Dapatkan Kulit Lebih Lembut & Anjal Dengan 5 Sabun Mandian Menghidrat Kulit Di Malaysia

Dapatkan Kulit Lebih Lembut & Anjal Dengan 5 Sabun Mandian Menghidrat Kulit Di Malaysia
Fesyen


Cuaca panas kering boleh menyebabkan kulit pada tubuh menjadi lebih mudah kering, kusam dan tidak bermaya. Selain faktor tidak mendapat air yang cukup, keadaan persekitaran turut memainkan peranan. Memburukkan lagi keadaan, jika seseorang itu sentiasa terdedah kepada pendingin hawa. Antara tanda kulit kering adalah terbentuk garis kedut halus, dan kulit tubuh rasa gatal, kaku serta kemerahan. Apabila keadaan ini dibiarkan terlalu lama, sel kulit akan mati hingga mengelupas seterusnya menjadi kusam. Jika dehidrasi terjadi, kerosakan kulit menjadi lebih parah sekiranya langkah pencegahan tidak diambil segera.

Namun, usah bimbang kerana masalah kulit kering dan tidak bermaya itu sebenarnya boleh diatasi dengan beberapa langkah mudah. Antaranya, pastikan rejim penjagaan kulit seperti biasa supaya kulit kekal sihat. Pilih sabun mandi harian atau cecair mandian menghidrat dengan pH seimbang yang sesuai dengan keadaan kulit masing-masing. Sebaiknya, elakkan sabun mandian yang sifatnya terlalu kuat dan boleh mengeringkan kulit anda. Untuk dapatkan kulit lebih lembut dan anjal, cuba guna 5 sabun mandian menghidrat yang ada di pasaran Malaysia ini.

Shokubutsu Natural Protection Body Wash Energize with Yuzu

Shokubutsu Natural Protection Body Wash Energize with Yuzu
Shokubutsu terkenal dengan rangkaian produk antibakterianya iaitu Natural Protection Body Wash yang diperbuat daripada 100 peratus bahan pembersih yang berasal daripada tumbuhan. Shokubutsu Natural Protection Body Wash Energize with Yuzu merupakan antara empat variasi bagi rangkaian Natural Protection Body Wash yang terdapat di pasaran. Shokubutsu Natural Protection Body Wash Energize with Yuzu terkenal dengan faedah anti-bakterianya, diperkaya dengan 100 peratus minyak shiso organik untuk membantu melindungi kulit daripada kuman tanpa menghilangkan mikrobiom kulit.
Mengandungi Yuzu untuk membantu memberikan manfaat menegangkan dan memberi tenaga. Ia hadir dengan penampilan reka bentuk botol terkini bagi memudahkan mereka yang kurang upaya dalam penglihatan, semua botol dilengkapi dengan kod braille. Shokubutsu Natural Protection Body Wash Energize with Yuzu juga dirumus untuk melindungi pengguna daripada 99.9 peratus kuman dengan bahan antibakteria semula jadi. Kanddungannya melindungi kulit daripada kuman tanpa menanggalkan mikrobiom kulit. Cecair pembersih badan ini juga telah diuji secara dermatologi sesuai untuk semua jenis kulit dan berupaya menghapuskan kuman secara berkesan.

Kelebihan Shokubutsu Natural Protection Body Wash Energize with Yuzu:

  • Membasmi 99.9 peratus kuman
  • Dihasilkan 100 peratus daripada bahan semulajadi seperti Minyak Shiso Organik
  • Bebas daripada paraben, pewarna sintetik dan mikroplastik
  • Botol mesra OKU penglihatan

Kekurangan Shokubutsu Natural Protection Body Wash Energize with Yuzu:

  • Tidak sesuai untuk bayi

Spesifikasi Shokubutsu Natural Protection Body Wash Energize with Yuzu:

Isipadu: 900g
Kandungan: NA
Harga: RM18.50

Dove Go Fresh White Peach X White Tea Body Wash

Dove Go Fresh White Peach X White Tea Body Wash
Dove telah berada di barisan hadapan penyelidikan dan penemuan baru teknologi mandian sejak jenama itu wujud pada 1975. Dove Go Fresh White Peach X White Tea Bodywash antara produk sabun mandian menghidrat kulit terbaik yang ada di pasaran Malaysia. Berbeza dengan mandian badan biasa, teknologi penghasilan Dove Go Fresh White Peach X White Tea Bodywash mengambil pendekatan berganda untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat, lembut dengan mengekalkan kandungan protein dan lipid ketika mandi. Teknologi NutriumMoisture™ meneruskan tradisi pengahasilan Dove Go Fresh White Peach X White Tea Bodywash dan ia telah terbukti secara klinikal.
Dirumus dengan prebiotik kulit tanpa sebarang campuran sulfat dan paraben, Dove Go Fresh White Peach X White Tea Bodywash dengan tekstur krim memberi kelembutan dan menghidrat dengan pantas mikrobiom kulit anda. Dove Go Fresh White Peach X White Tea Bodywash juga memiliki haruman yang menyegarkan daripada ekstrak bahan semulajadi menghasilkan kulit terhidrat sehingga 24 jam lamanya. Dove Go Fresh White Peach X White Tea Bodywash telah mengubah cara penjagaan kulit wanita dengan menyediakan alternatif pertama bagi sabun biasa dengan kurang memberikan kesan kekeringan terhadap kulit.

Kelebihan Dove Go Fresh White Peach X White Tea Body Wash:

  • Bebas paraben sesuai untuk kulit sensitif
  • Terbukti secara klinikal
  • Kulit badan berganda lebih licin dan lembut
  • Ton kulit lebih sekata
  • Kulit terhidrat sehingga 24 jam

Kekurangan Dove Go Fresh White Peach X White Tea Body Wash:

  • Tekstur berkrim sedikit melekit

Spesifikasi Dove Go Fresh White Peach X White Tea Body Wash:

Isipadu: 1L
Kandungan: Air, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Methyl Lauroyl Taurate, Sodium Cocoyl Isethionate, Gliserin, Sodium Chloride, Fragrance, Phenoxyethanol, Carbomer, Sodium Hydroxide, Coconut Acid, Sodium Benzoate, Citric Acid, Lauric Acid, Sodium Isethionate PG, Sodium Tetrathyonate ED, Sodium Tetrathyonate -7, Asid Stearik, PEG-150 Pentaerythrityl Tetrastearate, PEG-4 Dilaurate, PEG-4 Laurate, PPG-2 Hydroxyethyl Cocamide, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Trehalose, Iodopropynyl Butylcarbamate, PEG-4, Propylene Glycol, Leaflia Extract Jus Prunus Persica (Peach), Asid Laktik, Potassium Sorbate, CI 17200, CI 19140.
Harga: RM23.00

Johnson’s pH5.5 2 In 1 Body Wash

Johnson’s pH5.5 2 In 1 Body Wash
Johnson’s, jenama produk penjagaan diri dipercayai ramai individu di Malaysia sejak sekalian lama. Menyedari pentingnya penjagaan kulit yang selamat, Johnson’s membawakan sabun mandian yang dirumus khas untuk kegunaan dewasa iaitu Johnson’s pH5.5 2In1 Body Wash. Rangkaian Johnson’s pH5.5 2In1 Body Wash direka khas dengan bahan-bahan yang selamat untuk mengekalkan kulit yang anjal dan lembut sentiasa! Johnson’s pH5.5 2In1 Body Wash mempunyai pH seimbang, bertekstur sangat ringan dan lembut sesuai untuk mereka yang memiliki masalah kulit sensitif dan kering. Paras pH semula jadi kulit badan manusia adalah sekitar 4.5 hingga 5.5.
Nilai ini juga bergantung kepada skala asid kerana kulit adalah sistem pertahanan pertama yang menghalang segala jenis bakteria. Lapisan asid memberikan kuasa kepada kulit untuk melindungi kita daripada kuman, bakteria, angin dan pencemaran. Ia juga berfungsi mengekalkan kelembapan. Oleh itu, dengan mengambil langkah menjaga kulit menggunakan Johnson’s pH5.5 2In1 Body Wash bukan hanya untuk tujuan kecantikan semata-mata, sebaliknya bertujuan untuk mengekalkan nilai pH yang optimum. Setiap formula terkandung dalam sebotol Johnson’s pH5.5 2In1 Body Wash juga telah terbukti lembut secara klinikal oleh dermotologi.

Kelebihan Johnson’s pH5.5 2 In 1 Body Wash:

  • Mempunyai pH seimbang
  • Bertekstur sangat ringan dan lembut
  • Sesuai untuk mereka yang memiliki masalah kulit sensitif dan kering.
  • Terbukti secara klinikal oleh dermotologi

Kekurangan Johnson’s pH5.5 2 In 1 Body Wash:

  • Jauhi dari kanak-kanak

Spesifikasi Johnson’s pH5.5 2 In 1 Body Wash:

Isipadu: 750ml
Kandungan: Air, Sodium Laureth Sulfate, Gliserin, Sodium Cocoyl isethionate, Ammonium Lauryl Sulfate, Lauryl Betaine, Lauryl Glucoside, Sodium Chloride, Polyquaternium-39, Polyquaternium-7, Panthenol, Fragrance, Citric Acid, Sodium Citrate, Propylene Glycol, PEG-55 Glycol Oleate, Styrene/Acrylates Copolymer, Phnoxyethanol, Sodium Benzoate, Tetrasodium EDTA
Harga: RM17.68

KUNDAL Honey & Macadamia Pure Body Wash – White Musk

KUNDAL Honey & Macadamia Pure Body Wash – White Musk
KUNDAL jenama rangkaian penjagaan diri terlaris dari Korea menawarkan pengalaman mewah penjagaan tubuh dengan harga berpatutan. KUNDAL diasaskan pada 2016 menetapkan standard tinggi untuk kesemua produk dan mahu menjadi jenama yang tidak dapat dipisahkan daripada rutin harian pengguna. KUNDAL terkenal dengan rumusan bahan utama yang selamat seperti kacang macadamia dan madu semula jadi dengan khasiat kuasa menghidrat serta melembap.
KUNDAL Honey & Macadamia Pure Body Wash – White Musk merupakan rangkaian sabun mandian diri berkualiti tinggi meliputi penjagaan kulit serta pembasmi kuman. Mengandungi 23 ekstrak semulajadi yang berbeza, termasuk 42 peratus ekstrak daun aloe vera, KUNDAL Honey & Macadamia Pure Body Wash – White Musk juga telah dipatenkan bersama beauty tree CC, serta biomimetic fluid tears dengan berfungsi anti-penuaan. Formulasi tiga minyak sayuran seperti minyak kelapa, minyak biji Camellia japonica dan minyak biji Jojoba dalam sebotol KUNDAL Honey & Macadamia Pure Body Wash – White Musk pula berfungsi memberi keanjalan serta kelembutan pada kulit selepas mandi.

Kelebihan KUNDAL Honey & Macadamia Pure Body Wash – White Musk:

  • Membantu mengekalkan keseimbangan pH
  • Tanpa paraben, silikon, dan MIT/CMIT
  • Mengandungi 42 peratus ekstrak daun Aloe Vera
  • Kandungan 23 ekstrak semulajadi yang berbeza
  • Berbau harum. Memiliki wangian mewah

Kekurangan KUNDAL Honey & Macadamia Pure Body Wash – White Musk:

  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Spesifikasi KUNDAL Honey & Macadamia Pure Body Wash – White Musk:

Isipadu: 500ml
Kandungan: Jus Daun Aloe Barbadensis, Air, Natrium C14-16 Olefin Sulfonat, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Gliserin, Natrium Klorida, Propylene Glycol Laurate, Natrium Cocoyl Glutamat, Tea-Cocoyl Glutamat, Butylene Glycol, Betaine, Trehalose, Hydrogenated Hyatrinonate , Hydroxypropyl Methylcellulose, Arginine, Kalsium Karbonat, 1,2-Hexanediol, Caprylyl Glycol, Polyquaternium-10, Xanthan Gum, Asid Sitrik, Disodium EDTA, Ekstrak Madu, Ekstrak Biji Macadamia Ternifolia, Ekstrak Buah Leontopodium Alpinum (Anisellicium) , Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Ekstrak Buah Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Hamamelis Virginiana (Hazel Penyihir), Ekstrak Portulaca Oleracea, Ekstrak Centella Asiatica, Ekstrak Rosmarinus Officinalis (Rosemary), Ekstrak Inti Avena Sativa (Oat), Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Ekstrak Akar, Ekstrak Biji Adansonia Digitata, Ekstrak Daun Salvia Officinalis (Bijak), Ekstrak Buah Euterpe Oleracea, Ekstrak Buah Rubus Idaeus (Raspberi), Ekstrak Bunga Camellia Japonica, Ekstrak Mawar, Ekstrak Bunga Arnica Montana, Ekstrak Bunga Anthemis Nobilis, Buah Callicarpa Japonica Ekstrak, Ekstrak Cornus Controversa, Minyak Cocos Nucifera (Kelapa), Minyak Biji Camellia Japonica, Minyak Biji Simmondsia Chinensis (Jojoba), Pewangi
Harga: RM26.90

Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Beauty Moisturising

Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Beauty Moisturising
Follow Me telah menjadi jenama isi rumah selama 40 tahun di Malaysia dan mengekalkan kepercayaan pengguna sepanjang tempoh tersebut. Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Beauty Moisturising, sabun mandian badan yang dirumus khas yang membunuh 99.99 pertus bakteria berbahaya dan menghalang pertumbuhan bakteria supaya kulit anda terlindung daripada persekitaran yang tidak sihat. Diperkaya dengan susu beras dan rumusan unik keseimbangan pH 5.5, kuasa sebotol Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Beauty Moisturising mampu menjadikan kulit lebih lembap, lembut dan gebu.
Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Beauty Moisturising sesuai untuk kegunaan seisi keluarga dengan formulasi yang memberikan perlindungan berganda, menghidrat kulit kusam dan pada masa yang sama memberikan haruman menyegarkan setiap kali selepas mandi. Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Beauty Moisturising bebas daripada Paraben dan Triclosan merupakan sabun mandian yang ditawarkan dengan harga berpatutan dengan saiz botol yang besar.

Kelebihan Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Beauty Moisturising:

  • Membasmikan 99.99 peratus bakteria bahaya
  • pH5.5 yang seimbang
  • Bebas Paraben dan Triclosan
  • Sesuai untuk kegunaan seisi keluarga
  • Harga berpatutan

Kekurangan Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Beauty Moisturising:

  • Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Spesifikasi Follow Me Anti-Bacterial Body Wash Beauty Moisturising:

Isipadu: 1000ml
Kandungan:
Harga: RM14.03

Elak membeli produk sabun mandian yang salah. Kulit mungkin memberi tindak balas negatif sehingga menimbulkan pelbagai masalah yang menjejaskan keselesaan kalian sepanjang hari. Oleh itu, pemilihan produk mandian berkualiti diperlukan penjagaan kulit terhidrat yang rapi adalah penting untuk memelihara kesihatan kulit anda. Sentiasa semak kandungan barangan mandian anda dengan teliti bagi memastikan sumber penghasilan sabun mandian tersebut adalah sesuai untuk kulit masing-masing. Untuk lebih kepastian, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat daripada pakar kulit bertauliah.

Selain penggunaan sabun mandian menghidrat kulit, masalah kulit terhidrat boleh dikurangkan dengan menjauhkan diri daripada punca menyebabkan kulit kering seperti menghindari tempat panas atau sejuk yang ekstrem kurangkan bersolek ketika cuaca panas bagi membolehkan kulit berehat daripada bahan kimia dan mengelakkan kekeringan kulit. Selain itu pastikan minum air kosong yang mencukupi setiap hari kerana ia dapat menghidrat dan mengekalkan melembapkan kulit. Sebagai alternatif, buah-buahan segar seperti tembikai juga boleh diambil untuk menambah kandungan air dalam badan.



Related posts