Kereta Mewah Di Malaysia Yang Berharga Bawah RM 150,000

Kereta Mewah Di Malaysia Yang Berharga Bawah RM 150,000
Hartanah & Perkhidmatan


Secara umumnya, kereta adalah sebuah keperluan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Selain daripada pengangkutan awam, penggunaan kereta peribadi adalah sangat penting lebih-lebih lagi untuk mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak kecil. Ada juga yang menganggap jenama kereta yang dipakai adalah sebagai satu lambang serta pengukur kejayaan seseorang. Ianya sangat subjektif dan terpulang kepada individu untuk mengklasifikasinya.

Pencapaian cemerlang dalam hidup adalah sebuah impian yang sangat diidam-idamkan oleh setiap manusia. Selain rumah dan pekerjaan, kejayaan untuk mendapatkan sebuah kenderaan idaman juga adalah dikira sebagai sebuah pencapaian cemerlang lebih-lebih lagi untuk menaik taraf kehidupan. Dan semestinya di dalam memilih kenderaan, selain dari aspek keselamatan dan harga, kemewahan juga turut menjadi aspek utama. Selamat dan selesa, yang penting harganya berbaloi dan nampak mewah serta “ada class”. Sebenarnya, ada beberapa model kereta mewah diluar sana yang anda boleh miliki dengan harga yang mampu milik. Tak Percaya? Jom kita lihat 5 model kereta mewah di Malaysia yang berharga bawah RM 150,000 khas untuk anda.

5 Kereta Mewah Di Malaysia Yang Berharga Bawah RM 150,000 Tahun 2023 Ini

BYD Atto 3

BYD Atto 3
Sekali imbas, sememangnya kereta ini menggambarkan erti kemewahan. Dari reka bentuk dan aksesorinya yang tampak futuristik, siapa sangka sebenarnya kereta ini berharga bawah RM 150,000. BYD Atto 3 yang diedarkan oleh Sime Darby Beyond Auto adalah penjenamaan semula untuk pasaran Malaysia. Model asal kereta ini adalah dari model Yuan Plus keluaran BYD di China. Diinspirasikan daripada Attosecond, iaitu unit masa terkecil dalam fizik, kereta yang menggunakan enjin elektrik dan hybrid ini adalah simbol kepantasan, bertenaga dan dinamik.

Untuk sekali pengecasan, kereta ini mampu bergerak sejauh 480 KM. Walaupun ianya adalah sebuah kenderaan elektrik, tetapi dari segi prestasi, ia mampu mencapai kelajuan 100 KM dalam masa hanya 7.3 saat. Bateri bagi kereta ini adalah Blade Battery Technology yang diyakini dan diperakui keselamatannya kerana ia lebih ringan, kecil dan selamat jika dibandingkan dengan bateri konvensional lithium iron-phosphate.

Dari segi dalaman, rekaan dalamannya sangat mewah dan mampu menarik perhatian sesiapa sahaja melalui pandangan pertama. Dengan dua tona warna menghiasi tempat duduk dan aksesori-aksesori lain, ianya turut menggambarkan keselesaan yang bakal anda nikmati ketika memandu kereta ini. Menggunakan lampu led sebagai aksesori lampu depan dan belakang, reka bentuknya sangat memukau dan turut menambahkan elemen mewah dan prestij tersebut. Tidak perlu risau tentang ruang kerana kereta ini mempunyai ruang but seluas 1,340 liter. Cukup luas untuk sebuah keluarga kecil.

Kelebihan BYD Atto 3

  • Blade Battery Technology yang lebih selamat
  • Reka Bentuk luaran yang sangat futuristik
  • Reka Bentuk dalaman yang mewah
  • Ruang but luas untuk keluarga kecil
  • Prestasi setanding kereta petrol dan diesel
  • Boleh bergerak sejauh 480 dengan sekali pengecasan

Kekurangan BYD Atto 3

  • Pengguna kenderaan elektrik di Malaysia masih tidak ramai

Info BYD Atto 3

Nama Model Kereta BYD Atto 3
Keluaran China
Pengedar / Pengilang Sime Darby Beyond Auto
Harga Bermula dari RM 149,800
Laman Web https://byd.simedarbymotors.my/

GWM Ora Good Cat

GWM Ora Good Cat
Selain daripada mewah, kereta berjenama GWM Ora Good Cat ini turut menonjolkan sisi “comel” melalui reka bentuknya. Gabungan retro dan futuristik adalah amat unik dan menjadikan kereta elektrik ini tumpuan setiap kali ia melintas di mata-mata anda. Kekuatan reka bentuk nya diserlahkan melalui lampu LED depan yang mengikut bentuk mata kucing serta mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti auto on-off dan auto high-low beam yang akan berfungsi secara automatik mengikut persekitaran anda.

Untuk keselesaan yang menyeluruh, reka bentuk dalaman dan tempat duduk kereta ini dibina dengan reka bentuk yang ergonomik dan turut dipadankan dengan gabungan dua tona warna yang ceria tetapi mengekalkan vibe mewah itu. Apa yang menariknya, ianya turut dilengkapi dengan electric sunroof untuk perjalanan lebih santai. Dengan kamera 360, kereta ini mempunyai mod intelligent parking bagi membantu anda yang kurang mahir dalam meletakkan kereta ke dalam kotak parkir.

Selain itu, beberapa sensor juga turut diletakkan pada kenderaan ini iaitu auto emergency braking dan intersection. Ia berperanan untuk membrek kereta secara automatik sekiranya mengesan kenderaan ataupun orang melintas dihadapan anda di dalam keadaan anda memandu laju. Lebih menarik lagi ialah Wisdom Dodge System, iaitu satu sistem yang membantu kereta anda ketika memotong kenderaan-kenderan besar seperti lori dan trak, ia berperanan dalam menjauhkan dan menjaga jarak selamat kereta anda dengan kenderaan-kenderaan besar ini. Kesemua ciri-ciri menarik GWM Ora Good Cat ini boleh didapati dengan harga hanya RM 139,800 sahaja.

Kelebihan GWM Ora Good Cat

  • Gabungan retro dan futuristik
  • Ciri-ciri keselamatan yang baik
  • Mod intelligent parking
  • Reka bentuk dalaman yang ergonomik
  • Kamera 360

Kekurangan GWM Ora Good Cat

  • Pengguna kenderaan elektrik di Malaysia masih tidak ramai
  • Ruang but yang terlalu kecil

Info GWM Ora Good Cat

Nama Model Kereta GWM Ora Good Cat
Keluaran China
Pengedar / Pengilang The Great Wall Motors
Harga Bermula dari RM 139,800
Laman Web https://www.gwm.com.my/GWM.html

GAC GS3

GAC GS3
Buat mereka yang mempunyai keluarga kecil, untuk sebuah perjalanan yang selesa. SUV adalah sebuah pilihan kereta yang terbaik selain MPV. Anda perlu pandu uji GAC GS3 yang telah dilancarkan oleh GAC Motor ini. CC bagi kereta ini adalah 1.5 dan 2.0. Dari segi penggunaan petrol, untuk 100KM hanya 7 Liter petrol digunakan mengikut cara pemanduan anda. Ianya sangat jimat bertepatan dengan keadaan ekonomi ketika ini. Selain daripada transmisi auto dengan 6 kelajuan, tranmisi manual juga turut ada buat anda yang lebih selesa memandu secara manual.

Dari segi rekaan dalamannya pula, dua tona warna iaitu hitam dan coklat sememangnya sinonim dengan warna yang premium serta menggambarkan kemewahan, prestij dan ekslusif. Kemasan rekaan dalamannya sangat cemerlang dan ada vibe seperti memandu kereta mewah jika anda berada didalamnya.

Dari segi reka bentuk luarnya pula, ia dibina dengan rekbentuk dan casis yang nampak tegap memberikan gambaran ketahanan maksimum sekiranya berlaku sebarang kemalangan. Mempunyai 6 air bag, pembinaan GAC GS3 ini bukanlah hanya sekadar mementingkan penjimatan penggunaan petrol dan keselesaannya sahaja. Ia turut mementingkan ciri-ciri keselamatan juga.

Sebagai contoh, skrin sentuh di bahagian tengah yang disambungkan dengan kamera wide angle memaparkan keadaan sekeliling ketika anda hendak meletakkan kereta ke dalam kotak parkir. Selain itu, untuk mengelakkan daripada hilang kawalan ketika anda memandu laju atau menekan brek kecemasan, teknologi dari BOSCH yang dinamakan electronic stability program (ESP) dapat membantu menstabilkan kembali kereta anda sekiranya hilang kawalan atau terbabas.

Kelebihan GAC GS3

  • Penggunaan minyak yang jimat
  • CC enjin 1.5 dan 2.0
  • Transmisi auto dan manual
  • Reka bentuk dalaman yang sangat premium dan ekslusif
  • Casis yang tegap dan tahan lasak
  • Ciri-ciri keselamatan yang baik

Kekurangan GAC GS3

  • Jenama yang kurang dikenali di Malaysia

Info GAC GS3

Nama Model Kereta GAC GS3
Keluaran China
Pengedar / Pengilang GAC Motor
Harga Bermula dari RM 88,800
Laman Web https://www.gac-motor.com/en/models/GS3/overview.html

Mazda CX-3

Mazda CX-3
Mazda bukanlah jenama asing di Malaysia. Ianya sangat dipercayai dan mempunyai peminatnya yang tersendiri. Mazda CX-3 juga tergolong di dalam kategori kereta mewah dibawah harga RM 150,000. Bermula dengan harga RM 107,870, anda boleh memiliki SUV kompak yang mempunyai reka bentuk yang sangat minimalis ini. Dengan cc enjin 1.5 dan 2.0, pastinya prestasi kereta ini menakjubkan lebih-lebih lagi dengan saiznya yang sederhana, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Rekaan dalamannya juga membawa konsep yang sama iaitu minimalis, gabungan warna hitam dan sedikit chrome memberikan ketenangan kepada mata anda. Human Machine Interface (HMI) yang disertakan pada Mazda CX-3 ini adalah sesuatu yang sangat penting di dalam menjamin keselamatan anda ketika memandu, anda tidak perlu bersusah payah mencari butang di dashboard untuk menukar siaran radio, atau menjawab panggilan telefon. Segala-galanya lebih mudah dilakukan tanpa sebarang gangguan kepada pemanduan anda.

Ada satu elemen penting yang telah diambil kira dalam mereka bentuk dan membina kereta ini iaitu blindspot. Kereta ini dilengkapi dengan BSM atau dikenali sebagai Blind Spot Monitoring (BSM). Ia adalah sensor yang mengesan kenderaan yang berada di kawasan blind spot yang tidak dapat dilihat oleh pemandu. Ini amat penting kerana banyak kemalangan yang terjadi juga adalah disebabkan pemandu tidak dapat melihat gambaran luas tentang kenderaan yang menghampiri mereka. Selain itu, bagi mengelakkan anda termasuk ke laluan sebelah ketika memandu dalam keadaan mengantuk, kereta ini juga mempunyai sensor Lane Departure Warning System (LDWS) yang akan memberi amaran sekiranya anda tertukar laluan dalam keadaan tidak sedar.

Kelebihan Mazda CX-3

  • Mazda adalah jenama yang dikenali
  • Reka bentuk minimalis
  • Human Machine Interface (HMI)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Lane Departure Warning System (LDWS)

Kekurangan Mazda CX-3

  • Harga tidak jauh beza dengan SUV sebenar
  • Ruang but yang tidak luas

Info Mazda CX-3

Nama Model Kereta Mazda CX-3
Keluaran Jepun
Pengedar / Pengilang Bermaz Motor Sdn Bhd
Harga Bermula dari RM 107,870
Laman Web https://mazda.com.my/vehicles/mazda-cx-3

Peugeot 2008

Peugeot 2008
Elegan, tegap dan nampak gagah. Ini adalah tiga kata yang boleh menggambarkan Peugeot 2008 ini. Dengan enjin CC 1.2 ini, penggunaan petrolnya adalah sangat jimat dan berprestasi tinggi kerana turut disertakan dengan turbo. Dengan transmisi automatik 6 kelajuan, Ia turut dilengkapi dengan tiga mod pemanduan iaitu normal, eco dan sport. Ruang dalamannya juga sangat luas, bahagian butnya boleh memuatkan sekurang-kurangnya tiga buah beg bersaiz besar.

Selain itu paparan skrin meter keretanya sangat minimalis dan eksklusif, termasuk ruang dahsboarnya yang direka dan disusun dengan sangat kemas dan nampak sangat mewah. Lampu depan dan belakangnya dilengkapi dengan LED dengan rekabentuk 3-claw design yang sinonim dengan jenama Peugeot. Ciri-ciri keselamatannya juga sangat banyak, hampir semua elemen-elemen yang boleh menyebabkan kemalangan diambil kira dan diaplikasikan pada kereta ini.

Diantaranya adalah Active Blind Spot Detection, Active Lane Keep Assistance, Advanced Driver Attention Warning, High Beam Assist dan pelbagai lagi. Pendek kata, dengan harga dibawah RM 150,000, ia adalah pembelian kereta yang berbaloi kerana anda dapat merasai kemewahannya disamping ciri-ciri keselamatan yang terbaik.

Kelebihan Peugeot 2008

  • Jenama yang dikenali
  • Penggunaan petrol yang jimat
  • Tiga mod pemanduan
  • Ruang dalaman yang sangat luas
  • Ciri-ciri keselamatan yang terbaik

Kekurangan Peugeot 2008

  • CC agak kecil untuk kenderaan bersaiz SUV

Info Peugeot 2008

Nama Model Kereta Peugeot 2008
Keluaran France
Pengedar / Pengilang Bermaz Auto Alliance
Harga Bermula dari RM 130,889
Laman Web https://peugeotpromotion.com.my/?gclid=CjwKCAiAqt-dBhBcEiwATw-ggJZq7piUA0fyNygam7hIjii4jcNzltg8QF_4GXdvd0Am7ZTrYJBEIxoCLJgQAvD_BwE

Sebenarnya terdapat banyak lagi kereta mewah yang boleh didapati dibawah harga RM 150,000. Mengikut kepada perkembangan semasa, banyak pengeluar kenderaan import dan kenderaan lokal bersaing untuk memberikan tawaran yang menarik kepada pembeli dengan menawarkan elemen-elemen kemewahan dan keselesaan pada kereta keluaran mereka.

Apa yang penting untuk mencari sebuah kenderaan, selain daripada kemewahan, elemen keselamatan juga penting untuk diambil kira dahulu.



Related posts