Upgrade Kenderaan Anda! Ini Kereta Keluaran Terkini Terdapat Di Malaysia
Selang beberapa bulan, pasti ada sahaja model kenderaan baharu di pasaran sama ada yang mewah mahu pun mampu milik. Situasi itu sedikit sebanyak situasi ini pasti mendorong anda untuk bertukar kereta. Apatah lagi jika kenderaan sedia ada sudah uzur atau sering rosak. Tidak lama lagi pula sudah menjelang raya, mungkin ramai yang sudah pasang impian untuk balik beraya di kampung sambil pandu kereta baru.
Selalunya, pengedar dan pelbagai jenama kenderaan akan menjalankan promosi istimewa apabila musim perayaan kian hampir. Antara sambutan perayaan yang dipenuhi dengan promosi dari pengedar kereta termasuklah Hari Raya, Tahun Baharu Cina, dan juga Hari Kemerdekaan. Jualan musim perayaan ini akan menawarkan diskaun untuk menarik perhatian pembeli, dan sememangnya berbaloi terutama sekali jika anda berminat untuk upgrade kenderaan baru. Anda boleh penuhi impian raya anda dengan tukar kenderaan anda dengan pilihan 5 kereta keluaran terkini yang terdapat di Malaysia hari ini. Jom semak!
Mazda CX-30
Mazda CX-30 diserlahkan dengan konsep rekaan premium ditawarkan dengan empat varian iaitu Mazda CX-30 Skyactiv-G 2WD, 2.0 High, 2.0 High, dan 1.8 High. Mazda CX-30 kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover dilengkapi lima tempat duduk manakala untuk pemandu, ia dilengkapi kerusi larasan elektrik 10 ketetapan. Memiliki ruang but luas sehingga 430 liter membolehkan ia dimuatkan dengan bagasi dan pelbagai barangan keperluan menjadikan Mazda CX-30 antara kenderaan mesti dimiliki oleh pemandu berkeluarga.
Ia juga datang dengan sistem multimedia bersaiz 8.8 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Bagi perincian aspek keselamatan, Mazda CX-30 memiliki perlindungan menerusi tujuh beg udara termasuk di bahagian lutut pemandu. Ia turut dilengkapi Mazda i-Activsense termasuk sistem Driver Monitoring, Front Cross Traffic Alert (FCTA) dan Cruising & Traffic Support (CTS) – untuk kawalan kelajuan adaptif kelajuan rendah. Untuk kuasa, enjin 2.0 liter petrol menyalurkan kuasa maksimum 163hp pada 6,000rpm dan tork mencecah 213Nm pada 4,000rpm. Bagi enjin diesel 1.8 liter pula, ia mampu menjana kuasa sekitar 114hp dengan tork puncak 270Nm antara 1,600 sehingga 2,700rpm.
Kelebihan Mazda CX-30
- Papan Pemuka dengan skrin infotainmen bersaiz 8.8 inci
- Ruang dalam selesa untuk empat hingga lima penumpang
- Dua pilihan enjin petrol dan diesel
- Tampil rekaan belakang sporty
Kekurangan Mazda CX-30
- Tiada pilihan Hibrid
Spesifikasi Mazda CX-30
Pasaran | https://mazda.com.my/vehicles/mazdacx30 |
---|---|
Enjin | 2000cc enjin 2.0 liter |
Warna | Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Platinum Quartz, Polymetal Gray, Jet Black |
Harga | Bermula RM127,000.00 – RM155,000.00 |
BYD ATTO 3
BYD ATTO 3, kenderaan elektrik (EV) jenis utiliti sukan (SUV) direka khas sebagai EV berprestasi tinggi, memberikan kepintaran, kecekapan & keselamatan dan estetika yang tiada tandingan. BYD ATTO 3 ditawarkan dengan dua varian iaitu Standard Range dan Extended Range dengan jarak capaian masing-masing ialah 410 kilometer (km) serta 480km untuk satu pengecasan penuh. BYD ATTO 3 dijana dengan bateri BYD Blade berkapasiti 49.92 kWh atau 60.48 kWh yang menawarkan 203 kuasa kuda (hp) dan tork 310Nm menerusi motor elektrik ‘Permanent Magnet Synchronous’. Selain rekaan dengan ciri futuristik pada bahagian luaran, BYD ATTO 3 juga dilengkapi lampu utama LED dengan fungsi ‘follow me home’.
Ia juga didatangkan dengan lampu LED merentasi pintu pada bahagian belakang. BYD ATTO 3 dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17 dan 18 inci (mengikut varian). Ruang dalaman pula tampil unik dan berbeza dengan sistem infotainmen skrin sesentuh bersaiz 12.8 incinya boleh ditukar kedudukan sama ada menegak atau melintang, mengikut kesesuaian pengguna. Tempat duduknya dibaluti kulit sintetik, bumbung panorama selain roda stereng bersama pelbagai butang fungsi. Antara ciri keselamatan BYD ATTO 3 membabitkan beg keselamatan, Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD), Sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB) dan banyak lagi.
Kelebihan BYD ATTO 3
- Dibina di atas e-platform 3.0 termaju
- Dijana dengan bateri BYD Blade
- Tempat duduknya dibaluti kulit sintetik
- Dianugerahkan penarafan keselamatan 5 bintang oleh Euro NCAP
Kekurangan BYD ATTO 3
- Ruang kepala belakang agak tegak
Spesifikasi BYD ATTO 3
Pasaran | https://byd.simedarbymotors.my/atto-3 |
---|---|
Bateri | BYD Blade berkapasiti 49.92 kWh atau 60.48 kWh |
Warna | Parkour Red, Surf Blue, Forest Green, Boulder Grey, Ski White |
Harga | Bermula RM149,800.00 – RM167,800.00 |
Hyundai Staria
Hyundai Staria, kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan 10 tempat duduk hadir dengan tiga varian berbeza iaitu Lite, Plus dan Max. Ia cukup besar dan luas dengan susun atur 2-3-2-3. Hyundai Staria sesuai buat anda yang memiliki keluarga besar serta keperluan mobiliti untuk perniagaan. Ia bukan sahaja untuk membawa penumpang, malah dengan kabin yang fleksibel, ia memudahkan keperluan gaya hidup. Dengan transmisi lapan kelajuan automatik, Hyundai Staria dikuasakan enjin 2.2 CRDi pengecas turbo sejukan udara diesel yang menawarkan kuasa 177PS dan tork 431Nm. Untuk kabin pula, ia didatangkan dengan sistem kokpit kluster meter bersaiz 10.25 inci dan sistem infotainmen bersaiz lapan inci pada konsol tengah. Varian Max dilengkapi kamera pemandangan sekitar 360 darjah, pintu kargo belakang elektrik dan kerusi balutan kulit Nappa. Untuk keselesaan keseluruhan penumpang, ia dilengkapi salur penyaman udara pada bumbung. Bagi varian Plus dan Max, dilengkapi pintu gelongsor elektrik. Sistem keselamatannya pula dilengkapi enam beg keselamatan, ABS, ESC, VSM, EBD, TCS, Kawalan Bantuan Mula-Bukit (HAC) dan Isofix.
Kelebihan Hyundai Staria
- Ruang kabin luas dan praktikal
- Enjin 2.2 turbo diesel
- Kerusi penumpang selesa susun atur 2-3-2-3
- Papan pemuka ciri teknologi
Kekurangan Hyundai Staria
- Bentuk agak aneh tetapi unik
Spesifikasi Hyundai Staria
Pasaran | https://www.hyundai.com.my/showroom/staria/ |
---|---|
Enjin | 2199 cc/ 2.2 CRDi Diesel |
Warna | Abyss Black Pearl, Cream White, Shimmering Silver Metallic, Moonlight Blue Pearl, Graphite Grey Metallic |
Harga | Bermula RM179,889 – RM366,768.00 |
Proton Exora 2023
Proton Exora 2023 kenderaan pelbagai guna (MPV) tujuh tempat duduk ditawarkan dalam lima warna pilihan iaitu Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red dan Cocoa Grey. Kemas kini terbaharu Proton Exora 2023 telah dihasilkan dengan lebih baik untuk semua pemandu dan juga penumpang menampilkan tempat duduk kulit yang luas dengan setiap barisan dilengkapi penyaman udara individu bagi penyejukan optimum dengan penapis kabin N95. Dari segi keselamatan, Proton Exora 2023 dilengkapi dengan dua beg udara SRS hadapan, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Pengagihan Brek Elektronik (EBD), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS). Hadir dengan dua varian iaitu 1.6T Executive CVT, Proton Exora 2023 mempunyai reka bentuk luar biasa, ruang yang besar, kepintaran luar biasa dan prestasi menakjubkan. Untuk menyerlahkan penampilan sporty, ia dilengkapi dengan lampu LED cahaya siang, roda aloi 16 inci dalam kemasan dwi-tona, skirting sisi dan spoiler belakang.
Kelebihan Proton Exora 2023
- Kabin yang luas dengan tujuh tempat duduk kulit
- Setiap barisan tempat duduk dilengkapi dengan penghawa dingin
- Sistem infotainment dengan monitor skrin sentuh tujun inci
- Miliki kamera undur dan sensor parkir belakang
Kekurangan Proton Exora 2023
- Stereng agak berat
Spesifikasi Proton Exora 2023
Pasaran | https://www.proton.com/en/find-a-car/exora |
---|---|
Enjin | 1600cc |
Warna | Snow White, Indiana Grey, Rosewood Maroon, Ruby Red, Cocoa Grey |
Harga | Bermula RM62,800 – RM69,800.00 |
Toyota Vios Serba Baharu (Generasi Keempat)
Toyota Vios Serba Baharu (Generasi Keempat) baru sahaja di buka untuk tempahan pada Februari 2023 lalu, dipertingkatkan dengan prestasi lebih baik, pecutan pantas dan teknologi baharu. Jika anda ingin menjadi individu terawal memandu kereta ini di atas jalan raya, ini lah masa sesuai untuk membuat tempahan segera. Model Vios terbaru ini menawarkan dua varian iaitu 1.5 E (AT) dan 1.5 G (AT) menampilkan rekaan lebih berkuasa dengan bayangan fastback. Toyota Vios Serba Baharu tampil dengan ciri bonet lebih panjang, kabin lebih selesa serta dimensi lebih rendah bagi menyerlahkan ciri seakan sedan mewah. Generasi keempat ini juga didatangkan dengan enjin 1.5 liter DOHC Dwi-VVTI serta transmisi 7-kelajuan CVT dengan Sequential Shiftmatic. Ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) juga dilengkapi pada model ini dengan lima pilihan warna iaitu Silver Metallic, Nebula Blue Metallic, Attitude Black Mica, Platinum White Pearl Mica termasuk warna baharu Spicy Scarlet.
Kelebihan Toyota Vios Serba Baharu (Generasi Keempat)
- Jaminan lima tahun dan perbatuan tanpa had
- Perkhidmatan 24SEVEN Road Assist dan langganan percuma selama tiga tahun
- Terdapat pilihan 2 varian 1.5 E (AT) dan 1.5 G (AT)
- Dilengkapi ciri keselamatan Toyota Safety Sense (TSS)
Kekurangan Toyota Vios Serba Baharu (Generasi Keempat)
- Penjimatan bahan api tidak cemerlang
Spesifikasi Toyota Vios Serba Baharu (Generasi Keempat)
Pasaran | https://www.toyota.com.my/en/models/vios.html |
---|---|
Enjin | 1500cc |
Warna | Spicy Scarlet, Silver Metallic, Nebula Blue Metallic, Attitude Black Mica, Platinum White Pearl Mica |
Harga | Bermula RM89,600.00 – RM95,500.00 |
Kelulusan pinjaman bank serta merta untuk upgrade kenderaan baru tidak bermaksud anda memiliki kemampuan kewangan. Gunakan panduan berikut iaitu harga kereta tidak lebih gaji setahun dan ansuran tidak lebih 15 peratus daripada gaji bersih agar anda masih mampu menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada gaji bersih. Pastikan tempoh pinjaman tidak lebih lima tahun kerana kajian menunjukkan purata pengguna kereta di Malaysia menukar kereta baharu adalah setiap lima tahun sekali.
Sebelum membuat sebarang keputusan untuk upgrade kenderaan, pelbagai perkara harus dititikberatkan. Selalunya keluasan, praktikal dan keselesaan sering menjadi antara faktor utama sebelum membeli sesebuah kenderaan. Jangan lupa juga fikirkan untuk jangka masa lama, adakah jenis kendereaan tersebut masih selesa untuk akan datang dan lokasi kegunaan kenderaan atau adakah alat ganti mudah untuk di cari dan servis mesra dengan bajet yang dimiliki.