Cepat dan Mudah! Ini 10 Jenama Tisu Pembersih Muka Bagus Untuk Kulit Wajah

Cepat dan Mudah! Ini 10 Jenama Tisu Pembersih Muka Bagus Untuk Kulit Wajah
Kesihatan dan kecantikan


Perasan tak, kadang-kala membersihkan wajah dengan pencuci muka semata-mata tidak cukup untuk menyingkirkan kekotoran yang ada pada wajah. Yelah, sesetengah kita menggunakan lapisan foundation yang tebal untuk mendapatkan ‘coverage’ yang penuh, atau maskara kalis air untuk ketahan solekan berpanjangan. Jadi, proses untuk membersihkan wajah pun kenalah berperingkat. Anda mungkin memerlukan tisu pembersih muka untuk menanggalkan bahan kosmetik sebelum mencucinya menggunakan pencuci muka.

Sama seperti memilih pencuci muka sesuai, pemilihan tisu pembersih muka juga penting agar kulit anda tidak mengalami iritasi. Jom kita lihat beberapa jenama tisu pembersih muka terbaik untuk kulit wajah anda!

Produk 1: Biore Cleansing wipes

Biore Cleansing wipes

Tisu pembersih muka jenama Biore dikatakan jenama nombor satu di Jepun. Menariknya, produk ini mampu membersihkan dan menyegarkan semula kulit wajah yang tidak bermaya. Ia membersihkan wajah secara mendalam dengan menyingkirkan kesan minyak serta sisa-sisa solekan. Teknologi kawalan sebumnya menyegarkan kulit wajah sekaligus membuatkan kulit tampak cerah dan berseri.

Kelebihan

  • Terdapat pek kecil sesuai untuk kegunaan travel
  • Mampu membersihkan solekan maskara dengan mudah
  • Terkenal di Jepun
  • Mudah didapati
  • Bauan aqua floral yang segar

Kekurangan

  • Mengandungi bahan pewangi sintetik

Spesifikasi

Kandungan Water, Isododecane, Butylene Glycol, Ppg-9 Diglyceryl Ether, Dicaprylyl Ether, Hydroxyethylcellulose, Fragrance, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Peg-12 Laurate, Potassium Hydroxide, Sodium Hyaluronate, Phenoxyethanol, Methylparaben.
Jumlah helaian : Travel pack (10 helai)
Harga : RM 5 – RM7.90

Produk 2: Clean & Clear

Clean & Clear

Jenama ini sudah bertahun bertapak di Malaysia. Dan produk tisu pembersih muka ini pastinya antara yang dicari penggunanya. Ia dikatakan mampu menghilangkan bekas minyak dan kotoran tanpa mengeringkan kulit anda. Formula lembut yang terkandung pada produk ini juga selamat digunakan di sekitar mata yang agak sensitif.

Kelebihan

  • Bebas minyak
  • Lembut pada kulit sensitif
  • Berkesan untuk solekan kalis air
  • Bebas paraben
  • Diuji oleh pakar mata

Kekurangan

  • Bergantung kesesuaian kulit individu.
  • Sukar didapati

Spesifikasi

Kandungan Water, Chyclopentasiloxane, Isononyl Isononanoate, Isostearyl Palmitate, Pentaerythrityl Tetraethylhexanoate, Cetyl Ethylhexanoate, Hexylene Glycol, PEG-6 Caprylic/capric Glycerides, Phenoxyethanol, Sucrose Cocoate Carborner, PEG-4 Laurate, Fragrance, Benzoic Acid, Sodium Hydroxide, Dehydroacetic Acid, Iodopropynyl Butylcarbamate, Ethylhexyglycerin, Polyaminopropyl Biguanide.
Jumlah helaian : 25
Harga : RM 20++

Produk 3: Himalaya Purifying Neem Facial Wipes

Himalaya Purifying Neem Facial Wipes

Produk ini menggunakan kebaikan neem dan kunyit sebagai agen pembersihan wajah. Setiap helaian tisu pembersih wajah ini mampu membantu menjaga kulit anda sentiasa bersih dan segar daripada pencemaran dan habuk. Bahan istimewa Neem mampu melawan bakteria dan mencegah jerawat yang merosak kulit.

Kelebihan

  • Bebas alkohol
  • Sesuai untuk kulit berminyak
  • Berkesan untuk solekan kalis air
  • Tanpa pewarna tiruan
  • Bebas paraben

Kekurangan

  • Kurang sesuai untuk kulit kering

Spesifikasi

Kandungan Aqua, Glycerin, Polysorbate20, Phenoxyethanol, S Cocamidopropyl PG-Dimonium Chloride Phosphate, Chlorhexidine Dig, Sodium Benzoate, Parfum, Coco Caprylate/Caprate, Ethylhexylglycerin Azadirachta Leaf Extract, Curcuma Longa Rhizome Extract.
Jumlah helaian : 25
Harga : RM 14++

Produk 4: NEUTROGENA Makeup Remover Cleansing Towelettes

NEUTROGENA Makeup Remover Cleansing Towelettes

Antara kawasan paling susah untuk dibersihkan adalah kawasan mata kerana ia dikategorikan sebagai kawasan yang sensitif. Jika bahan yang digunakan tidak bersesuaian, ia mampu memberi kesan tidak baik kepada mata anda. Tisu pembersih wajah ini dikatakan mampu menanggalkan kesan degil tanpa sisa termasuk mascara kalis air.

Kelebihan

  • Membersih sehingga 99.3% solekan untuk area sensitif
  • Pembungkusan sesuai untuk travel
  • Tidak mengeringkan
  • Mudah untuk didapati

Kekurangan

  • Harga mahal

Spesifikasi

Kandungan: Water, Isononyl Isononanoate, Pentaerythrityl Tetraethylhexanoate, Cetyl Ethylhexanoate, Isostearyl Palmitate, Cyclopentasiloxane, Hexylene Glycol, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, Phenoxyethanol, Fragrance, Sucrose Cocoate, Carbomer, PEG-4 Laurate, Sodium Hydroxide, Benzoic Acid, Dehydroacetic Acid, Iodopropynyl Butylcarbamate, Glycerin, Ethylhexylglycerin, Polyaminopropyl Biguanide, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Cucumis Sativus (Cucumber) Fruit Extract.
Jumlah helaian : 25
Harga : RM 49.90

Produk 5: Cle DE PEAU, Eye and Lip Makeup Remover Towelettes

Cle DE PEAU, Eye and Lip Makeup Remover Towelettes

Formula Enriched Oil Cleansing yang ada pada produk ini mampu membantu menghilangkan bahan tercemar daripada udara sekeliling yang melekat pada kulit wajah. Ia mengandungi minyak argan dengan manfaat melembutkan kulit. Bio-Evening Primrose Oil and water-holding oil pula berfungsi mengekalkan kelembapan di kawasan mata dan bibir.

Kebaikan

  • Mampu memperbaiki dan melembabkan kulit
  • Melindungi bulu mata
  • Memberi kelembapan terbaik pada kawasan mata dan bibir
  • Bau mawar dan signature orkid yang jarang ditemui
  • Diuji secara dermatelogi

Kekurangan

  • Harga terlalu mahal
  • Tidak terdapat di farmasi atau drugstore biasa

Spesifikasi

Kandungan CYCLOMETHICONE・MINERAL OIL(PARAFFINUM LIQUIDUM/HUILE MINERALE)・C13-14 ISOPARAFFIN・DIMETHICONE・ARGANIA SPINOSA KERNEL OIL・PHYTOSTERYL/OCTYLDODECYL LAUROYL GLUTAMATE・TOCOPHEROL・MORTIERELLA OIL(HUILE DE MORTIERELLA)・FRAGRANCE (PARFUM)・CAMELLIA JAPONICA SEED OIL・LIMONENE・
Jumlah helaian : 50
Harga : RM 188 ++

Produk 6: L’Oreal Paris

L'Oreal Paris

Sama seperti tuala wajah lain, ianya juga berfungsi untuk membersihkan kulit daripada kotoran. Kelebihannya adalah ianya ultra lembut dalam menghilangkan semua kesan solek, maskara, dan juga alat solek yang tahan lama tanpa merosakkan kulit. Produk ini disertakan dengan ekstrak anggur dan vitamin E untuk menyuburkan kulit anda sambil membersihkannya.

Kelebihan

  • Berkesan pada solek kalis air
  • Tidak mengeringkan
  • Beberapa pilihan bergantung kulit wajah
  • Bebas alkohol
  • Diuji pakar dermatologi
  • Diuji oleh pakar mata

Keburukan

  • Mahal
  • Mengandungi parabens

Spesifikasi

Kandungan Vitamin E, 690057/4 AQUA/WATER • GLYCERIN • ISOPRO- PYL PALMITATE • PENTYLENE GLYCOL • PEG- 100 STEARATE • GLYCERYL STEARATE • CETYL ALCOHOL • CARBOMER • TRIETHANOLAMINE • DISODIUM EDTA • PANTHENOL • DISODIUM COCOAMPHODIACETATE • XANTHAN GUM • METHYLPARABEN • QUATERNIUM-15 • PARFUM/FRAGRANCE • HEXYL CINNAMAL • LINALOOL • BUTYLPHENYL METHYLPROPIONAL• LIMONENE • F.I.L. # B11353/1
Jumlah helaian : 25
Harga : RM 20++

Produk 7 : NIVEA Face Cleanser (Pure) Cleansing Wipes

NIVEA Face Cleanser (Pure) Cleansing Wipes

Istimewa produk ini adalah kandungan vitamin E dan Provitamin B5 yang memberi kelembapan berpanjangan pada kulit muka. Jika anda mempunyai jenis kulit yang kering, tisu pembersih wajah ini adalah untuk anda. Sesuai juga digunakan untuk menanggalkan mekap mata, bibir dan semestinya seluruh wajah.

Kelebihan

  • Melembabkan kulit wajah
  • Mudah menanggalkan solekan
  • Sesuai untuk kegunaan harian
  • Harga mampu milik
  • Tidak mengandungi alkohol

Kekurangan

  • Pembungkusan perlu ditutup kemas untuk elak tisu daripada mengering

Spesifikasi

Kandungan Aqua, Isopropyl Stearate, Methylpropanediol, Panthenol, Tocopheryl Acetate, Vitis Vinifera Seed Oil, Glycerin, Glyceryl Glucoside, Sodium Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, VP/Hexadecene Copolymer, Ethylhexylglycerin, Methylparaben, Phenoxyethanol
Jumlah helaian : 25
Harga : RM 15

Produk 8 : Simple Cleansing Facial Wipes

Simple Cleansing Facial Wipes

Sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak, tisu pembersih wajah jenama Simple sangat sesuai digunakan. Ia terdiri daripada gabungan sempurna dari pembersih yang mampu melembutkan kulit muka dan Zinc PCA bertujuan untuk menyegarkan kulit wajah juga mengawal kandungan minyak dan sebum berlebihan.

Kelebihan

  • Sesuai untuk yang berkulit sensitif
  • Mengawal minyak
  • Mampu membersihkan maskara kalis air
  • Mengandungi vitamin pro-vitamin B5
  • Tidak mengandungi alkohol
  • Tiada pewangi tambahan
  • Tiada kandungan minyak

Kekurangan

  • Megandungi paraben

Spesifikasi

Kandungan Aqua, Cetearyl Isononanoate, Panthenol, Ceteareth-20, Cetearyl Alcohol, Phenoxyethanol, Methylparaben, Glycerin, Glyceryl Stearate, Disodium EDTA, Ceteareth-12, 2-Bromo-2-Nitropropane-1, 3-Diol, Propylparaben, Sodium Citrate, Pantolactone, Citric Acid.
Jumlah helaian : 25
Harga : RM 16.63

Produk 9: Body Shop Tea Tree Facial Wipes

Body Shop Tea Tree Facial Wipes
Tisu pembersih muka jenama Body Shop ini diperkaya dengan minyak Tea Tree, kandungan Vitamin E yang pastinya sangat baik untuk kulit wajah. Anda bukan sahaja dapat membersihkan kulit wajah, namun dapat juga merawat kulit dalam pada sama yang sama. Ianya sungguh segar dan dikatakan mampu mengawat kandungan minyak pada wajah.

Kelebihan

  • Sangat sesuai untuk kulit yang berjerawat
  • Vegan
  • Biodegradasi
  • Bebas paraben
  • Bebas dari kekejaman

Keburukan

  • Mahal
  • Tidak berkesan pada solek kalis air

Spesifikasi

Kandungan Aqua (Solvent/Diluent), Sorbitan Laurate (Surfactant – Emulsifying Agent), Glycerin (Humectant), Phenoxyethanol (Preservative), Cyclopentasiloxane (Skin-Conditioning Agent/Emollient), Sodium Benzoate (Preservative), Melaleuca Alternifolia Leaf Oil (Natural Additive), Calophyllum Inophyllum Seed Oil (Skin Conditioning Agent), Potassium Sorbate (Preservative), Propylene Glycol (Humectant), Polyglyceryl-4 Laurate (Skin-Conditioning Agent), Citric Acid (pH Adjuster), Dilauryl Citrate (Skin-Conditioning Agent), Dimethiconol (Skin/Hair Conditioning Agent), Limonene (Natural Additive), Ethylhexyl Glycerin (Skin-Conditioning Agent), Laureth-23 (Emulsifier), Laureth-4 (Emulsifier/Surfactant), Steareth-100 (Surfactant), Steareth-2 (Emulsifier), Citral (Natural Additive), Leptospermum Petersonii Oil (Natural Additive), Tocopherol (Antioxidant).
Jumlah helaian : 25
Harga : RM 35- RM 39

Produk 10 : Silky Girl Just Wipe Makeup Cleansing Wipes

Silky Girl Just Wipe Makeup Cleansing Wipes
Namanya sahaja sudah mampu menarik perhatian pengguna. ‘Just wipe’ seakan sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang mudah dan cepat. Produk Silky Girl Just Wipe Makeup Cleansing Wipes ini didatangkan dengan bungkusan menarik berwarna pink. Ianya diperkaya dengan Aloe Vera dan ekstrak Chamomile untuk melembabkan dan menyegarkan wajah.

Kelebihan

  • Tekstur seakan ‘honeycomb’ pada tisu wajah ini mampu membersihkan dengan lebih berkesan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Bebas alcohol
  • Bebas pewangi

Kekurangan

  • Perlu dielakkan daripada terkena mata

Spesifikasi

Kandungan Aqua, Propylene Glycol, Cocamidopropyl Betaine, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Polysorbate 20, Aloe Barbadensis Leaf Juice, Chamomilla Recutita Flower Extract, Fucus Vesiculosus Extract, Sodium Benzoate, Potassium Sorbate, Polyaminopropyl Biguanide.
Jumlah helaian : 20
Harga : RM10- RM11

Pemilihan produk tisu pembersih wajah ini penting bagi mendapat kesan yang efektif pada kulit wajah. Jika permukaan kulit tidak dibersihkan dengan betul, masalah seperti pori tersumbat akan timbul sekaligus mampu memberi impak tidak baik pada wajah. Jadi, buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan kulit wajah anda.

Bukan semua produk ini sesuai untuk kulit wajah anda. Sebelum menggunakan sesuatu produk yang baru, lakukan patch test terlebih dahulu agar anda yakin produk tersebut tidak akan memberi kesan alergi pada wajah.



Related posts