Ini 5 MUA ‘Most-Wanted’ Di Malaysia 2022 Untuk Solekan Memukau Pilihan Bakal Pengantin

Ini 5 MUA ‘Most-Wanted’ Di Malaysia 2022 Untuk Solekan Memukau Pilihan Bakal Pengantin
Fesyen


Baju dah cantik, tapi solekan pula tak sesuai. Boleh spoil tau! Semua orang nak kelihatan cantik dan manis berseri pada hari perkahwinan,dan untuk itu, gabungan baju serta solekan yang berpadanan dan sesuai memainkan peranan dalam menaikkan aura seri pengantin.

Zaman sekarang ni, mudah sangat nak cari mak andam atau jurusolek yang berpengalaman dengan skill tersendiri. Mereka yang lebih dikenali sebagai MUA atau MakeUp Artist ini biasanya akan mempamerkan hasil kerja solekan mereka di laman Instagram masing-masing.

Solekan paling popular sekali, haruslah solekan pengantin.Sebenarnyakan, antara solekan terbaik di hari perkahwinan adalah solekan ‘no-makeup look’ yang nampak semulajadi serta manis. Ia bukanlah bermakna seperti tiada solekan langsung. Namun solekannya lebih light secara keseluruhan. Segala touch up yang diberikan bersesuaian dengan tona nada kulit. Dan solekan ini paling susah nak buat tau!

Yang mana sedang menanti hari bahagia, jom lihat senarai jurusolek terkenal yang ada di Malaysia!

Khir Khalid

Khir Khalid
Jaranglah yang tidak kenal dengan nama gah ni. Jika dilihat pada karya solekannya, gaya sentuhan minimalis tetapi ‘glow’ adalah antara signature Khir Khalid. Jurusolek Khir Khalid sering mencuri perhatian ramai dengan menata rias wajah ramai selebriti tempatan seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Ning Baizura serta ramai lagi. Solekan mantap yang diberikan seakan memberi aura baru kepada individu tersebut. Baginya juga solekan malar segar kekal digemari sepanjang zaman dan selamat untuk ditatap setiap masa untuk si raja sehari.

Kelebihan

  • Terkenal di Malaysia
  • Menjadi jurusolek artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza
  • Mempunyai sentuhan solekan unik

Kekurangan

  • ‘Most wanted’, perlu booking lebih awal
  • Charge mungkin agak mahal kerana beliau seorang yang berpengalaman

Instagram : https://www.instagram.com/khirkhalid/?hl=en

Najeeb Azami

Najeeb Azami
Ratu sehari seharusnya keluar ke pelamin dengan wajah segar, berkilauan dengan mainan warna-warna manis dan lembut serta kelihatan istimewa. Itulah yang cuba ditekankan jurusolek Najeed Azami dalam seni solekan pengantinnya. Setiap hasil karyanya juga digemari oleh pelbagai selebriti terkenal tanah air seperti Scha Alyahya, Fiza Frizzy, Azrinaz Mazhar Hakim dan terbaru jika dilihat di laman instagramnya, kerabat diraja Brunei pun menggunakan khidmatnya tau. Antara produk solekan yang sering digunakannya adalah daripada Tom Ford dan beberapa produk terkenal lain.

Kelebihan

  • Terkenal di Malaysia
  • Menjadi jurusolek artis terkenal malah kerabat Diraja
  • Gemar bermain dengan kilauan warna-warna manis dan lembut
  • Solekan minimalis dan ringan

Kekurangan

  • ‘Most wanted’, perlu booking lebih awal
  • Charge mungkin agak mahal kerana beliau seorang yang berpengalaman

Instagram : https://www.instagram.com/najeebazami/?hl=en

Syed Faizal Syed Noh

Syed Faizal Syed Noh
Jurusolek memang memainkan peranan penting dalam menyerikan lagi wajah wanita agar kelihatan lebih anggun lebih-lebih lagi di hari bahagia. Nama Syed Faizal sememangnya terkenal di kalangan golongan diraja sosialit juga selebriti terkenal. Khidmatnya juga telah digunakan pada hari bahagia Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar yang disatukan bersama Dayang Syafiqah Nigmatullah Binti Amraan yang merupakan kerabat Diraja Brunei.Bagi Syed Faizal, sesuatu solekan itu perlu berlandaskan pada cantik, segar dan kekal diterima.

Kelebihan

  • Mempunyai produknya tersendiri
  • Terkenal di Malaysia
  • Menjadi jurusolek artis terkenal malah kerabat Diraja
  • Terkenal dengan solekan segar dan kekal diterima

Kekurangan

  • ‘Most wanted’, perlu booking lebih awal
  • Charge mungkin agak mahal kerana beliau seorang yang berpengalaman

Instagram : https://www.instagram.com/syedfaizalsyednoh/?hl=en

Razi Musa

Razi Musa
Nama yang sedang meningkat naik, Razi Musa juga mempunyai sentuhannya tersendiri dalam solekan terutama solekan pengantin. Baginya, yang terindah apabila dapat melihat pengantin melangkah keluar dengan wajah berseri manis dalam solekan yang masih dalam ‘wajahnya’. Ini bermakna solekan yang dikenakan tidak terlalu tebal namun masih ternampak elegan.Antara selebriti terkenal Malaysia yang sering mendapatkan khidmatnya adalah Nana Mahazan, Ifa Raziah dan Dayang Nurfaizah.

Kelebihan

  • Pernah viral dengan solekan YouTuber Sugu Pavitra
  • Terkenal di Malaysia
  • Solekan urban dan versatil

Kekurangan

  • ‘Most wanted’, perlu booking lebih awal
  • Charge mungkin agak mahal kerana beliau seorang yang berpengalaman

Instagram : https://www.instagram.com/razzimusa/?hl=en

Bosco Ryzal

Bosco Ryzal
Dengan jumlah pengikut melebihi angka 90 ribu di instagram, tiada alasan mengapa Bosco tidak patut berada di dalam senarai ini. Setiap solekan Bosco sungguh unik dan menaikkan lagi seri wajah seseorang itu. JIka dilihat wajah Nabila Huda sering memeriahkan koleksi solekan Bosco malah Bosco juga dipilih Nabila untuk menata riasnya di hari perkahwinan. Selain itu, Shery Alhadad, terbaru Aina Abdul juga menggunakan khidmatnya. Solekan ‘Smokey’ hanya dalam 30 minit berjaya dilakukannya untuk penyanyi Aina Abdul pada malam pertama A Night with Aina Abdul 2.0 di Istana Budaya baru-baru ini.

Kelebihan

  • Solekan unik berseni
  • Sering menjadi pilihan selebriti terkenal
  • Terkenal di Malaysia
  • Barangan digunakan dari brand ternama

Kekurangan

  • ‘Most wanted’, perlu booking lebih awal
  • Charge mungkin agak mahal kerana beliau seorang yang berpengalaman

Instagram : https://www.instagram.com/boscoryzal/

Khas untuk bakal pengantin, penting untuk anda tahu serba sedikit mengenai dunia solekan seperti trend solekan terkini dan kaji terlebih dahulu hasil kerja jurusolek yang anda mahukan. Setiap jurusolek mempunyai kelebihan dan sentuhannya tersendiri dalam berkarya dengan solekan. Pastikan anda berbincang terlebih dahulu jenis solekan atau ‘looks’ yang anda mahukan dan percayalah dengan hasil tangan mereka. Anda harus merasakan diri anda cantik agar kelihatan lebih cantik.

Elakkan menempah jurusolek ‘last minit’ kerana kebanyakkan mereka yang terkenal ini mempunyai jadual yang padat. Ada yang sanggup booking setahun awal agar tidak mahu terlepas sentuhan magis jurusolek terkenal ini.



Related posts