5 Jenama Biji Kopi Terbaik Dipanggang Wajib Cuba Sekarang 2023

5 Jenama Biji Kopi Terbaik Dipanggang Wajib Cuba Sekarang 2023
Gaya hidup


Bagi penggemar setia kopi, menikmati secawan kopi daripada biji kopi yang dipanggang segar adalah yang terbaik kan? Kopi tidak kira di mana sahaja digemari ramai tanpa mengira umur. Tidak hairanlah banyak kafe-kafe mampu hidup di Malaysia ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kebanyakkan biji kopi dihasilkan di negara-negara pengeluar kopi berkelas dunia seperti Brazil, Colombia, Vietnam dan Indonesia. Kemudian kopi ini dieksport ke pelbagai negara termasuk ke Malaysia.
Khas untuk anda pencinta kopi, yang sedang mencari biji kopi yang dipanggang, ini antara pilihan wajib cuba.

Sol Coffee Sunshine Blend

Sol Coffee Sunshine Blend
Sol Coffee Roastery Sunshine Blend mempunyai rasa yang kaya dengan rasa coklat membuatkan anda inginkan lebih hirupan. Ia adalah biji kopi Arabica dan tersedia dalam 2 berat berbeza, untuk memudahkan anda memilih berdasarkan jumlah kopi yang anda minum setiap hari. Campuran ini sesuai untuk mereka yang menggemari kopi mereka dengan rasa sedikit pahit tetapi dengan sedikit coklat.

Kelebihan Sol Coffee Sunshine Blend:

  • Mempunyai rasa signature tersendiri
  • Sedikit suntikan rasa coklat
  • Biji kopi berkualiti tinggi
  • Mempunyai sijil halal

Kekurangan Sol Coffee Sunshine Blend:

  • Tidak sesuai untuk mereka yang tidak gemar rasa coklat

Spesifikasi Sol Coffee Sunshine Blend:

Jenis kisaran: Kasar, sederhana kasar, sederhana halus, ekstra halus, biji kopi
Berat: 250g – 500g
Harga: RM 18.50 – RM 34

Lavazza Gran Espresso Beans

Lavazza Gran Espresso Beans
Jika anda sedang mencari minuman kopi yang berkepekatan tinggi, ini adalah pilihan yang baik kerana biji kopi keluaran Lavazza Gran Espresso Beans ini sangat ‘power’! Biji kopinya dipanggang khas untuk menghasilkan minuman espresso terbaik. Sebaik menghirupnya, anda pasti akan tersentak dengan kekuatan rasa biji kopi dan sedikit suntikan oak yang lain daripada lain. Disebabkan ianya direka khas untuk espresso, ianya tidak sesuai untuk dibrew seperti kopi biasa lain.

Kelebihan Lavazza Gran Espresso Beans:

  • Smoky dan sedikit rasa oak
  • Sangat sesuai untuk espresso
  • Sangat pekat dan kuat

Kekurangan Lavazza Gran Espresso Beans:

  • Hanya sesuai untuk minuman espresso sahaja

Spesifikasi Lavazza Gran Espresso Beans:

Jenis kisaran: Biji kopi
Berat: 1kg
Harga: RM 109

Starbucks Espresso Roast Dark Roast Whole Bean Coffee

Starbucks Espresso Roast Dark Roast Whole Bean Coffee
Starbucks Espresso Roast Dark Roast Whole Bean Coffee mempunyai warna gelap dan sedikit karamel. Biji kopi panggang ini mempunyai rasa yang lebih kaya dan lebih berani. Kopi ini agak pekat dan diberi suntikan sedikit kemanisan karamel. Menariknya ia juga digunakan sebagai asas latte di Starbucks. Kini anda boleh menikmati kopi Starbucks kegemaran anda tanpa perlu keluar rumah.

Kelebihan Starbucks Espresso Roast Dark Roast Whole Bean Coffee:

  • Sedikit rasa karamel
  • Rasa kopi yang agak kuat
  • Sesuai untuk espresso
  • 100% biji kopi Arabica
  • Jenama popular

Spesifikasi Starbucks Espresso Roast Dark Roast Whole Bean Coffee:

Jenis kisaran: Biji kopi
Berat: 200g
Harga: RM 28++

Forest Cloud LUNARFALL

Forest Cloud LUNARFALL
Dinamakan sempena pergerakan bulan, Lunarfall adalah tentang keselesaan dan kenyamanan. Bayangkan aroma kulit kayu manis, karamel yang dipanggang serta malt diseimbangkan dengan rasa kopi yang kuat gabungan dari biji kopi Brazil dan Colombia. Menggunakan biji kopi arabica yang dipanggang sederhana, kopi ini sangat enak jika dipadankan dengan susu segar seperti Latte, Cappucino dan lain-lain. Apa yang menarik, khas buat anda yang sedang berdiet, kopi ini pastinya memenuhi citarasa anda kerana ianya bebas kolesterol, bebas gluten, bebas GMO, bebas laktosa dan bebas gula.

Kelebihan Forest Cloud LUNARFALL:

  • Sedikit rasa kulit kayu manis, karamel dan malt
  • Rasa kopi yang agak kuat
  • Sesuai untuk dipadankan dengan susu segar
  • 100% biji kopi Arabica
  • Bebas kolesterol, bebas gluten, bebas GMO, bebas laktosa dan gula

Kekurangan Forest Cloud LUNARFALL:

  • Jenama kurang popular
  • Harga yang mahal

Spesifikasi Forest Cloud LUNARFALL:

Jenis kisaran: Biji kopi
Berat: 250g
Harga: RM 49++

Beam Ethiopia Yirgacheffe Wote Konga

Beam Ethiopia Yirgacheffe Wote Konga
Kopi ini berasal dari Wote Konga, sebuah kawasan kecil di Gedeo, selatan Ethiopia. Proses untuk menjadikan kopi ini dibuat dengan cara yang sangat teliti. Biji kopi matang terbaik yang dipilih dijemur di bawah sinaran matahari untuk dikeringkan, lalu dipilih dengan berhati-hati untuk kualiti yang terbaik dengan mengasingkan biji kopi yang rosak. Ia dipanggang dengan minimum untuk mengekalkan rasa biji kopinya yang asli dan autentik, dengan sedikit rasa koko dan juga karamel. Kopi ini sangat sesuai diminum begitu sahaja seperti espresso dan americano

Kelebihan Beam Ethiopia Yirgacheffe Wote Konga:

  • Sedikit rasa koko dan karamel
  • Sesuai untuk diminum begitu sahaja
  • 100% biji kopi Arabica
  • Proses memilih biji kopi yang sangat teliti

Kekurangan Beam Ethiopia Yirgacheffe Wote Konga:

  • Jenama kurang popular
  • Harga sangat mahal

Spesifikasi Beam Ethiopia Yirgacheffe Wote Konga:

Jenis kisaran: Biji kopi
Berat: 1kg
Harga: RM 165

Kesegaran biji kopi dipengaruhi oleh haba, cahaya, turun naik suhu, dan terutamanya pendedahan kepada udara dan kelembapan. Untuk memastikan biji kopi kekal kualitinya, anda perlu menyimpannya dengan cara yang meminimumkan pendedahannya kepada unsur-unsur ini. Storan jangka pendek agak mudah diurus apabila anda hanya mempunyai sedikit biji kopi, dan anda akan menggunakannya kebanyakannya dalam tempoh yang sekejap, supaya kesegarannya tidak akan berubah terlalu banyak. Penyimpanan jangka panjang untuk biji kopi perlu diteliti agar kualitinya tidak berkurangan.

Sebanyak mana pun minat anda terhadap kopi, pengambilannya seharian haruslah dijaga. Elakkan minum kopi terlalu banyak tanpa dikawal kerana ianya dikhuatiri membahayakan kesihatan.



Related posts