Pilihan Terbaik Untuk Setiap Bajet Dan Saiz: 10 Peti Sejuk Popular Di Malaysia

Pilihan Terbaik Untuk Setiap Bajet Dan Saiz: 10 Peti Sejuk Popular Di Malaysia
Peralatan rumah


Setiap kediaman pasti mempunyai peti sejuk. Ia adalah merupakan sebuah peralatan asas bagi dapur untuk menyimpan dan memelihara bahan-bahan mentah daripada rosak dan tercemar dengan cepat. Tidak kiralah samada satu, dua mahupun empat pintu, kesemua jenis peti sejuk ini mempunyai kegunaan dan fungsi yang sama mengikut bajet dan saiz. Ruang dan tempat sentiasa menjadi faktor utama dalam pemilihan peti sejuk. Sebagai contoh, ruang dapur yang luas boleh menempatkan peti sejuk bersaiz besar sekurang-kurangnya model dua pintu kiri dan kanan. Ini kerana ia mempunyai kapasiti penyimpanan yang lebih besar dan juga dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri tambahan.

Selain itu, buat anda yang mementingkan dekorasi di dalam rumah, pastinya reka bentuk peti sejuk dan pilihan warna perlu diambil kira supaya ianya bersesuaian dengan tema rumah anda. Khas buat anda yang sedang mencari peti sejuk yang untuk kegunaan anda dan keluarga dengan pelbagai faktor dan kelebihan yang menarik, jom kita lihat senarai 10 pilihan peti sejuk yang popular di Malaysia mengikut bajet dan saiz pilihan anda.

LG 454L Bottom Freezer Fridge in Platinum Silver Finish

LG 454L Bottom Freezer Fridge in Platinum Silver Finish
Peti sejuk daripada LG ini dilengkapi dengan fungsi penyejukan lebih pantas bermula 15 saat selepas pintu ditutup. Ia juga memberikan sehingga 32% dalam penjimatan tenaga, ketahanan berkadar tinggi dan kawalan suhu optimum untuk memastikan makanan lebih segar lebih lama. Selain itu, Fresh Balancer® pada produk ini mampu mengoptimumkan tahap kelembapan sekaligus memanjangkan hayat buah-buahan serta sayur-sayuran anda. Menarik lagi, peti sejuk jenama LG ini mempunyai petak ‘chilled’ yang tertutup kekal lebih sejuk daripada rongga peti sejuk utama. Ini membantu mengurangkan keperluan untuk membekukan dan mencairkan item tertentu.

Kelebihan LG 454L Bottom Freezer Fridge in Platinum Silver Finish:

  • Penyejukkan lebih pantas bermula 15 saat selepas pintu ditutup
  • Optimumkan dan panjangkan hayat buah serta sayuran
  • Pelbagai aliran udara
  • Makanan lebih segar dan tahan lama

Kekurangan LG 454L Bottom Freezer Fridge in Platinum Silver Finish:

  • Hadir dalam warna Platinum silver sahaja
  • Harga agak mahal

Spesifikasi LG 454L Bottom Freezer Fridge in Platinum Silver Finish:

Kapasiti: 454L
Dimensi: 700 x 1720 x 700
Harga: RM 2,550

Samsung Top Mount Freezer with Twin Cooling Plus 711L

Samsung Top Mount Freezer with Twin Cooling Plus 711L
Peti sejuk ini dilengkapi Twin Cooling Plus yang mampu mewujudkan persekitaran yang baik untuk mengawet makanan segar di dalam peti sejuk dengan kelembapan 70%, berbanding 30% dalam TMF konvensional. Jadi ia memastikan bahan-bahan segar lebih lama tanpa mengeringkan. Untuk anda yang berkeluarga, jangan risau kerana bahagian dalam yang luas mampu menampung sehingga 620 liter. Teknologi SpaceMax mencipta lebih banyak ruang di dalam tanpa meningkatkan dimensi luaran. Ia juga menyalurkan udara yang sangat sejuk dengan pantas untuk membekukan atau menyejukkan dengan cepat. Dengan satu sentuhan butang, Power Cool menyejukkan makanan dan minuman dengan cepat, manakala Power Freeze bagus untuk membekukan atau menegangkan makanan sejuk beku dan membuat ais.

Kelebihan Samsung Top Mount Freezer with Twin Cooling Plus 711L:

  • Kurang tenaga dan kurang bunyi bising
  • Penyejukkan pantas
  • Bahan makanan seperti sayuran dan buah-buahan lebih tahan lama
  • Sistem Twin Cooling Plus™ menyejukkan petak secara berasingan untuk menghentikan bau yang tidak dijangka

Kekurangan Samsung Top Mount Freezer with Twin Cooling Plus 711L:

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Samsung Top Mount Freezer with Twin Cooling Plus 711L:

Kapasiti: 620L
Dimensi: 836 x 1862 x 788
Harga: RM 4,199

Hitachi 586L Big French Side-by-Side 4-Door Refrigerator R-W720P7M

Hitachi 586L Big French Side-by-Side 4-Door Refrigerator R-W720P7M
Hitachi 586L ialah peti sejuk yang dilengkapi teknologi canggih yang berfungsi sebagai anti-bakteria dengan kesan penyahbauan yang menafikan mikroorganisma dan memastikan kesegaran barangan makanan anda. Ia memberikan penyejukan optimum namun dalam masa yang sama tetap memberikan penjimatan tenaga. Walaupun suhu ambien mencecah setinggi 60°C, setiap sudut di dalam peti sejuk masih disejukkan dengan sempurna. Selain itu, peti sejuk ini juga dipasang dengan penggera pintu yang memberi amaran kepada pengguna jika pintu peti sejuk tidak ditutup dengan betul.

Kelebihan Hitachi 586L Big French Side-by-Side 4-Door Refrigerator R-W720P7M:

  • Suhu mampu dikekalkan walaupun 12 jam ketiadaan elektrik
  • Mempunyai pengawal skrin sentuh
  • Penjimatan tenaga elektrik terbaik
  • Makanan kekal segar dan tiada bau
  • Mempunyai 4 pintu

Kekurangan Hitachi 586L Big French Side-by-Side 4-Door Refrigerator R-W720P7M:

  • Hadir hanya pilihan warna hitam

Spesifikasi Hitachi 586L Big French Side-by-Side 4-Door Refrigerator R-W720P7M:

Kapasiti: 540L
Dimensi: 855 x 1835 x 737
Harga: RM 3,750

Sharp 280L Top Freezer Refrigerator (SJ-285MSS)

Sharp 280L Top Freezer Refrigerator (SJ-285MSS)
Sesuai untuk anda yang bujang atau berkeluarga kecil, saiz peti sejuk dari Sharp ini adalah pilihan yang tepat. Walaupun kecil, kesegaran makanan setiap hari dijamin dengan penyahbauan Nano AG bertujuan untuk mengurangkan kedua-dua bau dan bakteria. Ruang peti sejuk ini diterangi dengan pencahayaan LED yang sangat canggih. Walaupun kecil, ia memberikan ruang penyimpanan terbaik buat anda sekeluarga.

Kelebihan Sharp 280L Top Freezer Refrigerator (SJ-285MSS):

  • Lampu LED
  • Rekaan luas dalaman
  • Dilengkapi AG CU Nano deodoriser untuk nyah bau busuk

Kekurangan Sharp 280L Top Freezer Refrigerator (SJ-285MSS):

  • Non-Inverter
  • Saiz kecil

Spesifikasi Sharp 280L Top Freezer Refrigerator (SJ-285MSS):

Kapasiti: 280L
Dimensi: 545 x 1560 x 588
Harga: RM 1,277

Toshiba 556L Multi-Door Dual Inverter Refrigerator GR-RF610WE-PMY (37)

Toshiba 556L Multi-Door Dual Inverter Refrigerator GR-RF610WE-PMY (37)
Peti sejuk ini dilengkapi dengan dwi penyejukkan menjadikan kawalan suhu yang tepat dan tiada bau bercampur. Ia juga mempunyai teknologi Bio tulen dengan modul plasma menghasilkan ion yang boleh meneutralkan bau dan membunuh bakteria bau serta mengekalkan rasa asli makanan. Bukan itu sahaja, produk ini mempunyai fungsi penyejukan aloi di bahagian belakang peti sejuk bertujuan untuk menghilangkan haba dengan lebih cepat, menyejukkan peti sejuk secara seragam pada kadar yang lebih cepat.

Kelebihan Toshiba 556L Multi-Door Dual Inverter Refrigerator GR-RF610WE-PMY (37):

  • 2 tahap kelembapan berbeza
  • Modul plasma untuk meneutralkan bau tidak menyenangkan
  • Penjimatan tenaga terbaik
  • Penyejukkan aloi di belakang peti sejuk untuk hilangkan haba dengan cepat
  • 4 pintu

Kekurangan Toshiba 556L Multi-Door Dual Inverter Refrigerator GR-RF610WE-PMY (37):

  • Harga agak mahal

Spesifikasi Toshiba 556L Multi-Door Dual Inverter Refrigerator GR-RF610WE-PMY (37):

Kapasiti: 556L
Dimensi: 833 x 648 x 1898
Harga: RM 3,999

Elba 2 Door Fridge 250L ELB-ERG2521(SV)

Elba 2 Door Fridge 250L ELB-ERG2521(SV)
Pilihan utama untuk anda yang memerlukan kapasiti penyimpanan yang mencukupi. Peti sejuk ELBA ini adalah peti sejuk berkategori mampu milik dengan ciri-ciri tersendiri dan mempunyai ruang yang cukup. Ia adalah peti sejuk top freezer dilengkapi dengan dua pintu atas dan bawah yang menjanjikan prestasi yang baik, penyejukan yang efisien dan reka bentuk yang estetik untuk menyerlahkan ruang dapur anda. Dengan kapasiti 250, peti sejuk ini dilengkapi dengan teknologi free-frost dimana anda tidak perlu menyahbeku secara manual dan ia menjimatkan masa dan tenaga anda. Ia juga turut dilengkapi dengan thermostat yang boleh diubah suai untuk membolehkan anda mengubah suhu mengikut kesesuaian bagi memastikan makanan dan bahan-bahan mentah anda sentiasa segar dan tidak mudah tercemar.

Kelebihan Elba 2 Door Fridge 250L ELB-ERG2521(SV):

  • Harga mampu milik
  • Teknologi free-frost
  • Thermostat yang boleh diubah suai

Kekurangan Elba 2 Door Fridge 250L ELB-ERG2521(SV):

  • Non-Inverter
  • Penggunaan elektrik yang kuat, hanya 4 bintang.

Spesifikasi Elba 2 Door Fridge 250L ELB-ERG2521(SV):

Kapasiti: 250L
Dimensi: 142cm x 60cm x 55cm
Harga: RM 1,290

Hisense 620L SIDE BY SIDE HSE-RS666N4ABNIV

Hisense 620L SIDE BY SIDE HSE-RS666N4ABNIV
Hisense 620L side by side HSE-666N4ABNIV adalah sebuah peti sejuk besar dengan jumlah kapasiti sebanyak 620 L. Ia mempunyai pintu side-by-side yang memudahkan anda untuk mengambil barang-barang. Dilengkapi dengan teknologi no frost, ia mengekalkan kesegaran makanan dan bahan-bahan mentah dan anda tidak perlu menyahbeku ais secara manual lagi. Teknologi multi air flow pula mengedarkan angin-angin sejuk dengan sekata supaya kesemua bahan-bahan mentah mendapat kesegaran yang sama. Untuk melihat dalaman peti sejuk dengan lebih jelas terutama ketika waktu malam, lampu LED pada peti sejuk ini sangat terang dan lebih efisien daripada lampu biasa disamping menjimatkan tenaga. Terdapat dua fungsi pada peti sejuk ini iaitu Super Cool dan Super Freeze. Super Cool bertindak menurunkan suhu dalaman peti sejuk kepada +2 darjah celcius untuk mengekalkan perasa, warna dan nutrisi makanan dan bahan-bahan mentah manakala Super Freeze pula menurunkan suhu dengan cepat dan membekukan bahan-bahan mentah anda untuk mengekalkan rasa dan tekstur aslinya. Untuk mengawal suhu peti sejuk, terdapat panel skrin sesentuh untuk anda tetapkan dan hanya tekan skrin sesentuh untuk menentukan suhu mengikut jenis bahan-bahan mentah anda.

Kelebihan Hisense 620L SIDE BY SIDE HSE-RS666N4ABNIV:

  • Teknologi no frost
  • Multi air flow untuk peredaran angin sejuk sekata
  • Lampu LED terang
  • Fungsi Super Cool dan Super Freeze
  • Panel skrin sesentuh untuk tetapan suhu

Kekurangan Hisense 620L SIDE BY SIDE HSE-RS666N4ABNIV:

  • Harga yang mahal
  • Saiz besar, memerlukan ruang yang luas

Spesifikasi Hisense 620L SIDE BY SIDE HSE-RS666N4ABNIV:

Kapasiti: 620L
Dimensi: 1786mm x 643mm x 910mm
Harga: RM 2,399

Beko 2 Door Freezer Top 230L Refrigerator RDNT231I50VZS

Beko 2 Door Freezer Top 230L Refrigerator RDNT231I50VZS
Dengan peti sejuk berjenama Beko ini, buah-buahan dan sayur-sayuran kekal segar sehingga lebih daripada 30 hari dengan tetapan suhu dan kawalan kelembapan yang tepat selain mengekalkan tahap vitamin c, perasa asli dan nutrisinya melalui penggunaan active fresh blue light pada dalaman peti sejuk ini. Ia juga dilengkapi dengan NeoFrost dual cooling yang berfungsi dalam mengedarkan angin sejuk dengan lebih efisien dan suhu yang optimum bagi mengelakkan bau dan aroma bercampur aduk pada semua makanan dan bahan mentah. Bagi mengelakkan ketidakselesaan melalui bunyi peti sejuk yang kuat ketika beroperasi, peti sejuk ini dilengkapi dengan ProSmart Inverter Compressor yang menyejukkan dengan lebih cepat dengan beroperasi empat kali lebih senyap berbanding compressor biasa. Pastinya ia mengekalkan kesegaran makanan dan bahan-bahan mentah pada masa yang sama menjimatkan penggunaan tenaga dan bil elektrik anda.

Kelebihan Beko 2 Door Freezer Top 230L Refrigerator RDNT231I50VZS:

  • Active fresh blue light
  • NeoFrost Dual Cooling
  • ProSmart Inverter Compressor untuk penyejukan lebih cepat
  • 5 bintang dari segi penjimatan

Kekurangan Beko 2 Door Freezer Top 230L Refrigerator RDNT231I50VZS:

  • Kapasiti kecil

Spesifikasi Beko 2 Door Freezer Top 230L Refrigerator RDNT231I50VZS:

Kapasiti: 230L
Dimensi: 145cm x 54cm x 60cm
Harga: RM 1,403

Midea 730L Wifi Control Side By Side Refrigerator

Midea 730L Wifi Control Side By Side Refrigerator
Peti sejuk dengan pintu side by side ini mempunyai kapasiti yang amat besar iaitu 730L. Beroperasi dengan menggunakan Inverter Quattro Compressor, ia berfungsi mengikut tahap kesejukan yang diperlukan. Penggunaan tenaga akan berkurang sekaligus menjimatkan bil elektrik anda selain mengurangkan bunyi bising dan menstabilkan suhu dalaman peti sejuk. Yang lebih menarik, peti sejuk ini boleh dikawal melalui wifi dimana ia turut didatangkan dengan aplikasi yang perlu dimuat turun ke telefon bimbit anda. Anda tidak perlu lagi berjalan ke dapur untuk menetapkan ketetapan suhu di panel skrin sesentuh pada peti sejuk, hanya buka telefon anda dan tetapkan dari aplikasi tersebut. Selain itu, peti sejuk ini juga mempunyai sensor yang cukup lengkap untuk suhu ambien, suhu pembekuan dan suhu nyahbeku. Tahap kelembapan juga boleh dikawal melalui humidity control dimana pelbagai jenis makanan boleh disimpan didalam peti sejuk ini mengikut tahap kelembapan yang sesuai. Melalui 3D air cooling pula, makanan dan bahan-bahan mentah anda akan segar lebih lama. Bentuk, rasa dan warnanya juga tahan lama melalui peredaran angin sejuk yang sekata dan stabil.

Kelebihan Midea 730L Wifi Control Side By Side Refrigerator:

  • Kapasiti besar
  • Menggunakan inverter Quattro Compressor
  • Dikawal melalui wifi dan aplikasi
  • Sensor yang lengkap
  • 3D air cooling

Kekurangan Midea 730L Wifi Control Side By Side Refrigerator:

  • Ketergantungan pada koneksi internet

Spesifikasi Midea 730L Wifi Control Side By Side Refrigerator:

Kapasiti: 730L
Dimensi: 1775mm x 698mm x 910mm
Harga: RM 2,398

Haier 458L 2 Door Inverter

Haier 458L 2 Door Inverter
Peti sejuk dua pintu atas dan bawah berkapasiti 458 L ini beroperasi dengan twin inverter compressor yang lebih senyap tetapi berprestasi tinggi dan tidak menggunakan tenaga dengan banyak. Ia mempunyai keluasan dan kapasiti lebih 10%. Ruang lebih terhasil melalui penggunaan struktur pintu tipis yang memberikan lebih ruang dalaman. Ia juga mempunyai ruang lebihan untuk fresh box untuk anda menyimpan sayur-sayuran. Untuk menyimpan makanan-makanan mentah seperti daging dan isi ikan, peti sejuk ini juga dilengkapi dengan sebuah chiller box kecil dengan suhu kekal -1 darjah celcius yang pastinya akan mengekalkan kesegaran bahan-bahan mentah anda dengan sangat efisien. Untuk kesejukan dan peredaran angin sejuk yang konsisten, sistem teknologi multi air flow pula mengawal dan memastikan peredaran angin sejuk yang sekata kepada semua bahagian dalaman peti sejuk ini. Anda juga mengawal kesejukan peti sejuk ini melalui fast cooling system, hanya laraskan tahap kesejukan mengikut keperluan anda untuk kesejukan dan penghasilan kiub ais yang cepat.

Kelebihan Haier 458L 2 Door Inverter:

  • Beroperasi dengan twin inverter compressor
  • Keluasan dan kapasiti lebih 10%
  • Ruang lebihan untuk fresh box
  • Chiller box dengan kesejukan kekal -1 darjah celcius
  • Multi air flow
  • Fast cooling system mudah laras

Kekurangan Haier 458L 2 Door Inverter:

  • Tiada pilihan warna lain

Spesifikasi Haier 458L 2 Door Inverter:

Kapasiti: 458L
Dimensi: 598mm x 710mm x 1735mm
Harga: RM 1,899

Satu soalan untuk ditanya kepada diri sendiri sebelum anda membeli peti sejuk baharu ialah “Adakah peti sejuk ini sesuai dengan dapur anda?” Untuk menjawab soalan ini, anda perlu mengambil beberapa ukuran. Mulakan dengan mengukur lebar ruang di mana anda merancang untuk memasang peti sejuk dan bandingkan dengan saiz peti sejuk idaman anda.

Secanggih mana pun teknologi peti sejuk anda, ilmu pengurusan dan penyusunan barang juga penting bagi memastikan barangan di dalam peti sejuk anda lebih teratur dan lebih tahan lama. Semua barangan mempunyai cara penyimpanan berbeza tau! Sesetengah barangan makanan memerlukan penyimpanan di dalam bekas tertutup dan ada yang sebaliknya.



Related posts