Minyak Wangi Terbaik Mampu Milik Bawah RM300 Di Malaysia
Minyak wangi satu kemestian bagi sesetengah individu bagi menambah keyakinan dan menyerlahkan personaliti mereka. Minyak wangi amat sinonim terutama bagi golongan dewasa lelaki mahupun wanita, malah ada yang obses dengan pelbagai bau-bauan, apatah lagi jika ia tampil unik dengan pelbagai rekaan botol. Sama ada dibeli sendiri atau mendapat hadiah, pastinya ramai daripada anda menyimpan puluhan botol minyak wangi sebagai koleksi dan hobi di rumah.
Untuk cadangan, minyak wangi perlu disimpan di tempat yang tertutup atau sedikit gelap jauh daripada pancaran cahaya matahari dan suhu tinggi. Maka ia akan bertahan lebih lama dan bau tidak akan berubah. Jika baru berjinak untuk menjadikan minyak wangi sebagai koleksi atau sebagai kegunaan harian, ini 5 jenama minyak wangi terbaik dan harum. Paling menarik, ianya mampu milik dan datang dalam harga bawah RM300 di Malaysia.
Legendary Orchid Eau De Parfum
Legendary jenama minyak wangi asli Malaysia dikenali dengan barisan wangian premium dan eksotik tempatan. Legendary Orchid Eau De Parfum 30ml, wangian khas untuk wanita sesuai untuk gaya hidup harian di Malaysia. Orkid adalah sejenis tumbuhan melambangkan cinta, kemewahan dan kekuatan bersesuaian dengan ciri-ciri seorang wanita. Legendary Orchid Eau De Parfum 30ml mengandungi ekstrak utama tumbuhan orkid eksotik yang halus disamping campuran ekstrak lain seperti epal, lemon, Pansy, Magnolia, Cattleya, Muguet, Peach, Amber, Musk dan Cedar. Legendary Orchid Eau De Parfum 30ml mempunyai bauan feminin yang tenang dan sangat wangi. Wangian ini tahan lama walaupun dengan hanya satu semburan pada kulit. Setiap Legendary Orchid Eau De Parfum 30ml dibotolkan dengan kemas dan diletakkan dalam bingkisan kotak istimewa yang menarik. Dengan setiap set Legendary® Orchid Eau De Parfum 30ml, anda akan menerima beg kosmetik dan pelekat khas secara percuma. Selagi stok masih ada.
Kelebihan Legendary Orchid Eau De Parfum:
- Wangian tahan lama hanya dengan 1 samburan
- Memiliki dua saiz iaitu 30ml dan 70ml
- Hadir dengan kotak istimewa
- Reka bentuk ekslusif
Kekurangan Legendary Orchid Eau De Parfum:
- Pasaran terhad
Spesifikasi Legendary Orchid Eau De Parfum:
Isipadu: | 30ml |
---|---|
Kandungan: | Aqua (air), alkohol denaturasi, minyak wangi, PPG-20 metil glukosa eter, benzonphenone-3, butilasi hidroksitoluena |
Harga: | RM168.00 |
De’Xandra Lady Rose Perfume EDP for Her
Oshien2u Sdn Bhd pengeluar minyak wangi jenama De’Xandra terus mempelbagaikan pilihan rangkaian produknya dengan memperkenalkan koleksi pilihan wangian tidak kira untuk lelaki mahupun wanita. Untuk edisi haruman wanitan, De’Xandra Lady Rose Perfume EDP for Her 35ml adalah minyak wangi terbaik dicadangkan. Harumannya mampu menyerlahkan personaliti dan sisi anggun seorang wanita. De’Xandra Lady Rose Perfume EDP for Her 35ml direka secara harmoni untuk dipakai secara harian bagi mencipta kombinasi haruman tanpa batasan. De’Xandra Lady Rose Perfume EDP for Her 35ml membawa wanita merentasi pengembaraan dan eksperimentasi haruman indah, sekali gus menyelami keistimewaan dan keunikan diri. Dicipta bersama pakar wangian, De’Xandra Lady Rose Perfume EDP for Her 35ml diformulasi dengan bunga oriental bersama oren mandarin, Patchouli, dan Mawar Turki yang menghasilkan rasa manis sitrus yang tahan lama. De’Xandra Lady Rose Perfume EDP for Her 35ml juga telah diuji dan diakui tidak mengandungi sebarang paraben dan methanol. Hanya sedikit semburan di pergelangan tangan dan leher, anda kekal segar sepanjang hari.
Kelebihan De’Xandra Lady Rose Perfume EDP for Her:
- Setanding jenama terkemuka
- Lulus ujian makmal
- Tiada bahan terlarang
- Dijamin tahan lama
Kekurangan De’Xandra Lady Rose Perfume EDP for Her:
- Menjadi sasaran jenama tiruan
Spesifikasi De’Xandra Lady Rose Perfume EDP for Her:
Isipadu: | 35ml |
---|---|
Kandungan: | Etil Bunga Asli, Wangian Parfum, Aqua, Kayu Manis, Minyak |
Harga: | RM70.00 |
CHLOÉ Rose Tangerine Eau de Toilette
Memandangkan minyak wangi berbau bunga mawar adalah romantis dan selalunya datang dalam botol kaca yang cantik, menjadikannya sangat istimewa. Anda akan menemui minyak wangi terbaik Untuk penggemar bunga mawar, CHLOÉ Rose Tangerine Eau de Toilette 30ml adalah minyak wangi terbaik terdapat di pasaran keluaran jenama popular daripada Paris. CHLOÉ Rose Tangerine Eau de Toilette 30ml hadir dengan bau mawar yang romantis, dengan sedikit campuran limau dan beri hitam yang halus. Sentuhan yang lebih romantis yang menyerlahkan bunga mawar segar memberikan personaliti yang sofistikated dan muda belia dalam satu masa. Baunya cukup menyenang, tidak terlalu keterlaluan, orang kata sedap-sedap dan kekal sepanjang hari. Paling penting wangiannya tahan lama serta harganya masih berpatutan dan recommended. CHLOÉ Rose Tangerine Eau de Toilette 30ml telah dicipta oleh ahli minyak wangi tershohor iaitu Sidonie Lancesseur dan Michel Almairac telah dilancarkan ketika pandemik pada tahun 2020.
Kelebihan CHLOÉ Rose Tangerine Eau de Toilette:
- Reka bentuk mewah
- Dicipta oleh ahli minyak wangi tersohor
- Bau tahan lama hingga berjam-jam
- Boleh didapati dalam saiz pelbagai iaitu 30ml, 50ml dan 75 ml
Kekurangan CHLOÉ Rose Tangerine Eau de Toilette:
- Tidak boleh terkena haba panas secara terus
Spesifikasi CHLOÉ Rose Tangerine Eau de Toilette:
Isipadu: | 30ml |
---|---|
Kandungan: | Anti-oksidan, BHA/Asid Salisilik, Bebas minyak, Bebas Paraben, Bebas Sulfat Alkohol Denat., Parfum/Pewangi, Aqua/Air/Eau, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Octocrylene, Benzyl Salicylate, Alpha-Isomethyl Ionone, Linalool, Benzophenone-3, Ethylhexyl Salicylate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Limone, Coutral, Coutral , Tris(Tetramethylhydroxypiperidinol) Sitrat, Citronellol, Farnesol, Bht, Fd&C Merah No. 4 (Ci 14700), Fd&C Kuning No. 6 (Ci 15985), Fd&C Biru No. 1 (Ci 42090) |
Harga: | RM265.00 |
ZARA MAN SILVER + GOLD Eau De Toilette
Jenama ZARA miliki pewangi khas buat jejaka millenia yang sentiasa mahu mempersembahkan yang terbaik dihadapan khalayak, begitu juga bau badannya. ZARA MAN SILVER + GOLD Eau De Toilette 100ml antara siri minyak wangi tarikan natural yang harus dimiliki kaum Adam. ZARA MAN SILVER + GOLD Eau De Toilette 100ml bukan hanya sekadar pengharum yang dapat menambah kepercayaan diri. Aromanya secara tidak langsung dapat membentuk karakter bagi pemakainya. Set duo ZARA MAN SILVER + GOLD Eau De Toilette 100ml hadir dengan kombinasi haruman berbeza. SILVER memiliki haruman citrus segar dengan ekstrak mempunyai limau nipis, limau, oren mandarin, halia dan cedar. Manakala GOLD berbau aroma kayu dengan kandungan lemon, kayu manis, praline, pokok kayu hitam dan ambar. Kedua-duanya memberi kesan muda dan modern pada pria haruman zara mempunyai keistimewaannya tersendiri dan jauh berbeza dengan wangian yang ada di pasaran membangkitkan keyakinan untuk tampak lasak. Ia cukup sesuai untuk ke pejabat dan cukup kuat untuk bertahan sepanjang hari.
Kelebihan ZARA MAN SILVER + GOLD Eau De Toilette:
- Dua haruman berbeza
- Harga berpatutan
- Setanding jenama mewah terkemuka
- Bau tahan lama
Kekurangan ZARA MAN SILVER + GOLD Eau De Toilette:
- Reka bentuk terlalu biasa
Spesifikasi ZARA MAN SILVER + GOLD Eau De Toilette:
Isipadu: | 100ml |
---|---|
Kandungan: | Denat Alkohol, Aqua, Parfum, Linalool, Limonene, Benzyl Salicylate, Alpha-Isometil Ionone, Bht, Citral, Citronellol, Geraniol, Cinamal, Eugenol |
Harga: | RM99.00 |
Versace Pour Homme Eau De Toilette
Versace Pour Homme Eau De Toilette 50ml wangian yang dinamik dan bersemangat ditakrifkan untuk watak lelaki moden. Versace Pour Homme Eau De Toilette 50ml telah lama berada di pasaran sejak mula dilancarkan pada tahun 2008 namun masih tetap menjadi pilihan kaum Adam. Berbau aroma bumi, kayu-kayuan dan bunga segar, Versace Pour Homme Eau De Toilette 50ml telah dicipta oleh pakar minyak wangi Alberto Morillas. Aromanya sesuai dengan individu yang gemar akan citarasa gaya kasual dan bersahaja. Botol biru Mediterranean dengan penutup emas dan mempunyai satu material emas Medusa di tengah-tengah botol menampakkan keajaiban rekaan Versace Pour Homme Eau De Toilette 50ml yang mewah. Wangian tahan lama oleh Versace ini cukup versatil untuk dipakai siang atau malam. Kehadiran bau maskulin ini akan memberikan anda keyakinan diri yang pasti, wanita akan tertarik! Sedikit semburan Versace Pour Homme Eau De Toilette 50ml pada titik nadi anda sudah memadai dengan karya agung ini.
Kelebihan Versace Pour Homme Eau De Toilette:
- Bau tahan lama
- Reka bentuk mewah dan ekslusif
- Sudah lama berada di pasaran dan sentiasa mendapat permintaan
- Dihasilkan oleh pakar minyak wangi
Kekurangan Versace Pour Homme Eau De Toilette:
- Tidak boleh terkena haba panas secara terus
Spesifikasi Versace Pour Homme Eau De Toilette:
Isipadu: | 50ml |
---|---|
Kandungan: | BHA/Asid Salisilik, Bebas Minyak, Bebas Paraben, Bebas Sulfat Alkohol Denat. (Sd Alkohol 39-C), Pewangi, Linalool, Air, Limonene, Ethylhexyl, Methoxycinnamate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Ethylhexyl Salicylate, Butyl Methylpropional, Alpha-Isomethyl Ionone, Citronellol, Citral, Couramin, 0 Ex.2 Geraniol, Couramin (607ol), Ci 42090 (Biru I), Ci 19140 (Kuning 5) |
Harga: | RM295.00 |
Pemakaian minyak wangi adalah alternatif untuk memberi keyakinan diri juga mengatasi masalah bau badan. Ini sekali gus meningkatkan keberadaan diri apabila berhadapan orang ramai. Malah, pemilihan dan penggunaan minyak wangi juga dikatakan melambangkan personaliti setiap individu yang memakainya. Terdapat beberapa jenis minyak wangi dalam pasaran seperti parfum, eu de parfum (EDP), eu de toilette (EDT) dan eu de cologne (EDC). Bagi yang mengalami alahan terhadap minyak wangi, dinasihatkan lebih berhati-hati dalam memilih wangian yang dijual dalam pasaran. Pastikan terlebih dahulu kandungan bahan dalam minyak wangi sebelum membelinya. Jangan tertarik membeli minyak wangi kerana harganya yang murah sedangkan derita bakal menanti mereka dalam jangka masa panjang.
Sembur minyak wangi pada titik nadi badan iaitu di pergelangan tangan dan belakang telinga. Bahagian ini adalah titik terbaik untuk menyemburkan minyak wangi kerana menjadikan wangian tahan lebih lama sehingga 12 jam. Cubalah!