Serlahkan Potensi Dan Bakat Anda Dengan 5 Pilihan Raket Badminton Berjenama Yang Terbaik Di Malaysia
Selain daripada bermain bola sepak, futsal, berbasikal, berjogging dan berenang, bermain badminton juga adalah salah satu pilihan sukan utama bagi rakyat Malaysia. Jika dilihat daripada trend semasa, ianya seakan menjadi satu hobi baru bagi rakyat Malaysia untuk bermain badminton pada waktu malam di gelanggang-gelanggang berbayar. Selepas seharian bergelumang dengan tugasan-tugasan di tempat kerja, selepas waktu kerja adalah masa yang paling sesuai untuk bermain badminton dan mengeluarkan peluh.
Dari segi prestasi atlet Malaysia dalam sukan badminton, ianya boleh dibanggakan kerana ada dikalangan pemain badminton negara yang berjaya bergelar pemain badminton nombor satu dunia. Disebabkan ini, lebih ramai rakyat Malaysia mula memberi perhatian dan berminat untuk bermain badminton. Maka ramailah yang mula mencari alatan dan akesori berkenaan sukan badminton di kedai-kedai sukan. Aksesori terpenting dalam sukan badminton sudah semestinya raket. Terdapat pelbagai jenis raket yang berada di pasaran dengan harga yang sangat berpatutan. Jadi khas buat anda yang ingin mengasah potensi anda dalam sukan badminton dan mencari-cari jenama raket badminton yang terbaik untuk dimiliki, di sini di senaraikan 5 pilihan raket badminton yang terbaik di Malaysia.
Serlahkan Potensi Dan Bakat Anda Dengan 5 Pilihan Raket Badminton Berjenama Yang Terbaik Di Malaysia 2023
LI-NING SMASH XP 80-IV BADMINTON RACQUET – GREY/GREEN – AYPQ178-5
Ringan, harga berpatutan dan berprestasi tinggi, raket ini sangat sesuai buat mereka yang baru mengenali sukan badminton. Mempunyai paduan dua warna iaitu hijau dan kelabu yang menonjolkan sisi-sisi elegan, Li-Ning Smash XP 80-IV ini diperbuat dengan menggunakan teknologi duraluminium terutama sekali di bahagian bingkai kepalanya. Material pada raket ini terdiri daripadai bingkai aloi dan juga aci komposit ringan yang mampu menyerap hentakan untuk memberi lebih kestabilan dan lebih tenaga kepada pemain. Rekaan bingkai aluminium pada raket ini secara efektifnya memperluaskan stringing area yang akan memberikan lebih pantulan apabila anda memukul bulu tangkis. Kualiti pada raket ini sangat bersesuaian untuk pemula dan anda pasti akan rasakan kelainannya berbanding dengan raket-raket dari jenama lain. Dengan harga cuma RM79, anda kini dapat memiliki sebuah raket yang terbukti berprestasi tinggi.
Kelebihan LI-NING SMASH XP 80-IV BADMINTON RACQUET – GREY/GREEN – AYPQ178-5:
- Teknologi duraluminium
- Rekaan bingkai bermaterialkan aluminium
- Stringing area yang lebih luas
- Harga yang murah dan mampu milik
Kekurangan LI-NING SMASH XP 80-IV BADMINTON RACQUET – GREY/GREEN – AYPQ178-5:
- Tiada pilihan warna lain
Info LI-NING SMASH XP 80-IV BADMINTON RACQUET – GREY/GREEN – AYPQ178-5:
Nama Raket: | LI-NING Smash XP 80-IV |
---|---|
Jenama: | LI-NING |
Material: | Aluminium |
Harga: | RM79.00 |
Pautan: | https://www.lining.my/SalePage/Index/266545 |
Yonex ASTROX 100ZZ
Sebagai salah sebuah jenama raket yang sangat terkenal, Yonex tidak pernah ketinggalan dalam menghasilkan raket-raket yang berkualiti. Direka dengan aci yang nipis dan menggunakan teknologi rotational generator system, raket ini dikategorikan khas buat mereka yang serius dan lebih profesional dalam permainan badminton. ASTROX 100 ini mampu memberikan refleks terhadap pertukaran gaya permainan dengan lebih cepat melalui penerapan teknologi pembahagian berat pada batang, bingkai dan keseluruhan raket. Teknologi yang dinamakan Rotational Generator System ini membahagikan berat daripada pemegang sehinggalah ke bingkai dengan sangat sempurna untuk prestasi dan momentum yang lebih tinggi lebih-lebih lagi dalam keadaan berbalas serangan dengan pihak lawan. Selain itu, batang pada raket ini diperbuat daripada material grafit berkualiti tinggi, ia mengurangkan rintangan angin dan lebih fleksibel serta lebih cepat merespon terhadap pukulan pihak lawan. Kualiti sebegini dengan anggaran harga dari RM159 ke RM179, ianya sangat berbaloi untuk anda miliki sekiranya anda ingin lebih serius dalam sukan ini.
Kelebihan Yonex ASTROX 100ZZ:
- Rotational Generator System
- Batang raket dari material grafit berkualiti tinggi
- Raket gred pemain profesional
- Jenama yang ikonik dengan badminton
- Harga mampu milik
Kekurangan Yonex ASTROX 100ZZ:
- Gred profesional, kurang sesuai untuk kegunaan pemula
Info Yonex ASTROX 100ZZ:
Nama Raket: | Yonex ASTROX 100ZZ |
---|---|
Jenama: | YONEX |
Material: | Grafit |
Harga: | RM159.00 – RM179.00 |
Yonex ASTROX 99 PRO
Yonex ASTROX 99 PRO, sebuah raket yang mampu membantu anda membuat serangan berbahaya melalui smash dan hantaran berbahaya. Raket ini ialah sebuah rekaan raket yang berteknologi tinggi. Direka untuk permainan yang agresif, raket ini dicipta untuk mendominasi setiap perlawanan. Ia mempunyai kestabilan menyeluruh melalui Rotational Generator System yang membahagikan keberatan raket dari pemegang hingga ke bingkai kepalanya untuk kawalan maksimum. Menggunakan material grafit berkualiti tinggi iaitu NAMD, ia membantu meningkatkan tahap fleksibiliti raket ini untuk tindakan refleks yang cepat. Bingkai kepala raket yang berbentuk ISOMETRIC pula di telah ditambahbaik dengan meluaskan lagi sweet spot sebanyak 2.9% untuk lebih mudah menyambut smash dan hantaran dari pihak lawan. Batang atau aci pada raket ini pula dicipta lebih nipis daripada raket konvensional biasa, ia digelar EXTRA SLIM SHAFT, untuk memudahkan anda melibas raket ini serta fleksibiliti luar biasa.
Kelebihan Yonex ASTROX 99 PRO:
- Rotational Generator System
- Material grafit berkualiti tinggi NAMD
- Raket gred pemain profesional
- Jenama yang ikonik dengan badminton
- Bingkai kepala raket yang lebih ISOMETRIC
- Sweet Spot yang lebih luas
Kekurangan Yonex ASTROX 99 PRO
- Harga yang mahal
- Gred profesional, kurang sesuai untuk kegunaan pemula
Info Yonex ASTROX 99 PRO:
Nama Raket: | Yonex ASTROX 99 Pro |
---|---|
Jenama: | YONEX |
Material: | NAMD Grafit |
Harga: | RM 709.00 |
Pautan: | https://www.zalora.com.my/yonex-yonex-astrox-99-pro-white-3020030.html |
VICTOR Thruster TK- RYUGA D
Victor Thruster TK-Ryuga D adalah sebuah raket yang menggambarkan definisi juara, lebih-lebih lagi ia digunakan oleh salah seorang sensasi badminton negara iaitu Lee Zii Jia. DIbuat dengan material baru yang dikenali HME atau High Modulus Extreme, ia merupakan sebuah material hybrid yang meningkatkan ketahanan raket serta kekuatan hantaran pemain. Rekaan warna grafiti pada raket yang menggabungkan warna putih, merah dan hitam ini pula menjadikan ianya mempunyai identiti sendiri berbeza dengan raket konvensional yang lain. Raket ini sesuai untuk anda yang mempunyai corak permainan menyerang, material TK-Ryuga menjadikan raket ini tahan lasak dan anti patah, memudahkan anda untuk menyerang pihak lawan dengan hantaran agresif tanpa henti. Selain itu, teknologi WES (Whipping Enhance System) pada raket ini membantu anda membuat serangan yang lebih tajam dan respon terhadap serangan yang lebih tepat. Untuk anda yang ingin mempunyai sebuah raket gred profesional dan mempunyai corak permainan seperti Lee Zii Jia, raket ini khas buat anda.
Kelebihan VICTOR Thruster TK- RYUGA D:
- Material hyrbid HME
- Corak graffiti yang sangat menarik
- Raket gred pemain profesional
- Tahan lasak dan anti patah
- Teknologi WES untuk serangan tajam dan respon tepat
Kekurangan VICTOR Thruster TK- RYUGA D:
- Harga yang mahal
- Gred profesional, kurang sesuai untuk kegunaan pemula
Info VICTOR Thruster TK- RYUGA D:
Nama Raket: | VICTOR Thruster TK- RYUGA D |
---|---|
Jenama: | VICTOR |
Material: | hybrid HME (High Modulus Extreme) |
Harga: | RM 999.90 |
Pautan: | https://victormalaysia.com.my/product/ryuga/ |
Victor Auraspeed 100X (4UG5)
Victor Auraspeed 100x adalah sebuah raket yang menggunakan teknologi Shaft Recovery System, iaitu modulus fiber karbon yang membantu pemain untuk membuat recovery lebih cepat terhadap serangan pihak lawan. Digabungkan dengan teknologi Free Core dari Victor, raket ini menjaminkan keselesaan dan kekuatan dari segi pukulan anda kepada pihak lawan. Ia mempunyai bingkai kepala aerodinamik dan berat, serta batang atau aci yang lebih teguh untuk memberikan kekuatan pukulan dan kelajuan yang maksimum. Bingkai kepalanya yang berbentuk dynamic-sword pula memudahkan anda untuk merespon dan membuat libasan yang lebih cepat. Selain itu, raket ini juga mampu menyerap serangan dengan lebih efektif, ia terbukti melalui penggunaan PYROFIL Carbon Fibre selaku material bagi raket ini. Ia merupakan sebuah material berprestasi tinggi dan ringan daripada Jepun. Raket ini sesuai untuk pemain yang mementingkan ketepatan dan kecepatan.
Kelebihan Victor Auraspeed 100X (4UG5):
- Teknologi Shaft Recovery System
- Teknologi Free Core dari Victor
- Berat yang stabil untuk kekuatan dan kelajuan pukulan
- Bingkai kepala berbentuk dynamic sword
- Material PYROFIL Carbon Fibre
Kekurangan Victor Auraspeed 100X (4UG5):
- Harga yang mahal
- Gred profesional, kurang sesuai untuk kegunaan pemula
Info Victor Auraspeed 100X (4UG5):
Nama Raket: | Victor Auraspeed 100X (4UG5) |
---|---|
Jenama: | VICTOR |
Material: | Pyrofil Carbon Fibre |
Harga: | RM 739.00 |
Pautan: | https://victormalaysia.com.my/product/ars100x/ |
Selain daripada raket-raket ini, terdapat banyak lagi model lain dengan kelebihan masing-masing ditawarkan untuk anda. Harga raket-raket ini juga bergantung kepada cara permainan anda serta material yang digunakan dalam pembuatan raket tersebut. Jika anda baru sahaja aktif dalam permainan badminton, mungkin anda boleh bermula dengan menggunakan raket-raket yang murah dan ditukar secara berperingkat kepada raket yang bergred profesional. Yang penting, ianya selesa untuk anda dan berprestasi tinggi untuk permainan yang lebih menarik.
Disarankan, sebelum anda membuat sebarang pembelian raket, kenali dahulu dan ambil tahu sedikit sebanyak kaedah memilih raket dengan spesifikasi terbaik yang sesuai dengan cara permainan anda. Contohnya seperti ketegangan tali, grip dan berat raket.