5 Pilihan Terbaik Jam Tangan Pintar Smartwatch Dengan Fungsi GPS

5 Pilihan Terbaik Jam Tangan Pintar Smartwatch Dengan Fungsi GPS
Peralatan mudah alih dan aksesori


Peranti mudah alih berevolusi dari semasa ke semasa mengikut perkembangan teknologi terkini. Ia berfungsi untuk memudahkan pelbagai urusan harian. Selain daripada telefon pintar, jam tangan juga turut menerima pembaharuan yang sama. Jam tangan pintar atau dikenali dengan nama Smartwatch mempunyai fungsi yang lebih daripada jam tangan digital dan analog.

Jam tangan ini berfungsi seperti telefon pintar dimana ianya menggunakan skrin sentuh dengan aplikasi-aplikasi khusus, mampu memeriksa degup jantung, mengira pembakaran kalori, digunakan untuk bersukan dan bersenam serta lain-lain kegunaan.

Selain itu, terdapat juga jam tangan pintar yang disertakan dengan GPS menjadikan kegunaannya lebih meluas. Ketika ini, pelbagai jenis jam tangan pintar yang mempunyai ciri-ciri kelainan dari segi aplikasi, bentuk, model yang dicipta khas oleh pengeluar dan pengilang ditawarkan kepada pengguna. Oleh itu, jom kita lihat senarai 5 pilihan terbaik jam tangan pintar dengan fungsi GPS untuk anda.

Amazfit GTS 4

Amazfit GTS 4
Jam tangan pintar dengan saiz skrin sentuh yang besar, ini adalah satu elemen menarik yang ditawarkan oleh Amazfit GTS 4 ini. Dengan 1.75 inci skrin sentuh AMOLED, semestinya ia memudahkan pengguna dengan lebih banyak informasi dapat dilihat melalui skrin.

Dari segi kosmetik, jam tangan pintar ini bermaterialkan aluminium yang diwarnakan dengan warna emas dan terdapat sebuah butang di sebelah kanan. Nampak minimalis tetapi premium. Walaupun mempunyai skrin sentuh yang besar, namun Amazfit GTS 4 ini tidaklah terlalu berat, hanya 27 gram termasuk dengan berat talinya. Sesuai untuk digunakan ketika anda bersukan dan bersenam.

Selain itu, jam tangan pintar ini juga disokong oleh ios dan android, tidak terhad kepada mana-mana telefon pintar. Hanya perlu memuat turun aplikasi Zepp Health App dan anda terus boleh menggunakannya. Turut dilengkapi dengan dual-band GPS, jam tangan pintar ini mempunyai kelajuan dan kelebihan untuk memuat turun laluan buat mereka yang menggemari aktiviti mendaki bukit dan hutan. Mengikut testimoni juga, GPS yang terdapat pada jam tangan pintar ini juga lebih tepat dari segi kiraan untuk aktiviti sukan dan senaman.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada jam tangan ini pula adalah seperti biasa, ia mampu memantau kadar degupan jantung serta peratus oksigen dalam darah anda. Dari segi ketahanan bateri, jam tangan pintar ini mampu bertahan selama 8 hari mengikut cara penggunaan anda. Jadi, buat anda yang tercari-cari jam tangan pintar pertama anda, anda patut cuba Amazfit GTS 4.

Kelebihan Amazfit GTS 4:

  • Skrin sentuh yang lebih besar
  • Material aluminium berwarna emas yang nampak premium
  • Ringan
  • Dual Band GPS yang tepat
  • Disokong IOS dan Android

Kekurangan Amazfit GTS 4:

  • Skrin besar tidak sesuai untuk dipakai buat mereka yang bertangan kecil
  • -Kesukaran untuk menghubungkan telefon dan jam tangan pintar melalui bluetooth.

Spesifikasi Amazfit GTS 4:

Saiz skrin 1.75 Inci AMOLED Display
Berat 27 gram
GPS Dual-Band GPS
Ketahanan Bateri 8 Hari
IOS dan Android Menyokong IOS dan Android
Harga Bermula dari RM 799

Apple Watch Series 8 Aluminum

Apple Watch Series 8 Aluminum
Siapa yang tak kenal dengan jenama Apple, daripada rangkaian telefon pintar yang mempunyai ramai pengguna termasuk lah dengan rangkaian jam tangan pintarnya. Apple menawarkan Apple Watch Series 8 Aluminium yang hadir dengan kemasan premium, prestij dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Walaupun dari segi model dan bentuk, ia tidak jauh beza dengan model sebelum ini, namun terdapat beberapa ciri-ciri tambahan yang menjadikan ianya perlu dimiliki.

Salah satu pertambahan ciri terbesar bagi jam tangan pintar ini adalah sensor yang mampu memantau dan menjejaki pertukaran suhu badan anda ketika anda sedang tidur. Bacaan sensor juga adalah lebih tepat kerana jam tangan pintar ini didatangkan dengan dwi sensor.

Dari segi ciri-ciri keselamatan pula, jam tangan pintar ini boleh mengesan sekiranya anda terlibat dalam kemalangan dengan terus membuat panggilan telefon untuk memohon pertolongan daripada senarai kenalan anda. Ini sangat menarik kerana tidak banyak jam tangan pintar memfokuskan kepada keselamatan selaku ciri-ciri utama.

Selain itu, ciri-ciri keselamatan untuk aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki juga turut ditawarkan pada model ini dimana spotlight-stealing Ultra boleh mengaktifkan siren kecemasan juga bacaan GPS yang lebih tepat untuk penjejakan yang lebih meluas dan mendalam. Buat anda yang inginkan sebuah jam tangan dengan ciri-ciri yang berbaloi dengan harga yang ditawarkan, Apple Watch Series 8 Aluminum semestinya sesuai untuk anda.

Kelebihan Apple Watch Series 8 Aluminum:

  • Kemasan Premium
  • Dwi sensor untuk menjejak pertukaran suhu badan ketika tidur
  • Sensor untuk mengesan kemalangan
  • GPS yang tepat
  • Siren kecemasan

Kekurangan Apple Watch Series 8 Aluminum:

  • Hanya bersesuaian dengan IOS (Pengguna Iphone sahaja)
  • Harga yang mahal

Spesifikasi Apple Watch Series 8 Aluminum:

Saiz skrin 1.6 – 1.8 Inci OLED Display
Berat 11 – 14 Ounces
GPS Dual-Band GPS
Ketahanan Bateri: 18 Jam
IOS dan Android: Menyokong IOS sahaja
Harga Bermula dari RM 1899

Huawei Watch GT 3 Pro

Huawei Watch GT 3 Pro
Klasik tetapi moden, dua perkataan yang berbeza maksud dan tampak sukar untuk disatukan. Itulah yang cuba ditonjolkan Huawei melalui jam tangan pintarnya yang dinamakan Huawei Watch GT 3 Pro. Bayangkan jam tangan pintar dengan ciri-ciri moden mempunyai reka bentuk klasik seakan-akan jam analog, dari segi rupa dan bentuk jam tangan pintar ini pasti mampu menarik perhatian anda melalui pandangan pertama.

Huawei Watch GT 3 Pro ini didatangkan dengan dua varian iaitu 43mm bermaterialkan seramik dan 46mm yang bermaterialkan titanium. Kedua-dua varian ini nampak premium dan berprestij. Beroperasi menggunakan Harmony OS 2.0, sistem operasi yang terdapat pada jam tangan pintar ini menampilkan beberapa ciri-ciri baharu seperti sensor ECG (Electrocardiogram) yang mampu mengesan kadar degupan jantung dengan analisis ‘real-time” termasuk sinus rhythm serta lain-lain masalah. Memudahkan anda untuk mengesan sekiranya terdapat tanda-tanda masalah berkaitan kesihatan jantung anda.

Jam tangan pintar ini boleh disambungkan dengan mana-mana telefon pintar IOS dan Android melalui aplikasi yang perlu dimuat turun dari playstore dan appstore. Dari segi penggunaannya untuk aktiviti sukan dan senaman, terdapat lebih dari 100 mod senaman termasuk yang paling baru iaitu aktiviti ‘free diving’. Dari segi ketahanan bateri pula, kedua-dua varian jam tangan pintar ini mampu bertahan dari 8 sehingga 13 hari mengikut penggunaan anda. Lasak juga jam tangan pintar ini walaupun nampak premium. Tak perlu tunggu lama-lama lagi, dapatkan sekarang di pasaran online dan kedai-kedai berdekatan.

Kelebihan Huawei Watch GT 3 Pro:

  • Kemasan Klasik dengan sentuhan moden.
  • Mempunyai dua varian
  • Sensor ECG (Electrocardiogram)
  • 100 mod sukan dan senaman
  • Ketahanan bateri yang lama

Kekurangan Huawei Watch GT 3 Pro:

  • Reka bentuk yang kurang sesuai untuk dibawa bersukan dan senaman
  • Harga yang mahal

Spesifikasi Huawei Watch GT 3 Pro:

Saiz skrin 1.43 Inci AMOLED Display
Berat 50 g (43 mm) & 54 g (46 mm)
GPS GPS (L1+L5)
Ketahanan Bateri 8 – 13 Jam
IOS dan Android Menyokong IOS dan Android
Harga Bermula dari RM 1169

Poco Watch

Poco Watch
Poco Watch menawarkan jam tangan pintar dengan fungsi dan ciri-ciri asas yang tak kurang hebatnya dengan harga yang mampu milik. Dengan skrin sentuh yang agak besar iaitu 1.6 inci Amoled display, pengguna lebih mudah untuk melihat informasi lebih-lebih lagi dalam keadaan anda sedang fokus memandu ataupun beraktiviti. Dengan beratnya yang hanya 31 gram, jam tangan pintar ini sangat sesuai untuk dibawa bersukan dan juga bersenam lebih-lebih dengan 100 mod sukan dan senaman yang ditawarkan.

Untuk pengesanan yang lebih tepat dan efektif, Poco Watch dilengkapi dengan Multi-system standalone GPS yang menyokong rangkaian satelit-satelit global. Jam tangan pintar ini adalah kalis air, dengan rating yang tinggi iaitu 5ATM bermaksud anda boleh memakai jam tangan pintar ini ketika anda berenang tidak kira samada di laut, kolam indoor atau pun outdoor.

Dari segi ciri-ciri kesihatan pula, ia mampu mengesan kadar degupan jantung dan nadi anda selama 24 jam setiap hari, termasuk juga Professional SPO2 Sensor yang mampu mengesan tahap oksigen di dalam darah anda. Tidak terhad setakat itu, anda juga boleh mengetahui pola tidur anda yang boleh direkodkan untuk anda mengetahui tahap kualiti tidur anda itu. Baterinya juga tahan lama, mampu bertahan selama 14 hari bergantung kepada cara penggunaan anda. Murah tetapi berkualiti, pastinya Poco Watch ini mampu menarik ramai pengguna.

Kelebihan Poco Watch:

  • Skrin sentuhan yang besar
  • Ringan, sesuai untuk sukan dan senaman
  • 100 mod sukan dan senaman
  • Ketahanan bateri yang lama
  • Rating kalis air 5ATM
  • Harga yang murah

Kekurangan Poco Watch:

  • Tiada ciri-ciri khas yang membezakan jam tangan pintar ini
  • Jenama yang kurang dikenali

Spesifikasi Poco Watch:

Saiz skrin 1.6 Inci AMOLED Display
Berat 31 g
GPS Multi-system standalone GPS
Ketahanan Bateri 14 Jam
IOS dan Android Menyokong IOS dan Android
Harga Bermula dari RM 299

Samsung Galaxy Watch 5 Pro

Samsung Galaxy Watch 5 Pro
Jam tangan pintar terbaru keluaran Samsung ini boleh dikatakan diantara yang terbaik dikeluarkan oleh jenama ini. Merupakan versi ‘extended’ bagi model sebelum ini, Samsung Galaxy Watch 5 Pro ini datang dengan saiz yang lebih besar, material yang lebih lasak dan bateri yang lebih tahan lama. Bersaiz 45mm, skrin sentuhnya bersaiz 1.4 inci AMOLED Display dengan resolusi 450 x 450, mudah untuk dilihat biarpun di bawah sinaran matahari.

Selain itu, ia juga diperbuat daripada material titanium dimana ianya cukup tahan untuk dipakai ketika beraktiviti lasak. Jam tangan pintar ini juga didatangkan dengan banyak sensor seperti accelerometer, gyroscope, barometer, heart sensors dan juga BIA (Body Composition Analysis). Selain itu, terdapat juga sensor yang mampu mengesan peratusan lemak dalam badan dengan menghantar signal elektrik di dalam badan. Seiring dengan perkataan “Pro” pada nama jam tangan pintar ini, ia turut dilengkapi dengan teknologi GPS berbeza iaitu GPX (GPS Exchange Format File) yang mampu merekod informasi keadaan geografi laluan ketika anda mendaki dan mengayuh basikal. Yang lebih menarik, anda juga boleh merespon mesej yang masuk melalui skrin jam tangan ini dengan cara menggunakan voice-dictation dan menaip di papan kekunci di skrin. Dari segi ketahanan baterinya pula, ia mampu bertahan dari 3 hingga 4 hari bergantung kepada penggunaan anda.

Kelebihan Samsung Galaxy Watch 5 Pro:

  • Skrin sentuhan yang besar
  • Material titanium tahan lasak
  • Teknologi GPX
  • Ketahanan bateri yang lama
  • Boleh membalas mesej melalui jam tangan

Kekurangan Samsung Galaxy Watch 5 Pro:

  • Terlalu besar untuk mereka yang bertangan kecil
  • Harga yang mahal

Spesifikasi Samsung Galaxy Watch 5 Pro:

Saiz skrin 1.4 Inci AMOLED Display
Berat 46.5 g
GPS GPX (GPS Exchange Format File)
Ketahanan Bateri 3 – 4 Hari
IOS dan Android Menyokong Android
Harga Bermula dari RM 1899

Kesimpulannya, penggunaan jam tangan pintar pada masa kini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna. Selain daripada jenama-jenama telefon, terdapat juga jenama-jenama jam yang mula mengadaptasi jam tangan digital dengan jam tangan pintar. Banyak kelebihan dan fungsi menarik yang memudahkan urusan harian para pengguna. Daripada pengesan GPS, membawa kepada ciri-ciri keselamatan, semua fungsi-fungsi menarik ini menjadi nilai tambah yang baik untuk penggunaan jam tangan pintar.

Tidak kira harga, bentuk mahupun model, kesemua jam tangan pintar ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan tambahan ciri-ciri khas yang lain. Pada masa akan datang juga, akan lebih banyak lagi pembaharuan yang akan ditambah pada jam tangan pintar seiring dengan kelajuan perkembangan teknologi semasa menjadikan jam tangan pintar bukan lagi keinginan, tetapi sebagai satu keperluan.



Related posts