Paling Latest! Ini 5 K-Drama Wajib Tonton Oktober Dan November 2022

Paling Latest! Ini 5 K-Drama Wajib Tonton Oktober Dan November 2022
Hiburan


Tak latest, kita tak promote lah! Githew! Peminat K-drama pasti tidak sabar menanti apakah drama baru akan keluar lagi kan? Sebabnya kebanyakkan drama korea ini sungguh menarik dan memang boleh buat kita ketagih nak menontonnya. Khas untuk anda yang dah ready, ini 5 pilihan K-drama terbaru untuk anda layan Oktober dan November ini!

Once Upon a Small Town

Once Upon a Small Town
Drama ini telah pun ditayangkan di Netflix dan megisahkan mengenai seorang polis dan doktor haiwan. Suasana tenang di kampung antara daya penarik drama ini pastinya membuatkan ramai jatuh hati.

Once Upon A Small Town merupakan kisah cinta antara dua watak utama dan sesuai untuk dilayan ketika ingin berehat dan bersantai kerana jalan ceritanya tidak berat. Ahn Ja-yong (Joy) merupakan seorang anggota polis yang sering membantu orang di kampungnya manakala Han Ji-yul (Choo Young Woo) adalah seorang doktor haiwan yang baru pulang ke kampung tersebut untuk membantu datuknya. Han Ji-yul perlu mengambil alih klinik haiwan datuknya selama setengah tahun, sementara datuknya tiada.

Pelbagai telatah orang di kampungnya pasti membuatkan anda tertawa dan perkembangan watak di antara Ahn Ja-yong dan Han Ji-yul yang akhirnya menyukai satu sama lain juga sungguh menghiburkan. Ada rahsia di antara mereka yang tidak diketahui, dan kalau anda nak tahu silakan tonton di Netflix okay!

Drama ini didatangkan dengan 12 episod dan telah ditayangkan di Netflix.

Once Upon a Small Town trailer

The Empire

The Empire
Secara menyeluruhnya, ‘The Empire ini mengisahkan mengenai kehidupan peribadi dan rahsia gelap keluarga bangsawan yang berpengaruh besar dalam sistem perundangan di Korea. Pelbagai konflik timbul termasuk kisah kecurangan ditampilkan di dalam drama ini.

Han Hye-Ryool (Kim Sun-A) dan keluarganya berasal dari latar belakang undang-undang. Dia bekerja sebagai ketua pasukan siasatan khas di Pejabat Pendakwa Daerah Pusat. Suaminya Na Geun-Woo (Ahn Jae-Wook) dan ibunya Ham Gwang-Jeon (Lee Mi-Sook) kedua-duanya bekerja sebagai profesor sekolah undang-undang. Bapanya Han Gun-Do (Song Young-Chang) bekerja sebagai peguam untuk firma guaman terbesar di Korea Selatan.

Han Hye-Ryool menjalankan tugasnya sebagai pendakwa dengan cara yang sangat baik, tetapi orang ramai menghina kerjanya kerana latar belakang keluarganya yang bukan calang-calang. Konflik mula timbul apabila sesuatu terjadi pada perkahwinannya dan dari situlah plot menjadi semakin menarik.

Rating The Empire ini agak rendah pada permulaan episode apabila hanya meraih sebagai 2.4 %, namun ianya mula meningkat naik di episod seterusnya. Drama ini mula ditayangkan di JTBC sejak 24 September lalu dan masih ditayangkan dengan jumlah keseluruhan sebanyak 16 episod.

The Empire trailer

Under The Queen’s Umbrella

Under The Queen's Umbrella
Walaupun keseluruhan konsep drama ini mengenai zaman Dinasti Joseon yang berkurun abad lamanya, namun jalan cerita drama ini sungguh segar dan tidak sama seperti drama lainnya.

‘Under The Queen’s Umbrella’ adalah sebuah drama mengenai seorang ibu bernama Im Hwa Ryeong (Kim Hye-soo) yang juga isteri raja yang sanggup buat apa sahaja untuk memastikan anak-anak lelakinya menjadi putera mahkota yang terbaik. Namun, ianya bukan tugas yang mudah kerana kelima-lima anak lelakinya agak nakal dan bermasalah.

Bukan seperti drama bersejarah lain, tindakan seorang ibu yang juga permaisuri ini dalam memastikan anak-anaknya berjaya dalam misi mereka sungguh menghiburkan. Daripada perwatakan anggun, si ibu tanpa menghiraukan gelaran permaisurinya telah melakukan pelbagai cara dan dalam masa yang sama anak-anak lelaki serta orang di sekeliling di istana juga cukup menduga kesabarannya.

Percayalah anda pasti terhibur! Drama ini akan ditayangkan di Netflix pada 15 Oktober ini.

Under The Queen’s Umbrella trailer

Yonder

Yonder
Nama ‘Yonder’ agak pelik namun siapa sangka mungkin drama ini akan menjadi drama kesukaan anda? Shin Ha-kyun dan Han Ji-min kini kembali bergandingan setelah sekian lama menerusi Yonder.

Boleh dikatakan sebagai sebuah drama bergenre romantik, dan sains fiksyen. Ia mengisahkan mengenai seorang lelaki yang menerima kiriman pesanan daripada isterinya yang sudah meninggal. Dia kemudiannya dijemput ke sebuah tempat yang dipanggil “Yonder”, yang mana tempat itu boleh menemukannya bersama isterinya.
Jae-Hyun (Shin Ha-Kyun) ialah wartawan dan sejak isterinya Yi-Hu (Han Ji-Min) meninggal dunia, dia merasakan kekosongan dalam hidupnya.

Dia masih tidak dapat bergerak dari kematiannya. Pada suatu hari, Jae-Hyun menerima mesej daripada Yi-Hu. Menurut mesej itu, Yu-Hu meminta dia untuk datang ke Yonder dan bertemu dengannya. Jae-Hyun berasa keliru daripada menerima mesej daripada arwah isterinya, tetapi dia memutuskan untuk pergi ke Yonder. Tempat Yonder adalah ruang misteri, yang wujud antara hidup dan mati.

Adakah Yonder itu reality atau sekadar fantasi? Kalau nak tahu memang wajib tonton. Drama terbitan Tving sebanyak 6 episod ini bakal ditayangkan bermula 14 Oktober 2022 ini.

Yonder trailer

Curtain Call

Curtain Call
Sebuah drama dengan jalan cerita yang ‘fresh’ dan pastinya membuatkan ramai tertunggu-tunggu akan kemunculannya Oktober ini.

‘Curtain Call’ menceritakan mengenai seorang wanita lewat usia (Youn Yuh-jung) yang sudah tidak mempunyai masa yang banyak untuk hidup dan seorang pelakon teater (Kang Ha-neul) yang membawa watak memegang watak Yoo Jae-heon disuruh melakukan sesuatu untuknya.

Ha Ji-won bakal memegang watak sebagai Park Se-yeon, seorang pengurus di Hotel Nakwon dan merupakan anak bongsu kepada pemilik hotel tersebut. Selepas satu kemalangan , kedua ibu-bapanya meninggal dunia dan Park Se-yeon tinggal bersama dua abangnya, lakonan Ji Seung-hyun dan Choi Dae-hoon.

Watak Yoo Jae-heon adalah watak optimis dan dia menerima permintaan daripada seorang lelaki tua untuk menjadi cucu kepada seseorang. Pelbagai perkara menarik berlaku dalam hidupnya selepas itu.

Drama ini bakal ditayangkan pada 31 Oktober nanti, jangan ketinggalan!

Curtain Call trailer

Apa yang pasti kesemua drama ini mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri. Setengahnya sudah pun ditayangkan, manakala ada yang masih menunggu masa untuk dikeluarkan.

Jika anda mahukan cerita ringan dan tidak berat, Once Upon a Small Town dan Under The Queen’s Umbrella mungkin pilihan yang sesuai.



Related posts