5 Suplemen Minyak Ikan Paling Laris Di Malaysia 2023

5 Suplemen Minyak Ikan Paling Laris Di Malaysia 2023
Fesyen


Ramai individu tidak mengambil jumlah ikan disarankan, disebabkan itu ada yang mengalami kekurangan EPA dan DHA dalam diet harian. Pengambilan suplimen minyak ikan mungkin pilihan tepat, terutama bagi mereka yang kurang makan ikan, tetapi masih mahu mendapatkan manfaat kesihatan daripada asid lemak Omega-3. Suplemen minyak ikan adalah makanan tambahan terkenal daripada lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak atau berlemak seperti sardin, salmon, kembung, bilis, tuna dan ikan tenggiri. Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod.

Minyak ini mengandungi dua jenis asid lemak iaitu EPA dan DHA yang diketahui sangat baik untuk kesihatan jantung serta kulit. Suplemen minyak ikan juga memberikan kesan luar biasa kepada otak, terutama mereka yang mengalami masalah kehilangan ingatan dan kemurungan ringan. Selain itu ia mempunyai khasiat lain berperanan dalam mencegah penyakit serius. Antara kebaikannya menurunkan tahap kolesterol dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, memastikan keadaan jantung sihat, menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak, meningkatkan tahap kesuburan, dan mencegah penyakit seperti kanser. Antara 5 jenama suplemen minyak ikan paling laris di pasaran Malaysia untuk tahun 2023 dipercayai seperti berikut.

BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg

BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg
BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg mengandungi asid lemak tidak tepu Omega-3 (180mg EPA & 120mg DHA) dalam mengekalkan fungsi normal badan yang sihat. Ia diperoleh daripada hasil ikan laut dalam, ekstrak minyak ikan sardin, bilis dan tenggiri melalui proses penyulingan molekul yang dipatenkan menghasilkan Omega-3 bebas daripada PCB, logam berat dan bahan tercemar lain. Minyak ikan ini dihasilkan menggunakan inovasi terkini dalam ‘Molecular distillation’. BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg dirumus khas untuk individu yang kurang mengambil sajian ikan segar, individu yang ingin mengekalkan kesihatan umum dan individu yang memerlukan sumber tambahan asid lemak omega-3. BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg disahkan Halal dan hadir dalam bentuk trigliserida gel lembut, iaitu mudah diserap dan digunakan dalam badan. Untuk dewasa, pengambilan 1 kapsul BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg, dua kali sehari sangat dicadangkan namun bergantung kepada saranan ahli farmasi atau pakar kesihatan anda.

Kelebihan BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg:

  • Gel lembut senang ditelan
  • Tidak berbau hanyir
  • Pensijilan Halal
  • Berdaftar dengan KKM

Kekurangan BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg:

  • Cepat rosak jika berada pada suhu panas atau langsung kepada cahaya

Spesifikasi BiO-LiFE Omega-3 Fish Oil 1000mg:

Bilangan kapsul: 200
Kandungan: Minyak ikan Diperolehi daripada minyak badan ikan air sejuk laut dalam spesies sardin, ikan bilis dan tenggiri)
Harga: RM49.80

Nature’s Way Fish Oil 1000mg

Nature’s Way Fish Oil 1000mg
Nature’s Way Fish Oil 1000mg merupakan antara suplemen minyak ikan omega 3 terbaik yang memberikan pelbagai kebaikan kesihatan. Ia mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan tubuh kerana kaya dengan kandungan asid lemak omega-3, antioksidan, mineral, protein dan vitamin. Nature’s Way Fish Oil 1000mg mengandungi 1000mg dos minyak ikan berserta dengan 300mg trigliserida marin omega 3, 180mg EPA dan 120mg DHA. Nature’s Way Fish Oil 1000mg mudah untuk ditelan dan tidak mempunyai sebarang bau hanyir ikan. Nature’s Way Fish Oil 1000mg menyokong kolesterol yang sihat, selain memberi kebaikan kepada kesihatan otak dan mata. Formulasinya juga baik untuk kesihatan jantung, sakit sendi dan keradangan. Maka, Nature’s Way Fish Oil 1000mg boleh mengurangkan kadar lemak dan kolestrol dalam darah yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung. Selain itu, ia juga dapat membantu mengurangkan berat badan dan mengurangkan kadar tekanan darah tinggi. Untuk dewasa, pengambilan 1 kapsul Nature’s Way Fish Oil 1000mg, tiga kali sehari sangat dicadangkan namun bergantung kepada saranan ahli farmasi atau pakar kesihatan anda.

Kelebihan Nature’s Way Fish Oil 1000mg:

  • Mesra alam & bersifat semula jadi
  • Tiada pewarna atau pemanis tiruan.
  • Tiada bau hanyir ikan
  • Membantu mengurangkan kolestrol

Kekurangan Nature’s Way Fish Oil 1000mg:

  • Harga agak tinggi dengan hanya 100 kapsul

Spesifikasi Nature’s Way Fish Oil 1000mg:

Bilangan kapsul: 100
Kandungan: Minyak ikan asli, Omega-3, Trigliserida Marin, asid Eicosapentaenoic (EPA), asid Docosahexaenoic (DHA)
Harga: RM39.30

BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg

BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg
BLACKMORES jenama peneraju makanan kesihatan semula jadi yang terkemuka di Australia. BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg adalah suplimen minyak ikan yang mendapat perhatian dan permintaan di seluruh dunia sejak tahun 1932. BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg adalah sumber semula jadi asid lemak omega-3 marin ekstrak minyak daripada ikan berkualiti tanpa bahan tiruan. Formulasinya juga bebas daripada bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa tiruan dan pemanis tambahan. BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg telah diuji untuk sisa racun perosak dan melalui proses suling molekul untuk menghasilkan suplemen yang selamat untuk kegunaan ramai. BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg tidak berbau hanyir mengandungi 1000mg minyak ikan, menawarkan 180mg EPA dan 120mg DHA. Malahan, BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg juga dirumus dengan vitamin E untuk lebih kebaikan. Bersama kandungan omega-3 dan vitamin E, BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg membantu menjaga dan menjadikan kulit cantik dan bermaya. Ia juga membantu melambatkan proses penuaan kulit.

Kelebihan BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg:

  • Mendapat pensijilan Halal
  • Tidak berbau hanyir
  • Mengandungi vitamin E
  • Bebas daripada pengawet, yis, gluten, pewarna tiruan dan perasa tambahan

Kekurangan BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg:

  • Tidak disyorkan untuk kanak-kanak

Spesifikasi BLACKMORES Omega-3 Fish Oil 1000 mg:

Bilangan kapsul: 400
Kandungan: Trigliserida marin Omega-3, EPA (Asid Eicosapentaenoic), DHA (Docosahexaenoic Acid), vitamin E semulajadi. Tiada tambahan yis, gluten, gandum, derivatif susu, pengawet, pewarna tiruan, perisa atau pemanis.
Harga: RM128.00

PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg

PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg
PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg dirumus khas untuk memberikan 660mg asid minyak omega-3 dengan setiap kapsul. PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg menawarkan 396mg EPA, 264mg DHA serta vitamin E. PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg telah disuling secara molekul menggunakan Teknologi Omatech. PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg bebas toksin dalam bahagian per trilion (PPT) serta tanpa bahan pengawet tambahan. PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg terkandung omega-3 tinggi yang membantu mencegah dan mengelak daripada risiko penyakit kanser. Ekstrak minyak ikan aslinya juga boleh mencegah kerosakan sel-sel otak dan meningkatkan memori serta kecerdasan otak mencegah penyakit Alzheimer. Untuk dewasa, pengambilan 1 kapsul PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg, hanya sekali sehari, namun bergantung kepada saranan ahli farmasi atau pakar kesihatan anda.

Kelebihan PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg:

  • Mengandungi vitamin E
  • Disuling secara molekul menggunakan teknologi Omatech
  • Tiada bahan pengawet
  • Meningkatkan kecerdasan memori

Kekurangan PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg:

  • Harga tinggi di pasaran

Spesifikasi PRISTIN GOLD Omega-3 Fish Oil 1200mg:

Bilangan kapsul: 30
Kandungan: EPA (asid Eicosapentaenoic) 480mg, DHA (asid Docosahexanoic) 360mg, Jumlah asid lemak Omega-3 960mg, Gelatin (ikan)
Harga: RM56.90

Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3

Kordel's Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3
Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3 antara jenama suplemen minyak ikan buatan New Zealand terlaris di Malaysia dan dipercayai. Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3 memberikan kebaikkan 450mg trigliserida marin omega 3, 270mg EPA, 180mg DHA bersama 1500mg ekstrak minyak ikan terpilih. Manakala kandungan vitamin D pada Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3 pula bersifat larut dalam lemak membantu memberikan pelbagai kelebihan terutamanya untuk pertumbuhan tulang, imun badan dan kardiovaskular. Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3 adalah minyak ikan pertama di pasaran dengan kelebihan vitamin D3. Kandungan Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3 diperoleh daripada ikan kecil seperti ikan bilis serta diproses melalui proses penyulingan molekul menghasilkan minyak ikan premium yang tulen. Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3 datang dalam bentuk trigliserida dan mempunyai penyerapan dan kestabilan yang lebih baik berbanding kebanyakan produk minyak ikan di pasaran.

Kelebihan Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3:

  • Bentuk trigliserida mudah ditelan dan diserap badan
  • Mengandungi vitamin D
  • Kandungan minyak ikan omega 3 yang tinggi
  • Melalui proses penyulingan molekul

Kekurangan Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3:

  • Sedikit berbau

Spesifikasi Kordel’s Fish Oil 1500mg plus Vitamin D3:

Bilangan kapsul: 120
Kandungan: Minyak Ikan daripada sardin dan ikan bilis, Minyak Ikan (Semulajadi) Omega-3 Trigliserida, Asid Eicosapentaenoic (EPA), Asid Docosahexaenoic (DHA), Cholecalciferol (Vitamin D3)
Harga: RM87.20

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu. Ini kerana asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia adalah termasuk membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit. Jika tidak dapat mengambil minyak ikan sebenar dalam rejim makanan harian, anda boleh menggantikan dengan suplemen minyak ikan yang terdapat banyak di pasaran. Ramai mengambil suplemen seperti minyak ikan sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri.

Suplemen tertentu seperti minyak ikan boleh mengubah penyerapan, metabolisme atau perkumuhan sesuatu ubat yang diberikan doktor. Sekiranya ini terjadi, ia boleh menjejaskan potensi ubat yang diambil yang bermaksud anda mungkin mendapat terlalu banyak atau terlalu sedikit ubat yang diperlukan. Oleh itu, dapatkan penerangan dan info daripada doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu sebelum membeli jenis suplemen yang dihajati



Related posts