Murah Dan Berkualiti! 5 Earbuds Tanpa Wayar Di Bawah Harga RM200 Yang Berbaloi Untuk Anda Miliki

Murah Dan Berkualiti! 5 Earbuds Tanpa Wayar Di Bawah Harga RM200 Yang Berbaloi Untuk Anda Miliki
Peralatan mudah alih dan aksesori


Mendengar muzik sambil melakukan aktiviti harian bukanlah satu perkara asing. Ramai yang merasakan ianya adalah sebuah terapi di samping dapat menenangkan perasaan serta membangkitkan mood terhadap sesuatu aktiviti yang dilakukan.

Bermula daripada zaman walkman, pengguna ditawarkan dengan pengalaman mendengar muzik bersendirian menggunakan earphone yang mudah alih. Sejak dari itu ia berevolusi dan berubah dari segi teknologi dan saiznya sehingga menjadi earbuds iaitu sejenis fon telinga kecil tanpa wayar yang hanya perlu dilekatkan pada telinga untuk mendengar muzik dan menjawab panggilan telefon.

Lebih menarik ianya juga dicipta untuk penggunaan lasak dimana ia boleh digunakan ketika melakukan aktiviti fizikal seperti marathon ataupun hiking. Ketika ini, terdapat banyak jenama-jenama elektronik memasarkan earbuds pelbagai warna, aksesori dengan ciri-ciri tambahan tersendiri. Untuk anda yang masih mencari-cari, di sini kami senaraikan 5 earbuds tanpa wayar dibawah harga RM 200 yang berbaloi untuk anda miliki.

Edifier X3 TO-U Minibuds Series – True Wireless Stereo Earbud

Edifier X3 TO-U Minibuds Series - True Wireless Stereo Earbud
Jenama Edifier bukanlah satu jenama asing dalam penghasilan produk-produk stereo dan speaker. Seiring dengan trend semasa, ia menawarkan Edifier X3 TO-U Minibuds Series, sebuah model yang ditingkatkan daripada model sebelumnya iaitu Edifier X3. Earbuds ini mempunyai rekaan minimalis dan pilihan warna yang elegan iaitu soft tones blue dan pink. Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk pasangan dan rakan-rakan anda.

Ia menggunakan material IPX5 waterproof yang kalis air dan peluh. Dengan sekali pengecasan, ia mampu bertahan sehingga 5 ke 6 jam mengikut cara penggunaan anda. Earbuds ini mudah untuk dibawa kemana sahaja kerana ia perlu diletakkan di dalam kotak pengecas kecil yang mudah disimpan dan kotak pengecas ini pula boleh mengecas penuh earbuds sebanyak 3 kali.

Dari segi bentuk, ia direka khas bersesuaian dengan bentuk dalaman telinga anda menjadikannya ianya selesa dipakai dan tidak mudah terjatuh. Dengan sambungan Bluetooth 5.0 beserta AptX Codec yang mempunyai signal sambungan yang kuat, earbuds ini mampu disambungkan dengan cepat ke gajet-gajet anda.
Dari segi kualiti bunyinya pula, earbuds ini menawarkan bunyi yang jelas, lebih fokus kepada bunyi treble yang sesuai dengan semua genre lagu. Anda juga lebih selesa menjawab panggilan kerana ia boleh menenggelamkan bunyi sekeliling yang menganggu agar anda dapat mendengar dengan lebih jelas. Jadi, dengan harga RM 189 untuk earbuds ini, pastinya ia berbaloi untuk anda miliki.

Kelebihan Edifier X3 TO-U Minibuds Series – True Wireless Stereo Earbud:

  • Jenama yang terkenal
  • Kalis air dan peluh
  • Penggunaan 5 ke 6 jam dengan sekali pengecasan
  • Harga mampu milik

Kekurangan Edifier X3 TO-U Minibuds Series – True Wireless Stereo Earbud:

  • Tiada aksesori tambahan
  • Pilihan warna yang kurang

Spesifikasi Edifier X3 TO-U Minibuds Series – True Wireless Stereo Earbud:

Sambungan: Bluetooth 5.0 beserta AptX Codec
Port Pengecas: Type C
Padanan: Android & IOS
Harga: RM 189.00

HAYLOU GT7 Wireless Gaming TWS Earbuds

HAYLOU GT7 Wireless Gaming TWS Earbuds
Kompak tetapi berprestasi tinggi. Haylou GT7 menawarkan sebuah earbuds bajet yang premium serta setanding dengan jenama-jenama yang terkemuka. Kualiti suara yang terhasil melalui earbuds ini terjamin dengan prestasi AAC audio codec serta gegelung diafragma pengubah getaran berkualiti tinggi yang mampu memperbaiki kualiti suara yang dihasilkan.

Buat para gamers yang suka berkomunikasi ketika bermain permainan video, earbuds ini sangat sesuai untuk anda kerana ia dilengkapi dengan low-latency mode yang boleh mengelak daripada sebarang ketidakseragaman antara suara dan pergerakan video. Menggunakan sambungan Bluetooth 5.2, earbuds ini menjanjikan sebuah sambungan dan transmisi yang efisien, penggunaan bateri yang minimum serta pengurangan bunyi sekeliling. Boleh digunakan dalam mod mono dan stereo, ia menyokong teknologi komunikasi dwi-saluran dimana anda boleh menggunakan satu earbud sebagai headset ketika memandu, dan juga penggunaan biasa dua earbuds ketika mendengar muzik.

Dengan teknologi AI menerusi algoritma DNN, earbuds ini berkeupayaan menenggelamkan bunyi sekeliling dan menjelaskan suara untuk keselesaan anda berkomunikasi. Bateri mampu bertahan selama 5 jam dengan sekali pengecasan, dengan kotak pengecas pula ia mampu beroperasi sehingga 20 jam bergantung kepada cara penggunaan anda. Dengan bentuk ergonomik, pastinya earbuds ini selesa untuk dipakai dan tidak mengganggu konsentrasi anda.

Tidak dilengkapi dengan sebarang butang yang boleh ditekan secara fizikal, Smart Touch Control memainkan peranan ini dengan anda hanya perlu menyentuh pada bahagian sesentuh earbuds anda untuk mengawal. Dengan harga RM 126.69, earbuds ini perlu ada dalam senarai anda.

Kelebihan HAYLOU GT7 Wireless Gaming TWS Earbuds:

  • Low-Latency Mode
  • Sambungan Bluetooth 5.2
  • Menyokong mono dan stereo
  • Bateri bertahan 5 jam dengan sekali pengecasan
  • Smart Touch Control
  • Harga mampu milik

Kekurangan HAYLOU GT7 Wireless Gaming TWS Earbuds:

  • Tiada aksesori tambahan
  • Jenama tidak terkenal

Spesifikasi HAYLOU GT7 Wireless Gaming TWS Earbuds:

Sambungan: Bluetooth 5.2 beserta AAC Audio Codec
Port Pengecas: Type C
Padanan: Android & IOS
Harga: RM 126.69

AUKEY EP-T31 TWS Wireless Charging Earbuds

AUKEY EP-T31 TWS Wireless Charging Earbuds
Dengan berat hanya 8 gram, earbuds bersaiz kecil keluaran AUKEY ini direka khas setanding dengan jenama-jenama yang terkenal. Sesuai untuk kegunaan luar dan aktiviti lasak, earbuds ini boleh digunakan secara terus selama 5 jam dengan sekali pengecasan dan 25 jam jika dicas dengan kotak pengecasan. Lebih menarik, ia mempunyai dua cara pengecasan iaitu type C dan juga pengecas tanpa wayar.

Menggunakan material IPX5, earbuds ini adalah kalis air dan peluh. Dengan bentuk yang ergonomik, pastinya earbuds ini tidak akan mudah terlucut dan menyakitkan bahagian telinga anda lebih-lebih lagi apabila anda melakukan aktiviti lasak yang memerlukan anda bergerak aktif dalam persekitaran yang kurang selesa. Walaupun ianya bersaiz kecil, ia mempunyai kualiti bunyi dan suara yang amat baik.

Anda tidak akan mendengar bunyi-bunyian dari persekitaran anda ketika anda mendengar muzik. Penggunaan 7mm titanium drivers menghasilkan bunyi yang sangat seimbang dan bersesuaian dengan semua genre lagu. Earbuds ini turut mempunyai smart control sensor dimana ia akan menghentikan muzik sekiranya dicabut dari telinga anda dan memainkan semula apabila anda memasang kembali earbuds ke telinga anda.

Selain itu, penggunaan earbuds ini tidak akan menyebabkan ketidakseragaman antara pergerakan video dan suara kerana ia turut dilengkapi dengan Ultra-Latency Mode. Dengan harga hanya RM 89.00, bayangkan anda akan mendapat earbuds dengan kualiti yang sebaik ini dan tahan lasak. Pelaburan yang sangat berbaloi.

Kelebihan AUKEY EP-T31 TWS Wireless Charging Earbuds:

  • Ultra Low-Latency Mode
  • Sambungan Bluetooth 5.0
  • Bateri bertahan 5 jam dengan sekali pengecasan
  • Smart Control Sensor
  • Harga murah
  • Pengecas tanpa wayar

Kekurangan AUKEY EP-T31 TWS Wireless Charging Earbuds:

  • Jenama kurang dikenali
  • Tiada butang untuk mengawal kekuatan bunyi dan suara

Spesifikasi AUKEY EP-T31 TWS Wireless Charging Earbuds:

Sambungan: Bluetooth 5.0 beserta AAC Audio Codec
Port Pengecas: Type C dan pengecas tanpa wayar
Padanan: Android & IOS
Harga: RM 89.00

Realme Buds Air 2

Realme Buds Air 2
Anda nak healing dalam dunia anda sendiri tanpa sebarang gangguan bunyi? Realme Buds Air 2 adalah jawapannya. Ia mampu menapis bunyi bising yang mempunyai frekuensi yang rendah sehingga 25 deksibel. Ini termasuk bunyi kapal terbang, keretapi bawah tanah serta bunyi-bunyian dari sebarang kenderaan. Untuk anda berkomunikasi dengan rakan, aktifkan sahaja Transparency Mode supaya bunyi di sekeliling anda dapat didengar, ia sebagai langkah keselamatan lebih-lebih lagi jika anda sedang berjalan di kawasan yang sibuk.

Namun jika anda perlu mendengar suara dengan lebih jelas, anda tidak risau kerana earbuds ini mempunyai dwi mikrofon. Dengan teknologi ENC Environmental Noise Reduction, anda boleh bersembang dan mendengar dengan jelas walaupun berada di dalam persekitaran yang bising. Dengan sekali pengecasan, anda boleh menggunakan earbuds ini secara terus menerus selama 5 jam dan 25 jam jika dicas menggunakan kotak pengecasan. Ia boleh beroperasi selama 120 minit hanya untuk 10 minit pengecasan.

Ini kerana earbuds ini dilengkapi dengan R2 energy efficient chip dimana ia meningkatkan tempoh penggunaan sehingga 80%. Menggunakan 10mm Hifi Bass Boost Driver, anda akan mendapat bunyi dan kualiti muzik sama seperti kualiti yang dihasilkan di dalam studio. Khas untuk para gamers, tidak perlu disangkal lagi dengan kualiti earbuds ini ketika anda bermain permainan video kerana sambungan Bluetooth 5.2 dan Dual channel transmission mengurangkan ketidakseragaman dan anda akan mendapat pengalaman bermain permainan video dengan kualiti audio dan video yang lancar. Untuk harga RM 199.00, pastinya pembelian ini sangat berbaloi untuk anda.

Kelebihan Realme Buds Air 2:

  • Tapisan bunyian yang maksimum
  • Transparency Mode
  • ENC Environmental Noise Reduction
  • R2 Energy Efficient Chio
  • 10mm Hifi Bass Boost Driver
  • Kualiti muzik setaraf bunyi studio

Kekurangan Realme Buds Air 2:

  • Tiada aksesori tambahan
  • Tiada butang untuk mengawal kekuatan bunyi dan suara

Spesifikasi Realme Buds Air 2:

Sambungan: Bluetooth 5.2 beserta Dual Channel Transmission
Port Pengecas: Type C
Padanan: Android & IOS
Harga: RM 199.00

Baseus Bowie WM02 TWS Bluetooth Earphones Stereo Wireless 5.3

Baseus Bowie WM02 TWS Bluetooth Earphones Stereo Wireless 5.3
Baseus Bowie WM02 mempunyai kotak pengecas yang sangat kecil, berbentuk kapsul dengan lebar 44 mm dan tinggi 35 mm. Ia mempunyai penutup transparent dimana anda boleh nampak kedudukan earbuds di dalam tanpa perlu membukanya. Dengan pilihan warna yang pelbagai iaitu hitam, putih, biru dan ungu, ia tampil warna yang segar, muda dan meyakinkan. Dari segi tempoh mengecas, anda hanya memerlukan sekurang-kurangnya 1 jam setengah untuk mengecas secara penuh dengan penggunaan 5 jam secara terus menerus dengan sekali pengecasan.

Lebih menarik lagi, untuk 10 minit pengecasan, anda dapat menggunakan earbuds ini selama 2 jam. Dari segi kualiti bunyinya, earbuds ini menghasilkan suara bass yang dalam dan treble yang sangat jelas tanpa sedikitpun mengurangi kualiti muziknya. Sesuai untuk anda yang sukakan bunyi bass yang kuat ketika mendengar muzik. Selain itu, untuk pengalaman bermain permainan video baik, anda hanya perlu aktifkan Baseus dual-channel low latency mode yang akan melancarkan audio dan video anda.

Pada earbuds ini terdapat lampu indikator yang berbentuk bulat sebagai indikasi untuk memberitahu anda ketika ianya sedang dicas atapun kehabisan bateri. Dengan sambungan Bluetooth 5.3, pastinya tidak akan ada sebarang masalah untuk sambungan earbuds ini pada gajet-gajet anda yang lain. Dengan kualiti setaraf jenama-jenama yang lain, pastinya akan teruja dengan harga earbuds ini iaitu RM 72.90.

Kelebihan Baseus Bowie WM02 TWS Bluetooth Earphones Stereo Wireless 5.3:

  • Penutup kotak pengecas yang transparent
  • Harga murah
  • Pilihan warna yang menarik
  • Penghasilan suara bass dan treble yang jelas dan kuat
  • Baseus dual-channel low latency mode
  • Lampu indikator

Kekurangan Baseus Bowie WM02 TWS Bluetooth Earphones Stereo Wireless 5.3:

  • Tiada aksesori tambahan
  • Jenama kurang dikenali
  • Tiada butang untuk mengawal kekuatan bunyi dan suara
  • Bukan untuk kegunaan lasak

Spesifikasi Baseus Bowie WM02 TWS Bluetooth Earphones Stereo Wireless 5.3:

Sambungan: Bluetooth 5.3
Port Pengecas: Type C
Padanan: Android & IOS
Harga: RM 72.90

Banyak jenama-jenama elektronik, gajet dan juga telefon pintar berlumba-lumba mengeluarkan earbuds keluaran mereka sendiri. Ada yang disertakan sekali dengan pakej pembelian telefon pintar dan ada juga yang dijual secara berasingan dan boleh dipadankan dengan gajet-gajet dari jenama lain. Samada murah atau mahal, ianya bergantung kepada cara penggunaan anda samada untuk digunakan secara lasak atau kegunaan harian biasa. Yang penting, anda selesa menggunakannya.

Apa yang penting, sebelum membuat pilihan. Aspek keselamatan juga perlu diambil kira. Bentuk earbuds yang bersesuaian perlu dipilih untuk mengelakkan kesakitan dan alahan pada kulit telinga anda. Selain itu, kualiti bunyi yang dihasilkan perlu juga dititikberat untuk menjaga keselamatan gegendang telinga dan pendengaran anda.



Related posts