Kulit Si Manja Lebih Sihat Dengan Pilihan Pilihan Syampu Mandian Bayi Terbaik Di Pasaran Malaysia

Kulit Si Manja Lebih Sihat Dengan Pilihan Pilihan Syampu Mandian Bayi Terbaik Di Pasaran Malaysia
Ibu dan anak


Tidak kira sama ada anda baru atau sudah lama menjadi ibu bapa, pernah tak anda berada di dalam situasi ini; pening dan keliru untuk memilih yang terbaik dalam lambakan produk syampu dan mandian bayi. Yup, semakin hari semakin banyak produk bayi bertambah di pasar raya terdekat menawarkan pelbagai kelebihan kepada penggunanya. Sebelum membeli, pastikan anda kaji dahulu setiap produk yang ada kerana tidak semuanya bagus untuk bayi anda.

Kulit kepala dan badan bayi adalah halus dan lembut, yang memerlukan lebih banyak perhatian semasa membersihkan. Sesetengah bayi memiliki kulit sensitif yang boleh cenderung ke arah ekzema dan ruam. Untuk melindungi kulit bayi daripada masalah iritasi, elakkan membeli produk yang mempunyai parabens,pewangi, pewarna, sulfats dan alkohol. Jom kita lihat beberapa jenis produk terbaik ada di pasaran sesuai untuk mandian si manja anda.

Applecrumby Gentle Shampoo & Bath Cream

Applecrumby Gentle Shampoo & Bath Cream

Syampu & Krim Mandian Applecrumby ialah antara syampu terbaik yang direka khusus untuk membaiki sebarang keradangan atau masalah pada kulit. Syampu ini cukup lembut untuk digunakan pada rambut dan badan kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi. Ia juga dikatakan mampu membantu mengurangkan sebarang kegatalan yang mungkin dialami oleh bayi anda dan mengurangkan sebarang bengkak pada kulit kepala dan rambut. Menarik lagi, ia memberikan penghidratan dan kelembapan berpanjangan pada kulit kepala dan helai rambut si comel.

Kelebihan Applecrumby Gentle Shampoo & Bath Cream

  • Bahan semulajadi dan organic sepenuhnya
  • 100% ekstrak lavender
  • Bebas paraben dan SLS
  • Bebas Fostat, NPE,SLES, dan pewangi tiruan
  • Anti radang
  • Melegakan kegatalan
  • Melembabkan kulit bayi

Kekurangan Applecrumby Gentle Shampoo & Bath Cream

  • Jangka hayat singkat kerana bahan semulajadi

Spesifikasi Applecrumby Gentle Shampoo & Bath Cream

Saiz 250ml, 500ml
Kandungan Aloe Barbadensis Leaf Juice (Organic), Glycerin, Decyl Glucoside, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Lauroamphoacetate, Methyl Gluceth-20, Sodium Chloride, Cocamidopropyl PG-Dimonium Chloride Phosphate, Hexylene glycol, Butylene Glycol, Xanthum Gum, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Peel Oil, 1,2-Hexanediol, Caprylyl glycol, Panthenol, Vanilla Planifolia Fruit Oil, Centella Asiatica Extract, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, Camellia Sinensis Leaf Extract, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Honey Extract, Tasmannia Lanceolata Fruit/Leaf Extract, Lavandula Stoechas Extract (Organic)
Harga RM 49.90

Mama’s Choice Baby Hair And Body Wash

Mama’s Choice Baby Hair And Body Wash

Produk ini diformulasi daripada gabungan bahan semulajadi yang membersihkan tanpa membahayakan kulit si manja yang sensitif. Ia mempunyai bahan seperti chamomile berfungsi untuk menyuburkan dan melindungi kulit bayi dari kerengsaan juga mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati. Bukan itu sahaja, haruman lavender yang ada dapat memberi rasa tenang pada bayi. Produk ini juga adalah tear-free, jadi anda tidak perlu bimbang kerana mata si comel tidak akan pedih sewaktu mandi.

Kelebihan Mama’s Choice Baby Hair And Body Wash

  • Bebas bahan kimia berbahaya
  • Diuji secara klinikal
  • Formula tidak memedihkan mata
  • Bebas paraben, sulfat
  • pH yang seimbang
  • Formulasi lembut sesuai untuk kulit sensitif

Kekurangan Mama’s Choice Baby Hair And Body Wash

  • Tidak dijual di kebanyakkan pasaraya

Spesifikasi Mama’s Choice Baby Hair And Body Wash

Saiz 200ml
Kandungan Aqua, Disodium Cocoyl Glutamate, Sodium Cocoyl Glutamate, Disodium Lauroyl Glutamate, Lauramidopropyl Hydroxysultaine, Sodium Chloride, Citric Acid, Simmondsia Chinensis Seed Oil,, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil (100% pure), Propanediol, Silicone Quaternium-18, 1, 2-Hexanediol, Lavandula Angustifolia (Lavender) Oil, Parfum, Butylene Glycol, Deceth-7, Trideceth-6, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Caprylhydroxamic Acid, Chamomilla Recutita (Chamomile) Flower Extract, Cocamidopropyl Betaine, Dipropylene Glycol, Acer Saccharum Extract, Portulaca Oleracea Extract
Harga RM 34.90

Cetaphil Baby Gentle Wash Shampoo (Organic Calendula)

Cetaphil Baby Gentle Wash Shampoo (Organic Calendula)

Produk ini membantu melegakan tompok kering pada kulit kepala si manja. Syampu ini bagus kerana formulanya mengandungi ekstrak calendula organik yang berkesan dalam memulihkan kelembapan pada kulit kepala dan mengekalkannya sebelum mencuci seterusnya. Vitamin E dan B5 membantu memastikan rambut bayi anda sihat dan licin. Menarik lagi, produk ini tidak mengandungi paraben, pewarna atau formula sabun serta kandungan yang berasaskan haiwan.

Kelebihan Cetaphil Baby Gentle Wash Shampoo

  • Membersihkan tanpa mengeringkan kulit bayi
  • Disyorkan pakar pediatrik
  • Mengandungi gliserin dan panthenol untuk menyuburkan rambut bayi
  • Duji secara klinikal
  • Formula tidak memedihkan mata
  • Hypoallergenic
  • pH seimbang

Kekurangan Cetaphil Baby Gentle Wash Shampoo

  • Perlu dijauhkan daripada cahaya matahari

Spesifikasi Cetaphil Baby Gentle Wash Shampoo

Saiz 400ml
Kandungan Water, Sodium Laureth Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Glycerin, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Glycol Distearate, Panthenol (Vitamin B5), Sodium Chloride, Calendula Officinalis Flower Extract, Glyceryl Oleate, Coco-Glucoside, Phenoxyethanol, Sodium Benzoate, Polyquaternium-10, Peg-120 Methyl Glucose Dioleate, Heliotropine, Isopropyl Palmitate, Laureth-4, Fragrance, Citric Acid, Sodium Citrate, Sodium Hydroxide, Tocopherol (Vitamin E), Hydrogenated Palm Glycerides Citrate
Harga RM 68.20

Mustela Gentle Cleansing Gel

Mustela Gentle Cleansing Gel

Mustela Gentle Cleansing Gel ialah sejenis syampu bayi khas yang mengunci kelembapan pada kulit kepala dan kulit bayi anda. Ia dipasarkan sebagai gel pembersih dan boleh digunakan untuk mencuci rambut dan badan kerana bahan-bahannya yang lembut. Bahan utama yang digunakan ialah molekul alpukat yang menutup kelembapan pada penghalang kulit bayi anda pada kulit kepala dan badan sambil menghalang kulit daripada menjadi kering. Vitamin B5 menyampaikan minyak semula jadi ke kulit kepala bayi anda yang penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Kelebihan Mustela Gentle Cleansing Gel

  • Formula ekstra lembut
  • 92% bahan semulajadi
  • Sesuai untuk bayi baru lahir
  • Vitamin B5
  • Formula tidak memedihkan mata
  • pH seimbang

Kekurangan Mustela Gentle Cleansing Gel

  • Jangka hayat pendek kerana bahan semula jadinya

Spesifikasi Mustela Gentle Cleansing Gel

Saiz 500ml
Kandungan Aqua/​Water/​Eau, Glycerin, Cocamidopropyl Betaine, Sodium Myreth Sulfate, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Coco-Glucoside, PEG-150 Distearate, Glyceryl Caprylate, Glycol Distearate, Parfum (Fragrance), Citric Acid, Panthenol, Potassium Sorbate, Persea Gratissima (Avocado) Fruit Extract
Harga RM 43.40

Buds Organic Everyday Head to Toe Cleanser

Buds Organic Everyday Head to Toe Cleanser

Produk ini agak terkenal di Malaysia dan mudah didapati di kebanyakkan kedai yang menjual baranagn bayi. Ia terkenal dengan pembuatannya yang menggunakan bahan organik dan dirumuskan dengan perhatian khusus untuk bayi. Buds organic ini mengandungi Aloe Vera & Fructan yang membantu menenangkan serta memberi penghidratan untuk membersihkan juga merawat kulit si manja.

Kelebihan Buds Organic Everyday Head to Toe Cleanser

  • Formula ekstra lembut
  • Bahan organik
  • Sesuai untuk bayi baru lahir
  • Tidak terlalu berbuih
  • 99.4% ramuan berasal dari Natural Origin
  • 20% ramuan dari Organic Farming
  • 99.9% ramuan tanaman dari Organic Farming

Kekurangan Buds Organic Everyday Head to Toe Cleanser

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Buds Organic Everyday Head to Toe Cleanser

Saiz 425ml
Kandungan Aqua/water, aloe barbadensis leaf juice*, sodium cocoyl glutamate, sodium cocoglucoside tartrate, coco glucoside, glyceryl oleate, xanthan gum, citrus aurantium dulcis peel oil*, tocopherol, helianthus annuus (sunflower) seed oil, parfum/perfume, sodium benzoate, potassium sorbate, citric acid, limonene**, linalool**.
Harga RM 72.50

Kebanyakan syampu bayi dibuat dengan bahan semula jadi yang mengurangkan jangka hayat produk jadi adalah penting untuk mengambil perhatian tentang berapa lama syampu bayi akan bertahan.

Sesetengah syampu dan mandian badan yang berkualiti ini dijual dengan harga yang sedikit mahal berbanding produk lain di pasaran. Untuk itu, penting untuk anda buat belanjawan bulanan khas untuk bayi anda agar bajet anda lebih teratur.



Related posts