lelaki. Menurut pakar, spray rambut boleh bertindak sebagai produk styling dan dalam masa sama fixing. Jika kalian mempunyai rambut yang nipis, produk ini boleh membuatkan rambut nampak lebat dengan penggayaan yang betul. Kandungan yang diadun di dalam setiap produk spray rambut berbeza selalunya boleh membantu ‘memegang’ rambut menjadi lebih terletak, dan mencipta tekstur serta volum serta-merta. Caranya mudah, sembur pada rambut lembap, gayakan dan kemudian keringkan.
Sementara masih belum sibuk dengan pelbagai komitmen, mengejar waktu untuk menggandakan ibadah serta membuat persiapan akhir raya, ada eloknya jika menyediakan segala produk penggayaan rambut seperti spray rambut lebih awal agar kelak tidak terlupa dan masih berada dalam bajet perbelanjaan awal. Maklumlah, semakin dekat hari raya, semakin banyak duit yang mengalir keluar.