Tunggang Dengan Gaya: 5 Pilihan Helmet Motosikal Dengan Ciri Keselamatan Terbaik

Tunggang Dengan Gaya: 5 Pilihan Helmet Motosikal Dengan Ciri Keselamatan Terbaik
Hartanah & Perkhidmatan


Menunggang motosikal mempunyai risiko kemalangan yang lebih tinggi berbanding kenderaan lain. Ini kerana kenderaan dua roda ini dalam sangat kecil, jadi dari segi keterlihatannya di atas jalan raya sangat minimum. Banyak kejadian kemalangan melibatkan motosikal terjadi kerana titik buta kenderaan-kenderaan besar memungkinkan untuk penunggang motosikal ini sukar untuk dilihat dan dijangka. Disebabkan ini, penunggang motosikal memerlukan perlindungan ciri keselamatan yang terbaik untuk mengurangkan kecederaan mereka apabila kemalangan.

Salah satu perlindungan utama yang perlu ditekankan oleh penunggang motosikal adalah pemakaian topi keledar atau helmet. Helmet berfungsi sebagai pelindung kepala apabila berlakunya kemalangan, ia adalah sangat penting kerana kecederaan kepala yang serius boleh membawa kepada kematian atau pun kesan seumur hidup yang sangat teruk. Oleh itu, anda perlu memastikan anda memakai helmet yang diluluskan oleh SIRIM dan mempunyai jenama yang bagus serta dipercayai. Lagipun, pemilihan helmet yang betul dapat memberikan keselesaan dan perlindungan terbaik kepada anda. Untuk anda yang mencari helmet motosikal dengan ciri keselamatan terbaik, jom kita lihat senarai lima helmet yang anda perlu ada.

Shoei GT-Air II

Shoei GT-Air II
Shoei adalah jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan penunggang motosikal di Malaysia. Sebagai pelopor inovasi dalam industri helmet, Shoei adalah antara pengeluar helmet berkelas premium. Shoei memperkenalkan model GT-Air II, sebuah helmet full-face yang sesuai digunakan untuk touring. Ia dilengkapi dengan pelindung matahari yang dipanjangkan 5mm berbanding model sebelumnya untuk mengurangkan kemasukan cahaya matahari bagi membantu penunggang kekal fokus. Untuk pengudaraan tambahan, ia turut dilengkapi dengan plat untuk membolehkan pelindung matahari dibuka beberapa milimeter. Bagi tujuan berkomunikasi dengan rakan penunggang ketika touring, helmet ini dilengkapi dengan sistem interkom SRL2 yang direka eksklusif oleh SENA.

Rekaan eksklusif ini menampilkan sistem komunikasi yang dilekap kemas pada helmet tanpa anda perlu bersusah payah. Helmet yang didatangkan dengan pelbagai saiz dari XS sehingga XXL ini juga turut mempunyai ciri sistem buka pantas kecemasan (Emergency Quick Release System, EQRS) yang memudahkan penunggang membuka helmet melalui riben khas sekiranya terlibat dalam kemalangan disamping mengurangkan beban yang ditanggung oleh tengkuk sekiranya terdapat kecederaan serius pada bahagian kepala dan leher. Kesemua kualiti terbaik pada helmet ini dapat anda miliki dengan harga bermula dari RM 2400 sehingga RM 2750 mengikut model yang dipilih.

Kelebihan Shoei GT-Air II:

  • Pelindung Matahari yang dipanjangkan 5mm
  • Sistem Interkom SRL2 oleh SENA
  • Emergency Quick Release System
  • Selesa apabila dipakai
  • Kedap bunyi

Kekurangan Shoei GT-Air II:

  • Harga yang mahal
  • Pelindung luar dan pelindung matahari mudah berkabus ketika basah dan sejuk

Info Shoei GT-Air II:

Nama Helmet: Shoei GT-Air II
Jenama: Shoei
Saiz Helmet: XS sehingga XXL
Berat: 1550g
Interkom: Sena SRL2
Harga: RM 2400 sehingga RM 2750

KYT NZ-Race

KYT NZ-Race
KYT adalah jenama helmet yang sangat terkenal dalam dunia perlumbaan motosikal. Ia mempertaruhkan model NZ-Race, sebuah helmet full-face yang dibina dengan material tri-komposit iaitu gabungan kevlar, karbon dan gentian kaca. Reka bentuknya telah diuji secara mendalam, dengan menggunakan perisian bendalir dinamik, diuji beberapa sesi di dalam terowong angin serta turut diuji oleh penunggang-penunggang profesional di trek untuk mendapatkan prestasi terbaik dari segi aerodinamik, pengudaraan dan keselesaan maksimum.

Contohnya, rekaan spoiler di belakang helmet yang dibuat dengan sangat teliti. Helmet yang didatangkan dengan saiz dari XS sehingga XXL ini mempunyai tiga lapisan polisterin dalaman berbeza saiz untuk jaminan ergonomik dengan ketebalan yang berbeza. Ciri ini membolehkan ianya menyerap hentaman dan hentakan yang kuat daripada bahagian luar cengkerang helmet. Selain itu, pelindung atau visor bagi helmet ini diperbuat daripada material polikarbonat berlainan ketebalan dan ianya anti-calar. Ia juga mudah untuk di tanggal dan dipasangkan melalui mekanisme pemasangan yang sangat praktikal. Bagi mengelakkan bau akibat peluh dan keadaan cuaca luar yang sentiasa berubah, fabrik dalaman helmet ini boleh dibuka untuk dibasuh. Ia adalah fabrik lembut yang diperbuat daripada gentian dan span untuk mempermudahkan aliran udara.

Kelebihan KYT NZ-Race:

  • Material tri-komposit iaitu gabungan kevlar, karbon dan gentian kaca.
  • Reka bentuk diuji dengan mendalam
  • Rekaan spoiler untuk aerodinamik
  • Saiz helmet dari XS sehingga XXL
  • Visor mudah pasang dan buka

Kekurangan KYT NZ-Race:

  • Harga yang mahal, bukan mampu milik
  • Tiada interkom

Info KYT NZ-Race:

Nama Helmet: KYT NZ-Race
Jenama: KYT
Saiz Helmet: XS sehingga XXL
Berat: 1350g
Interkom: Tiada
Harga: RM 1700 sehingga RM 2500

Studds Track D3 Decor

Studds Track D3 Decor
Studds adalah sebuah jenama dari India yang menghasilkan pelbagai rangkaian helmet. Studds memperkenalkan Studds Track D3 Decor, iaitu sebuah helmet open face dengan cengkerang yang mampu menahan impak tinggi melalui formula kejuruteraan termoplastik berimpak tinggi untuk perlindungan tambahan. Ia mempunyai pelbagai pilihan warna dan saiz daripada M sehingga XL. Jika anda sering menggunakan helmet dalam tempoh masa yang agak lama, anda tidak perlu risau tentang jangkitan atau alergi kerana helmet ini dilengkapi dengan hypoallergenic liner iaitu sebuah lapisan yang menghalang sebarang jangkitan atau alergi akibat dalaman helmet yang lembap kerana penggunaan helmet yang lama dalam cuaca panas dan sejuk.

Selain itu, untuk kesegaran dan keselesaan berpanjangan, liner di dalam helmet ini boleh dibuka untuk dibasuh dan dipasang semula. Cat dibahagian luaran helmet ini pula mampu menahan sinaran UV bagi memastikan warnanya tidak pudar walaupun telah terdedah dalam cuaca panas dan sejuk. Untuk sebarang kecemasan yang memerlukan anda membuka helmet dengan cepat, helmet ini menggunakan quick release chin strap yang memudahkan anda untuk membuka helmet tanpa perlu menggunakan tenaga dan masa yang lama.

Kelebihan Studds Track D3 Decor:

  • Material termoplastik berimpak tinggi
  • Hypoallergenic Liner
  • Liner boleh dibuka untuk dibasuh
  • Cat luaran mampu menahan sinaran UV
  • Quick Release Chin Strap
  • Harga murah

    Kekurangan Studds Track D3 Decor:

    • Open face, kurang sesuai untuk touring
    • Tiada interkom
    • Saiz dari M sehingga XL sahaja

    Info Studds Track D3 Decor:

    Nama Helmet: Studds Track D3 Decor
    Jenama: Studds
    Saiz Helmet: M sehingga XL
    Berat: 1300g
    Interkom: Tiada
    Harga: RM 72 sehingga RM 100

    Bell Qualifier

    Bell Qualifier
    Bell juga adalah sebuah jenama yang cukup ikonik dengan dunia permotoran. Ia menawarkan rangkaian helmet mengikut kesesuaian motosikal anda. Bell Qualifier adalah sebuah helmet full-face yang melindungi seluruh kepala anda. Ia mempunyai chin bar yang kukuh serta padding yang banyak untuk keselamatan dan keselesaan yang menyeluruh. Mempunyai pelbagai warna dan corak yang elegan, helmet yang mempunyai saiz dari XS sehingga XXXL ini sesuai digunakan untuk touring dan harian. Bahagian luaran helmet ini dilindungi daripada sinaran UV, anti karat dan anti kabus.

    Menggunakan ionic+ antimicrobial comfort padding sebagai material dalaman, padding ini cepat kering untuk mengelakkan helmet daripada berbau kesan daripada peluh anda dan juga mengurangkan bunyi bising dan bunyi angin daripada luar. Selain itu, pelindung atau shield bg helmet ini menggunakan teknologi clickrelease dimana ia cepat, mudah dan senang dipasang atau diganti. Pengudaraan pada helmet ini juga diteliti dan ditangani dengan cukup baik melalui sistem flowadjust yang mengawal aliran halalaju pengudaraan. Apa yang menariknya, helmet ini dilengkapi integrated speaker pocket dimana anda boleh memasang set bluetooth speaker dan mikrofon anda menerusi slot yang disediakan ini. Buat peminat jenama Bell, anda boleh memiliki helmet yang ringan dan elegan ini dengan harga dibawah RM 1000 sahaja.

    Kelebihan Bell Qualifier:

    • Chin Bar yang kukuh dan padding yang banyak
    • Elegan dan mempunyai pilihan warna yang banyak
    • Saiz dari XS ke XXXL
    • Terlindung dari sinaran UV, anti karat dan anti kabus
    • Clickrelease untuk shield
    • Flowadjust
    • Harga yang berpatutan

    Kekurangan Bell Qualifier:

    • Tiada built-in interkom

    Info Bell Qualifier:

    Nama Helmet: Bell Qualifier
    Jenama: Bell
    Saiz Helmet: XS sehingga XXXL
    Berat: 1527g
    Interkom: Integrated Speaker Pocket
    Harga: RM 600 sehingga RM 1400

    Simpson Speed Bandit Helmet

    Simpson Speed Bandit Helmet
    Sekali imbas, reka bentuk helmet ini kelihatan seperti watak di dalam filem Star Wars. Simpson Speed Bandit Helmet adalah sebuah helmet full-face yang mempunyai reka bentuk elegan serta tersendiri. Cengkerangnya diperbuat daripada material yang ringan iaitu campuran termo dan polikarbonat. Mempunyai pilihan saiz dari XS sehingga XXL, helmet ini mempunyai empat pilihan warna iaitu putih, hitam, flat back dan armor. Untuk keselesaan pemakaian helmet ini, material dalamannya terdiri daripada hypoallergenic comfort liner yang mudah dipasang dan dibuka untuk tujuan pembasuhan.

    Dari segi pemandangan penunggang dari dalam helmet, pelindung atau shield pada helmet ini adalah jenis ultra-wide dimana ianya lebih luas dan mudah dibuka serta mempunyai empat tahap bukaan mengikut keselesaan anda. Untuk interkom, ia tidak mempunyai built-in untuk interkom tetapi mempunyai slot untuk anda memasang sistem bluetooth anda sendiri. Selain daripada shield yang tidak berwarna, anda juga boleh memilih shield yang lebih elegan dengan pilihan warna menarik iaitu chrome mirror, dark smoke dan iridium. Dari segi pengudaraan pula, helmet ini mempunyai teknologinya tersendiri yang dinamakan Simpson “Speed Brow” dengan efek venturi bertekanan rendah yang tidak memerangkap angin supaya helmet ini lebih aerodinamik.

    Kelebihan Simpson Speed Bandit Helmet:

    • Material ringan campuran termo dan polikarbonat
    • Pilihan saiz dar XS sehingga XXL
    • Empat pilihan warna
    • Hypoallergenic Comfort Liner
    • Simpson “Speed Brow”

    Kekurangan Simpson Speed Bandit Helmet:

    • Tiada built-in interkom
    • Harga agak mahal

    Info Simpson Speed Bandit Helmet:

    Nama Helmet: Simpson Speed Bandit Helmet
    Jenama: Simpson
    Saiz Helmet: XS sehingga XXL
    Berat: 1540g
    Interkom: Hanya slot disediakan
    Harga: RM 2299

    Helmet atau topi keledar adalah pelindung paling utama buat mereka yang menunggang motorsikal. Untuk mendapatkan perlindungan yang maksimum, tidak salah untuk anda berbelanja lebih untuk sebuah helmet yang melindungi kepala serta nyawa anda. Lebih-lebih lagi buat anda yang membawa motorsikal berkuasa tinggi. Pastinya pembelian helmet yang mahal dan berjenama ini akan lebih berbaloi buat anda.

    Namun harus diingat, helmet berjenama atau mahal bukanlah tiket untuk anda sesuka hati menunggang motorsikal dengan laju dan berbahaya, ianya cuma perlindungan sekiranya terdapat sebarang kejadian yang tidak diingini. Semahal mana pun helmet anda, anda harus ingat yang nyawa anda lebih mahal dari segala-galanya.



Related posts