5 Produk Teknologi & Gajet Pasti Buat Anda Kagum
Era teknologi moden hari ini sememangnya membuka landskap baharu dalam kehidupan seharian manusia. Pelbagai gajet dan peranti berteknologi wujud di pasaran hari ini dengan bermacam jenis fungsi dan kelebihan tersendiri. Perkembangan teknologi baharu ini telah membawa banyak kemajuan sebagai ilmu alat untuk manusia dalam membangunkan kehidupan dalam dunia moden. Dengan adanya kemajuan teknologi pada abad moden ini, ia menawarkan banyak kemudahan di celah kemajuan informasi dan komunikasi yang bersifat global membuatkan kita amat mudah untuk mendapatkan maklumat, tanpa perlu mengambil kira batas wilayah dan negara.
Tahun baru sudah membuka tirai, ada pelbagai produk berteknologi dan gajet canggih yang ada di pasaran. Ingin memiliki sesuatu produk atau gajet yang menarik untuk diri sendiri? Ini lima pilihan produk teknologi dan gajet pastinya buat anda kagum.
Nintendo Switch OLED
Nintendo Switch OLED adalah ahli terbaharu dalam keluarga generasi Switch. Memiliki fizikal sama seperti Switch asal, paparan pada Switch OLED telah diperbesar, daripada 6.2” kepada 7” pasti memberikan pengalaman lebih baik. Namun resolusinya tetap pada 720p sahaja semasa dalam mod handheld. Kualiti audio Nintendo Switch OLED turut ditambah baik. Kaki penyangga pada Nintendo Switch OLED lebih lebar dan nampak lebih tegap berbanding siri sebelum ini. Ia boleh disandarkan dalam beberapa kedudukan untuk sudut pandang yang lebih baik. Sambungan Internet bukanlah isu besar yang dihadapi pemain masa ini di konsol Switch. Nintendo Switch OLED mempunyai port LAN dan menggunakan cip Tegra X1 varian Mariko mampu memenuhi keperluan penggunanya.
Kelebihan produk
- Ada port LAN
- Paparan sebesar 7”
- Kaki penyangga lebih lebar dan tegap
- Menggunakan cip Tegra X1 varian Mariko
Kekurangan produk
- Resolusinya 720p sama seperti siri lama
Spesifikasi produk
Warna | Hitam |
---|---|
Tempoh Jaminan | 1 Tahun |
Harga | RM1468.00 |
Google Pixel 6 Pro
Google Pixel 6 Pro tidak dijual secara rasmi di Malaysia. Pasaran terhampir untuk anda dapatkannya adalah Singapura ataupun jualan unit import dalam pasaran Malaysia. Paling menarik pada telefon pintar Google Pixel 6 Pro ini adalah pada cip Google Tensor, cip buatan sendiri yang menguasakan telefon ini. Di bahagian muka Pixel 6 Pro ada paparan OLED 6.71” QHD 120Hz. Atas papan utama, ia dikuasakan SoC buatan sendiri Google yang diberi nama Google Tensor. Cip ini mengandungi 8 teras pengkomputeran pelbagai frekuensi. Google Pixel 6 Pro memiliki RAM seluas 12GB manakala storan pula boleh dipilih sama ada 128, 256 ataupun 512GB. Google Pixel 6 Pro menggunakan konfigurasi trikamera belakang dan menerima sensor 50MP (kamera utama), 48MP (4x zum optikal), dan 12MP (ultralebar). Kamera selfie telefon ini diperkasa sensor 11.1MP. Google Pixel 6 Pro ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Stormy Black, Cloudy White dan Sorta Sunny.
Kelebihan produk
- Memiliki cip Google Tensor sendiri
- Ada 8 teras pengkomputeran pelbagai frekuensi
- RAM seluas 12GB
- Ada 3 warna pilihan
Kekurangan produk
- Sukar didapati di pasaran biasa
Spesifikasi produk
Warna | Stormy Black, Cloudy White, Sorta Sunny |
---|---|
Tempoh Jaminan | 1 Bulan |
Harga | RM3099.00 |
Apple AirTags
Apple AirTags satu peranti kecil berfungsi untuk melakukan kerja-kerja penjejakan. Apple AirTags yang bukan saja boleh memberi maklumat berhubung peta lokasi, malah menunjukkan arah serta jarak pengguna dengan barang atau perkakas yang hilang. Apple AirTag peranti paling pintar pernah dihasilkan hanya membuka aplikasi di peranti pintar, pengguna boleh melakukan carian dengan kadar persis lokasi 99.9 peratus bersama-sama dengan bantuan pandu arah serta jangkaan jarak pengguna dengan barang yang hilang.
Peranti Apple AirTags ini bukan saja alat penjejak malah ia memberi maklumat yang sangat komprehensif sekali gus memudahkan pengguna untuk melakukan carian. Bateri Apple AirTags ini juga mampu bertahan lebih setahun termasuk rekaan yang nipis dan ringan tidak memberi banyak masalah kepada pengguna. Padanan teknologi termaju yang digunakan Apple menerusi AirTags ini sangat membantu kehidupan pengguna hari ini dan pastinya ia memudahkan urusan harian.
Kelebihan produk
- Keputusan carian 99.9 peratus
- Bateri mampu bertahan lebih setahun
- Rekaan nipis dan ringan
- Memberi petunjuk peta dan arah
Kekurangan produk
- Menjadi sasaran produk tiruan
Spesifikasi produk
Warna | Putih |
---|---|
Tempoh Jaminan | 12 Bulan |
Harga | RM119.00 |
Acerpure Cool C2
Acer Malaysia telah memperkenalkan barisan produk Acepure iaitu unit penapis udara pintar sekali gus menjadikan ruang kediaman pengguna selesa dan bebas bakteria terampai. Acerpure Cool C2 dilengkapi dengan empat lapisan perlindungan yang mampu mengasingkan habuk, partikel PM1.0, bakteria, koronavirus (229E) dan Influenza A (H1N1). Acerpure Cool C2 didatangkan dengan empat dalam satu penapis HEPA sekali gus ia berupaya untuk menghapuskan 99 peratus bakteria terampai yang berada di udara. Empat lapisan penapis ini mempunyai peranan tersendiri seperti pra penapis berupaya untuk mengasingkan habuk serta bulu-bulu, manakala bagi penapis kedua akan menghapuskan bakteria yang berada di udara.
Kefungsian penapis ketiga pula adalah menghapuskan partikel PM2.5 dan PM1.0 yang mengakibatkan alergik dan lapisan keempat menghilangkan formaldehyde, gas dan bau. Produk berkenaan didatangkan dengan panel kawalan serta pengguna boleh mengawal kelajuan penapis udara berkenaan mengikut kesesuaian keadaan persekitaran. Tetapan juga boleh dilaksanakan hanya menerusi telefon pintar dan sebaik selesai, notifikasi akan dihantar kepada peranti pengguna.
Kelebihan produk
- Dilengkapi dengan empat lapisan perlindungan
- Menghapuskan 99 peratus bakteria
- Menghilangkan bau busuk dan hapak
- Didatangkan dengan panel kawalan
- Membenarkan tetapan menerusi telefon pintar
Kekurangan produk
- Stok di pasaran terhad
Spesifikasi produk
Warna | Putih |
---|---|
Tempoh Jaminan | 2 Tahun |
Harga | RM1399.00 |
Smart Self-Lit LG OLED G1
Pengeluar peranti elektronik terkemuka, LG Malaysia telah memperkenalkan beberapa generasi televisyen mereka di pasaran tempatan termasuk memperluaskan siri OLED. Siri LG OLED adalah siri televisyen paling popular di pasaran tempatan. Saiz televisyen berukuran 48 inci adalah pilihan kebanyakan ‘kaki games’ di pasaran negara ini kerana penawaran teknologi serta keupayaan skrin yang lebih baik. Smart Self-Lit LG OLED G1 dilengkapi dengan panel OLED serta OLED Evo sekali gus menawarkan pengalaman tontonan lebih baik kepada pengguna.
Produk ini dibangunkan dengan pelbagai variasi hiburan untuk keluarga di rumah dan ia dilengkapi dengan teknologi terkini serta mempraktikkan dua aspek penting iaitu kosmetik visual produk serta kefungsian kepada pengguna supaya mereka dapat menikmati suasana hiburan di rumah yang sebenar. Smart Self-Lit LG OLED G1 dilengkapi dengan panel skrin paling maju yang berada di pasaran dan adalah yang pertama mendapat pengiktirafan daripada syarikat pengeluar kad grafik terkemuka iaitu Nvidia GSYNC khusus untuk pengalaman permainan.
Kelebihan produk
- Dilengkapi dengan panel OLED serta OLED Evo
- Dibangunkan dengan pelbagai variasi hiburan
- Mendapat pengiktirafan daripada Nvidia GSYNC
- Mempunyai panel skrin paling maju
Kekurangan produk
- Harga tinggi di pasaran
Spesifikasi produk
Warna | Hitam |
---|---|
Tempoh Jaminan | 24 Bulan |
Harga | RM13,499.00 |
Dalam dunia teknologi yang semakin canggih, pelbagai peranti, produk elektrik serta gajet juga sudah tersedia dengan pelbagai ciri dalaman yang semakin pintar. Namun, pengguna yang taksub kepada ‘si pintar’ ini akan menyebabkan hubungan sesama manusia terjejas kerana kurangnya interaksi. Penggunaan yang berlebihan juga akan memudaratkan kesihatan akibat terlampau fokus dan tidak memperdulikan hal sekeliling. Setiap individu yang hidup dalam dunia berteknologi perlu tahu cara penggunaan setiap produk, peranti atau gajet yang betul agar tidak terpesong kepada cabang yang tidak baik. Teknologi seharusnya membantu manusia lebih maju dan bukannya lebih mundur.
Kesedaran tentang pengaruh gajet dan teknologi dalam kalangan masyarakat amat penting agar dapat menyedarkan masyarakat bahawa gajet dan teknologi bukan setakat memberi kesan negatif sahaja. Malah pada hari ini banyak kesan positif yang dikesan disebalik kewujudannya. Selain itu, tahap produktiviti penduduk dunia juga semakin meningkat jika gajet dan teknologi kekal membawa pengaruh yang baik pada masyarakat. Jom bertukar kepada produk teknologi dan gajet terkini!