Nikmati Rasa: Khas Untuk Pencinta Gastronomi, Ini 5 Restoran Mesti Cuba Di IOI City Mall
IOI City Mall menjadi pusat beli-belah terbesar di Malaysia dengan pembukaan Fasa Keduanya pada Ogos 2022 tahun mempunyai lebih 700 premis jualan secara keseluruhan. IOI City Mall terletak di lokasi strategik IOI Resort City, Putrajaya menjadi pilihan penduduk berhampiran selatan Lembah Klang, iaitu Putrajaya, Cyberjaya, Kajang, Bangi, Sepang, Puchong dan Seri Kembangan. Selain aktiviti membeli belah, IOI City Mall menyediakan aktiviti mesra keluarga untuk mempelajari tumbuhan dan haiwan. Di sini juga mengetengahkan IOI Grand Exhibition and Convention Centre, sebuah pusat kemudahan terkini yang boleh menampung 2,000 jemputan atau hingga 3,000 perwakilan untuk persidangan selain daripada pusat sukan di atas bumbung dengan 15 gelanggang badminton dan dua arena futsal.
Jika perut terasa lapar ketika berlegar-legar di pusat membeli-belah mega ini, kini IOI City Mall mempunyai secara keseluruhan lebih daripada 200 kafe dan restoran untuk dinikmati pencinta gastronomi. IOI City Mall menampilkan beberapa tambahan destinasi makan baharu wajib cuba seperti Bife Charcoal Steakhouse, Asiari Dim Sum, Congkak, Dookki Korean Topokki Buffet, dan Ombak Kitchen. Jom menjamu selera dan nikmati rasa!
BIFE Charcoal Steakhouse
BIFE Charcoal Steakhouse terletak di bangunan Fasa Kedua IOI City Mall merupakan cawangan terbaru jenama premis stik ini. Di BIFE Charcoal Steakhouse, anda boleh memilih santapan ala ‘jamuan berselerak,’ pelbagai bahagian daging mahupun sajian stik yang siap dipanggang terus ke meja. Meskipun anda perlu membayar sajian ini secara bufet, kualiti sajian serta servis yang diterima tiada kurangnya dengan restoran yang menyajikan stik. Kualiti daging bukan sahaja halal malah pada kualiti premium. Bonusnya bagi penggemar daging ialah mereka boleh menikmati pelbagai bahagian daging atau menu yang berlainan dalam satu masa di BIFE Charcoal Steakhouse.
Berlainan dengan pelanggan yang mengunjungi restoran stik yang biasa, biasanya mereka dihidangkan secara ala carte dan hanya dapat merasai satu jenis hidangan dipesan. Mengenai menu istimewa di BIFE Charcoal Steakhouse, semestinya stik batang pinang jadi pilihan dan bahagian paling berharga adalah ‘picanha’ merujuk kepada potongan daging turut dipanggil ‘top sirloin’ iaitu bahagian batang pinang paling premium. Jika ingin datang menjamu selera di BIFE Charcoal Steakhouse dalam koata yang ramai atau berkumpulan, pelanggan boleh membuat tempahan meja awal terlebih dahulu untuk mengelakkan menunggu terlalu lama.
Sebab anda perlu mencuba BIFE Charcoal Steakhouse:
- Konsep penyajian mudah dan menyeronokkan
- Stik boleh dinikmati untuk makan tengah hari atau malam
- Kualiti daging premium
- Dijamin Halal
- Harga berpatutan
Sebab anda mungkin ingin mengabaikan BIFE Charcoal Steakhouse:
- Waktu menunggu agak lama pada hujung minggu
Spesifikasi BIFE Charcoal Steakhouse:
Info: | https://www.instagram.com/bifeasia/ https://www.facebook.com/bifeasia/?locale=ms_MY |
---|---|
Lokasi | Lot GE-216, IOI City Mall, Phase 2, Lbh IRC, IOI Resort, 62502 Putrajaya |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 10 malam |
Hubungi | 018-777 7640 |
Asiari Dim Sum
Jika anda pencinta makanan Cina Muslim, cubalah Asiari Dim Sum yang terletak di aras LG IOI City Mall. Asiari Dim Sum sudah mula bertapak di Malaysia sejak tahun 2005 yang dahulunya dikenali sebagai Asiari Asian Oriental Cuisine. Asiari Dim Sum mengetengahkan konsep masakan oriental mesra Muslim dengan puluhan jenis hidangan yang rata-rata berkonsepkan masakan Cina. Asiari Dim Sum menyediakan pilihan makanan yang bersih dalam restoran serba luas pada kualiti dan harga yang berpatutan. Malah jenama ini juga dikenali dalam kalangan penggemar masakan oriental kerana keenakan dim sum yang pelbagai jenis.
Jika anda menjamu selera di sini, dim sum adalah menu wajib cuba kerana dihasilkan sendiri oleh chef berpengalaman. Dim sum di premis ini berbeza dengan sesetengah restoran, yang mana ada yang mendapatkan bekalan ladu dari kilang-kilang pembekal. Tekstur kulitnya kenyal namun lembut. Antara menu dim sum yang popular di sini adalah Yin Yang Xiao Long Bao, Golden Lava Bun, Hong Kong Style Radish Cake serta Mushroom Bun. Asiari Dim Sum disahkan Halal oleh JAKIM. Pelanggan boleh nikmati hidangan di sini tanpa rasa was-was!
Sebab anda perlu mencuba Asiari Dim Sum:
- Berkonsep oriental mesra Muslim
- Dim sum dihasilkan sendiri chef berpengalaman
- Harga berpatutan
- Disahkan Halal oleh JAKIM
Sebab anda mungkin ingin mengabaikan Asiari Dim Sum:
- Sesak pada waktu makan tengah hari dan hujung minggu
Spesifikasi Asiari Dim Sum:
Info: | https://asiari.com.my/ https://www.instagram.com/asiarimy/ |
---|---|
Lokasi | Lot LG-78F, Lower Ground Floor IOI City Mall, Ioi Resort, 65202 Putrajaya, Selangor |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam |
Hubungi | 03-8958 1576 |
Congkak
Jika anda penggemar masakan kampung dengan cita rasa Melayu nusantara, Congkak merupakan pilihan paling tepat untuk menjamu selera bersama seisi keluarga. Congkak telah membuka cawangan ketiga di pusat beli-belah IOI City Mall Putrajaya tidak keterlaluan untuk mengatakan premis ini berada dalam kelasnya tersendiri. Amat berbaloi untuk dikunjungi bagi mereka yang mengidam cita rasa tempatan klasik dengan sentuhan moden. Senarai menu memang banyak, namun jika datang bersama keluarga atau teman apa kata cuba pilihan istimewa seperti Nasi Tumpeng Ayam Percik, Nasi Ulam Ayam Bakar Taliwang, Nasi Goreng Ayam Bakar Berlado, Tauhu Telur Crispy bersama Sos Rojak Kacang, Sate Nusantara Dengan Kuah Kicap, Ikan Wayang, Kepah Masak Lemak atau Okra Sambal.
Cuba juga Nasi Ambeng yang disajikan menggunakan dulang sangat cantik dengan dilengkapi sambal jawa, sayur campur, ayam masak kicap, ikan sambal, tauhu, begedil, ikan masin serta telur masin. Portion nasinya pula banyak, cukup puas untuk dikongsi bersama dua hingga tiga orang. Minuman yang ada di Congkak juga menarik perhatian pelanggan seperti Cendol Shake, Chocado (avocado dan coklat), Virgin Mojito, Soda Bandung dan Pulut Hitam Shake.
Sebab anda perlu mencuba Congkak:
- Penerima anugerah Bib Gourmand, Panduan Michelin Kuala Lumpur & Pulau Pinang 2023
- Kualiti makanan dihidangkan authentic
- Konsep premis sangat unik dan instagramable
- Menggunakan bahan terpilih, premium dan segar
Sebab anda mungkin ingin mengabaikan Congkak:
- Harga sedikit mahal
Spesifikasi Congkak:
Info: | https://www.instagram.com/congkakkl/ https://www.facebook.com/congkakkl/ |
---|---|
Lokasi | LG-233, Level LG, IOI City Mall, Putrajaya |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam |
Hubungi | 016-2624115 |
Dookki Korean Topokki Buffet
Peminat gastronomi Korea pasti menyukai premis Dookki Korean Topokki Buffet yang terletak di cawangan IOI City Mall. Sudah namanya pun Dookki Korean Topokki Buffet, di sini menyediakan pelbagai jenis hidangan topokki atau tteokbokki yang dibawa khas daripada Korea Selatan secara bufet. Dookki bermaksud dua hidangan dalam bahasa Korea. Untuk yang tidak tahu, Topokki adalah Rice Cake diperbuat daripada beras merupakan makanan tradisi kegemaran rakyat Korea.
Setiap hidangan topokki dipadankan dengan kek ikan, ayam, makanan laut, tempura dan pelbagai makanan sampingan lain. Jika anda peminat makanan pedas, ada pelbagai variasi sos topokki yang anda boleh pilih mengikut tahap kepedasan. Konsep Dookki Korean Topokki Buffet, dimulai dengan hidangan bufet topokki dan berakhir dengan nasi goreng kimchi. Terdapat juga pilihan makanan menu bergoreng lain seperti ayam goreng pembagai perisa, kentang goreng, nugget, mandu, dan kimmari (Korean Deep-Fried Seaweed Spring Rolls). Di Dookki Korean Topokki Buffet, pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis juadah secara bufet hingga kenyang selama satu jam setengah.
Sebab anda perlu mencuba Dookki Korean Topokki Buffet:
- Tekstur dan rasa topokki sama seperti di negara asal
- Lokasi instagramble
- Sos boleh pilih tahap kepedasan
- Harga berpatutan
Sebab anda mungkin ingin mengabaikan Dookki Korean Topokki Buffet:
- Tempoh masa ditetapkan. Tidak sesuai untuk aktiviti ‘gathering’.
Spesifikasi Dookki Korean Topokki Buffet:
Info: | https://www.facebook.com/mydookki/?locale=ms_MY https://www.dookkisg.com/ |
---|---|
Lokasi | L1-12B, IOI City Mall, IOI Resort, City Lebuh IRC, 62502, Putrajaya |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam |
Hubungi | 03-8685 4439 |
Ombak Kitchen
Jika anda ingin menikmati hidangan laut segar, boleh cuba ke Ombak Kitchen yang berada di aras G IOI City Mall. Menariknya saiz udang, sotong mahupun ketam yang disajikan di Ombak Kitchen bergred premium selain berkualiti import seperti kerang Hamaguri, ketam Alaskan dan udang kara Kanada pastinya dapat memenuhi selera peminat hidangan laut tempatan. Setiap hidangan wajib dicuba bersama tiga pilihan sos menarik seperti Ombak Hot Cajun, Dark Chili Chocolate dan Creamy Lemon Butter.
Walaupun Ombak Kitchen berkonsep ‘makanan kayangan’ namun di sini pasti memberi pengalaman berbeza apabila pengunjung Ombak Kitchen boleh menikmati hidangan terbabit dengan menggunakan tangan tanpa rasa segan. Justeru tiada protokol di meja ketika menikmati makanan laut di sini. Cara memesan juga mudah kerana Ombak Kitchen menawarkan 4 kombo mengikut saiz hidangan, kemudian diikuti pilihan sos diinginkan mengikut tahap kepedasan dan terakhir ialah membuat pilihan hidangan sampingan sebagai pelengkap. Selain hidangan kombo makanan laut terbabit, ada juga sajian ala carte boleh dipilih untuk mereka yang mahu menikmati menu lain.
Sebab anda perlu mencuba Ombak Kitchen:
- Hidangan laut premium
- Kesegarannya terjamin. Bukan sejuk beku
- Konsep makan tanpa protokol. Boleh guna tangan
- Harga berpatutan
Sebab anda mungkin ingin mengabaikan Ombak Kitchen:
- Masa menunggu lama ketika hujung minggu
Spesifikasi Ombak Kitchen:
Info: | https://www.ombakkitchen.my/ https://www.instagram.com/ombakkitchen/?hl=ms |
---|---|
Lokasi | GE-15, Ground Floor IOI City Mall, 62502 Putrajaya |
Waktu Operasi | Buka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 10 malam |
Hubungi | 010-208 5946 |
Pusat beli-belah selalunya menjadi tumpuan orang ramai bagi mendapatkan pelbagai barangan sambil meluangkan masa bersama teman, ahli keluarga atau yang tersayang. Paling menarik, di pusat membeli-belah ada menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjamu selera semuanya di bawah satu bumbung. Apa sahaja tekak teringin, pastinya dapat ditunaikan. Lebih memudahkan, suasana persekitaran pasti lebih selesa dengan penyaman udara di pasang sentiasa dan tempat parkir yang banyak.
Jika ingin menjamu selera di pusat membeli belah seperti IOI City Mall, masa dan waktu operasi sangat memuaskan. Ini kerana, selalunya premis makan di pusat membeli belah akan beroperasi setiap hari dan di buka dari pagi hingga malam. Jadi tidak menjadi halangan untuk anda datang menjamu selera bila-bila masa sahaja. Berbanding dengan premis makan di luar, yang mempunyai had masa dan hari tertentu untuk beroperasi.