Raya Lebih Bergaya! Ini Pilihan Berbaloi Beg Tangan Dengan Harga RM300 Ke Bawah

Raya Lebih Bergaya! Ini Pilihan Berbaloi Beg Tangan Dengan Harga RM300 Ke Bawah
Fesyen


Beg tangan atau handbag boleh dikatakan antara aksesori wajib wanita setiap kali mahu keluar rumah atau ke majlis-majlis tertentu. Kadang-kala memang rasa tidak lengkap hidup jika keluar tanpa membawa handbag kan? Ke mana sahaja kaki melangkah, pasti beg tersebut akan dibawa bersama. Dengan lambakkan jenama beg tangan masa kini, yang mana satu menjadi pilihan hati? Alang-alang nak raya tak lama lagi, rasanya sudah boleh anda shopping handbag untuk disesuaikan dengan baju raya nanti kan. Yang cantik dan bagus tak semestinya perlu mahal, jom lihat pilihan berbaloi beg tangan untuk raya nanti dengan harga RM300 ke bawah!

Raya Lebih Bergaya! Ini 5 Pilihan Berbaloi Beg Tangan Dengan Harga RM300 Ke Bawah

Lyra Round Shoulder Bag (Pedro)

Lyra Round Shoulder Bag (Pedro)
Beg bahu bulat Lyra ini sungguh bergaya dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan multi. Keduanya mempunyai bentuk yang sama namun berbeza dari segi material. Ianya boleh dijadikan sebagai shoulder bag atau beg bahu, namun jika anda ingin ke majlis-majlis tertentu, hanya tanggalkan chain atau tali bahu tersebut untuk tampak lebih elegan. Jenama Pedro ini juga dikenali di Malaysia kerana mereka juga mempunyai produk lain seperti kasut yang memang bergaya.

Kelebihan Lyra Round Shoulder Bag (Pedro)

  • 2 pilihan warna
  • Tampak elegan
  • Sesuai untuk ke majlis atau aktiviti kasual harian
  • Jenama dikenali

Kekurangan Lyra Round Shoulder Bag (Pedro)

  • Saiz yang agak kecil

Spesifikasi Lyra Round Shoulder Bag (Pedro)

Jenama: Pedro
Saiz: XS
Pilihan warna: 2
Harga: RM 299
Link: https://www.pedroshoes.com/my/PW2-75210140_MULTI.html

Petra Curved Shoulder Bag (Charles & Keith)

Petra Curved Shoulder Bag (Charles & Keith)
Boleh dikatakan Charles & Keith adalah pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia untuk beg dan kasut kerana kebanyakkan rekaannya sungguh eksklusif dan bergaya. Petra Curved ini adalah antara yang terbaru dan sebahagian daripada pilihan terbaik di laman webnya. Reka bentuk unik dengan 5 pilihan warna cerianya menjadi tarikan wanita kerana ia mampu menambah seri penampilan hari raya nanti. Beg ini mempunyai pemegang berbentuk curve yang unik serta dilengkapi zip agar barang-barang anda lebih selamat tersimpan.

Kelebihan Petra Curved Shoulder Bag (Charles & Keith)

  • 5 pilihan warna ceria dan menarik
  • Design terbaru
  • Bentuk unik, lain dari yang lain
  • Sesuai untuk ke majlis atau aktiviti kasual harian
  • Jenama dikenali

Kekurangan Petra Curved Shoulder Bag (Charles & Keith)

  • Saiz yang agak kecil

Spesifikasi Petra Curved Shoulder Bag (Charles & Keith)

Jenama: Charles & Keith
Saiz: S
Pilihan warna: 5
Harga: RM 239.90
Link: https://www.charleskeith.com/my/bags/CK2-20271059_GREEN.html

Chocoholic’s Bliss Crossbody (Carlo Rino)

Chocoholic’s Bliss Crossbody (Carlo Rino)
Dengar namanya sahaja pasti sudah terbayang pilihan beg dengan rekaan eksklusif di butik-butiknya kan. Kadang-kala singgah sebentar di butiknya sahaja sudah mampu membuatkan wanita berasa tenang dan gembira. Carlo Rino adalah jenama kontemporari dengan menampilkan pelbagai rekaan bergaya sesuai untuk yang muda mahupun berusia. Koleksi Chocoholic ini antara yang perlu anda miliki kerana corak dan warnanya menampakkan beg ini mahal dan cantic. Warna coklatnnya memudahkan anda untuk memadankan dengan pakaian berbeza. Bentuknya yang petak namun comel menjadikan beg tangan ini terus segar dalam dunia fesyen walau bertukar zaman.

Kelebihan Chocoholic’s Bliss Crossbody (Carlo Rino)

  • Design tak lapuk dek zaman
  • Corak dan warna tampak eksklusif
  • Sesuai untuk ke majlis atau aktiviti kasual harian
  • Jenama dikenali

Kekurangan Chocoholic’s Bliss Crossbody (Carlo Rino)

  • 1 pilihan warna dan corak sahaja

Spesifikasi Chocoholic’s Bliss Crossbody (Carlo Rino)

Jenama: Carlo Rino
Saiz: S/M
Pilihan warna: 1
Harga: RM 287.28
Link: https://www.carlorino.net/my/product/chocoholics-bliss-crossbody-bag/

Monty Love Bag (Sometime By Asian Designers)

Monty Love Bag (Sometime By Asian Designers)
Monty Love Bag ialah beg mini top handle dengan rekaan seakan bentuk hati yang comel. Ianya diperbuat daripada kulit sintetik premium dengan pelbagai material berkualiti lain. Walaupun kecil namun ia mampu memuatkan telefon bimbit, card holder, serta beberapa keperluan kecil lain. Ianya juga mempunyai poket dalam berzip untuk anda menyimpan barangan peribadi dan memudahkan pencarian. Monty Love sesuai untuk aktiviti kasual dan santai ketika keluar ziarah keluarga di pagi raya mahupun keluar makan dengan yang tersayang.

Kelebihan Monty Love Bag (Sometime By Asian Designers)

  • Boleh ukir nama pada beg
  • Pilihan warna eksklusif
  • Reka bentuk unik
  • Boleh pelbagaikan penggunaan

Kekurangan Monty Love Bag (Sometime By Asian Designers)

  • Agak kecil

Spesifikasi Monty Love Bag (Sometime By Asian Designers)

Jenama: Sometime By Asian Designers
Saiz: S
Pilihan warna: 3
Harga: RM 189
Link: https://www.sometime.asia/collections/crossbody/products/monty-love-bag?variant=42496383484092

Willow Chain Baguette (Christy Ng)

Willow Chain Baguette (Christy Ng)
Baguette Willow Chain Christy Ng menambah sentuhan kemasan yang bergaya pada pakaian raya. Ia juga sesuai untuk dibawa keluar ketika makan malam atau bersantai pada hujung minggu anda. Diperbuat daripada kulit vegan yang lembut, beg baguette ini dihiasi dengan tali rantai warna emas yang sama ada boleh dibawa dalam tangan atau sebagai cross body. Reka bentuk bahagian depan berpusing kunci dengan terbuka mendedahkan bahagian dalam yang luas yang sesuai untuk menyimpan telefon anda, dompet kecil, beberapa kosmetik dan banyak lagi. Beg ini dilengkapi dengan 2 tali boleh tanggal yang berfungsi sebagai cross body mahupun shoulder bag.

Kelebihan Willow Chain Baguette (Christy Ng)

  • Keluaran terbaru
  • Jenama agak terkenal di Malaysia
  • Reka bentuk unik dan eksklusif
  • Boleh pelbagaikan penggunaan
  • Banyak pilihan warna

Kekurangan Willow Chain Baguette (Christy Ng)

  • Butik Christy Ng hanya di bandar-bandar besar

Spesifikasi Willow Chain Baguette (Christy Ng)

Jenama: Christy Ng
Saiz: S/M
Pilihan warna: 6
Harga: RM209
Link: https://christyng.com/collections/handbag/products/willow-chain-baguette?variant=39757934133312

Tidak semestinya mahal barulah ianya diterima atau dipandang atau diangkat di mata ramai. Apa yang penting, rekaan dan kualiti sesuatu barangan kepada si pemakai. Pilihan di atas adalah antara yang popular di Malaysia dan anda boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan.

Pilih warna seperti brown, cream, coklat mahupun hitam sebagai warna selamat yang sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis warna pakaian.



Related posts